Klinik Pergigian Nilai

Klinik Pergigian Nilai Sila hubungi klinik di talian 06-7948334 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian Nilai

31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdekakan dirimu daripada penyakit pergigian! 🦷

Senyuman yang sihat bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil penjagaan setiap hari.

4 langkah mudah untuk senyuman yang kekal sihat! 😁

31/08/2026

🦷✨ MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA GIGI BERLUBANG! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Gigi berlubang bukan sekadar β€œlubang kecil” kalau dibiarkan, boleh jadi makin besar dan mengganggu makan, tidur dan senyuman kita. 😬

Jom bebaskan gigi daripada karies dengan 5 langkah mudah! πŸ’ͺ🏻

31/08/2026

🦷 Gigi Sensitif? Jangan Biarkan Senyuman Anda Terjejas! ✨

Pernah rasa ngilu bila minum air sejuk, makan makanan manis atau panas? πŸ₯ΆπŸ¦β˜•️
Jangan abaikan tanda-tanda gigi sensitif!

πŸ’‘ Amalkan 4 langkah mudah ini:
1️⃣ Berus gigi dengan teknik yang betul
2️⃣ Elakkan makanan & minuman berasid
3️⃣ Gunakan berus gigi berbulu lembut
4️⃣ Pilih ubat gigi khas untuk gigi sensitif

🦷✨ Jaga gigi hari ini, supaya senyuman kekal sihat dan yakin setiap hari!

πŸ“Œ Kalau gigi selalu ngilu, jangan tahan, terus jumpa doktor gigi!

31/08/2026

🦷 MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA PENYAKIT GUSI! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Gusi merah, mudah berdarah atau nampak bengkak? 🚨
Jangan anggap perkara biasa! Itu mungkin tanda gusi anda sedang bermasalah.

✨ Gusi sihat = senyuman lebih yakin!
Jom merdekakan diri daripada penyakit gusi dengan amalan mudah:

πŸͺ₯ Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
🧡 Floss gigi sekurang-kurangnya sekali sehari
🦷 Lakukan scaling gigi secara berkala mengikut keperluan

Jaga gusi, jaga senyuman, jaga kesihatan! ❀️

31/08/2026
31/08/2026
31/08/2026

Follow kami di Tiktok
https://vt.tiktok.com/ZSVGFh7UV/

JUARA PERTANDINGAN TIKTOK KATEGORI PERGIGIAN NEGERI SEMBILAN!

Tahniah diucapkan kepada Dr Nur Soleha binti Ahmad dari Klinik Pergigian Nilai atas kemenangan sempena Hari Kesihatan Gusi KKM 2026! πŸŽ‰πŸ‘

Gosok gigi 2 kali sehari, 2 minit setiap kali β€” jangan malas today!



31/08/2026

69 Tahun Merdeka: Senyuman Kita, Jiwa Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Biar berbeza warna kulit, biar berlainan bahasa, namun di bawah satu bumbung langit Jalur Gemilang, hati kita tetap berdegup senada. 69 tahun kita membina negara, dari jerih perih nenek moyang hinggalah kita berdiri megah hari ini.

Jangan pernah kita lupa, kemerdekaan ini adalah anugerah yang harus dipertahankan. Teruslah tersenyum teguh, teruslah bersatu padu, wahai anak-anak Malaysia!

Seluruh warga Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ”₯

12/08/2026

NOTIS LANJUTAN PENUTUPAN SEMENTARA

KLINIK PERGIGIAN KUARTERS KLIA

Dimaklumkan bahawa tempoh penutupan sementara Klinik Pergigian Kuarters KLIA adalah DILANJUTKAN bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan klinik diselesaikan sepenuhnya.

Sehubungan itu, klinik akan terus ditutup sehingga 13 November 2026, atau sehingga kerja-kerja naik taraf selesai sepenuhnya, mana-mana yang terdahulu.

Klinik akan beroperasi semula setelah kerja-kerja naik taraf selesai dan klinik disahkan selamat serta bersedia untuk menerima pesakit. Sebarang perubahan berkaitan tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sepanjang tempoh penutupan, orang awam boleh mendapatkan rawatan pergigian asas di klinik pergigian berdekatan:

* Klinik Pergigian Nilai – 06-794 8334
* Klinik Pergigian Mantin – 06-758 1285
* Klinik Pergigian Lenggeng – 03-8766 0642
* Klinik Pergigian Seremban 2 – 06-603 3793
* Klinik Pergigian Salak – 03-8706 9006
* Klinik Pergigian Sungai Pelek – 03-3141 1972

Pihak klinik memohon maaf atas segala kesulitan dan ketidakselesaan yang mungkin timbul sepanjang tempoh penutupan ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui WhatsApp di talian 010-713 3492 atau 06-791 3352 (samb. 117).

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai.

Terima kasih.

02/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN DI DAERAH SEREMBAN

Berikutan tambahan cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan,

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Seremban ingin memaklumkan bahawa SEMUA KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN DI DAERAH SEREMBAN akan ditutup mengikut ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh Penutupan: 3 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ”“ Beroperasi Semula: 4 Ogos 2026 (Selasa)

Pihak kami amat menghargai keprihatinan dan kerjasama daripada tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

"Senyum Sihat, Hidup Bermakna"
"Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian"

Address

Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067948334

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share