27/05/2026
Salam Aidiladha 1447H
Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, Pusat Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (I-ROSH), USIM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga USIM dan masyarakat Islam umumnya.
Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul. Semoga semangat ibadah korban terus menyatukan ukhuwah, memperkukuh integriti dan membentuk persekitaran kerja yang selamat, harmoni serta diberkati.
“Semoga Allah menerima segala amalan ibadah dan pengorbanan kita.”
Salam Aidiladha dan Maaf Zahir Batin