Little Free Library Nilai Impian

Call Directions Website

Little Free Library Nilai Impian Little Free Library Nilai Impian is an initiative to promote reading habit in the community. Take A Book. Return A Book. Donate a book πŸ“š

24/09/2026
Sekalung penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia & Perbadanan Perpustakaan ...
19/09/2026

Sekalung penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia & Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang sudi singgah ke Little Free Library Nilai Impian & Home Library Nilai Impian

Pelbagai perkara dikongsikan antaranya website HLNI, kaedah katalog buku, program bersama keluarga dan bermacam lagi

Semoga perbincangan dan perkongsian kita dapat menjadi wadah dalam menyemarakkan lagi budaya membaca dalam keluarga di Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Membaca adalah asas kepada ilmu dan ilmu adalah asas kepada tamadun. Jika kita ingin melihat Malaysia terus maju sebagai sebuah negara, budaya membaca perlu menjadi denyut nadi masyarakat kita β™₯️

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya πŸ“š

Jom singgah Little Free Library Nilai Impian πŸ˜‰Little Free Library ini adalah kotak kecil berisi buku yang kami letakkan ...
16/09/2026

Jom singgah Little Free Library Nilai Impian πŸ˜‰

Little Free Library ini adalah kotak kecil berisi buku yang kami letakkan di luar pagar rumah.

Ia boleh diakses oleh sesiapa saja, pada bila-bila masa kerana anda tidak perlu masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan buku-buku percuma untuk dibaca.

Konsep Little Free Library:
Dibuka 24 jam.
Tidak perlu mendaftar.
Tiada tarikh p**ang.
Boleh ambil buku.
Boleh sumbangkan buku.



Semalam ada yang datang ke rumah dan bertanya "Rumah tutup ke?" πŸ˜…

Serba salah dibuatnya πŸ₯Ή Untuk makluman, Home Library Nilai Impian ialah koleksi peribadi keluarga Zamri Misman & Nor Azzah dan kunjungan ke dalam rumah hanya untuk keluarga dan rakan-rakan sahaja πŸ™πŸ»

Tapi semua dialu-alukan untuk singgah ke Little Free Library Nilai Impian di luar rumah (boleh google je) πŸ“š

Nak explore koleksi kami? Boleh visit kami di www.homelibrarynilaiimpian.com

Terima kasih atas sokongan ❀️

10/09/2026

πŸ“»πŸ“š Alhamdulillah, pagi ini Little Free Library Nilai Impian & Home Library Nilai Impian berpeluang dikongsikan di Hot FM!

Semuanya bermula daripada perkongsian di Threads oleh Nur Solehah sebelum mendapat perhatian pihak Hot FM. Lebih istimewa, Nor Azzah berpeluang berkongsi cerita bersama team Bekpes Hot (KJ, Johan, Fara Fauzana & AG) ❀️

Terima kasih Hot FM (Producer Faz) kerana sudi memberi ruang kepada kisah kecil dan usaha keluarga kami dalam menyemarakkan budaya membaca.

Kami kongsikan rakaman tersebut di sini sebagai kenangan https://youtu.be/iDtQlxsAE7g?si=b3KsgEvyLi5C8rSZ πŸ“šπŸ“»




Sekarang dah ada Apps untuk akses maklumat berkenaan Little Free Library (LFL).Boleh cari LFL yang terdekat dengan lokas...
06/09/2026

Sekarang dah ada Apps untuk akses maklumat berkenaan Little Free Library (LFL).

Boleh cari LFL yang terdekat dengan lokasi anda. Klik pada pin yang ditunjukkan, kita boleh nampak maklumat lanjut berkenaan LFL yang dinyatakan.

Bolehlah cuba.



π—›π—’π— π—˜ π—Ÿπ—œπ—•π—₯𝗔π—₯𝗬 π—‘π—œπ—Ÿπ—”π—œ π—œπ— π—£π—œπ—”π—‘ π—žπ—œπ—‘π—œ π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π——π—œπ—§π—˜π—₯π—’π—žπ—”π—œ π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—’π—‘π—Ÿπ—œπ—‘π—˜ πŸ“šπŸ’»Bagi yang pernah singgah atau mengenali Little Free Libra...
31/08/2026

π—›π—’π— π—˜ π—Ÿπ—œπ—•π—₯𝗔π—₯𝗬 π—‘π—œπ—Ÿπ—”π—œ π—œπ— π—£π—œπ—”π—‘ π—žπ—œπ—‘π—œ π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π——π—œπ—§π—˜π—₯π—’π—žπ—”π—œ π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—’π—‘π—Ÿπ—œπ—‘π—˜ πŸ“šπŸ’»

Bagi yang pernah singgah atau mengenali Little Free Library Nilai Impian, mungkin ada yang belum tahu bahawa ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada Home Library Nilai Impian

Bezanya, buku-buku di Little Free Library memang diletakkan khas untuk dikongsi bersama orang awam. Ia menjadi ruang kecil untuk komuniti mengambil, membaca dan berkongsi semula buku.

Di sebalik Little Free Library ini p**a terdapat koleksi peribadi Home Library Nilai Impian yang jauh lebih besar. Berdasarkan kiraan fizikal terkini, koleksi tersebut mempunyai sekitar 5,529 buah buku dan setakat ini 2,120 judul telah berjaya dikatalogkan.

Kini, katalog tersebut turut dibuka kepada umum melalui laman web Home Library Nilai Impian.

Pengunjung boleh meneroka koleksi yang telah dikatalogkan, membuat carian berdasarkan tajuk, penulis atau penerbit, melihat kategori buku serta membaca rating dan ulasan yang dikongsikan dari semasa ke semasa.

Jadi kalau selama ini anda mengenali kami melalui Little Free Library Nilai Impian, sekarang bolehlah juga melihat sedikit gambaran koleksi yang berada di dalam Home Library kami. 😊

πŸ”— https://homelibrarynilaiimpian.github.io/home-library-nilai-impian/public.html

Semoga usaha kecil ini dapat terus menghubungkan buku dengan lebih ramai pembaca, sama ada melalui perkongsian fizikal di Little Free Library ataupun melalui katalog digital Home Library Nilai Impian πŸ“–








Buku membuka dunia, ilmu memerdekakan jiwa β™₯️Salam Kemerdekaan daripada Little Free Library Nilai Impian πŸ‡²πŸ‡Ύ
31/08/2026

Buku membuka dunia, ilmu memerdekakan jiwa β™₯️

Salam Kemerdekaan daripada Little Free Library Nilai Impian πŸ‡²πŸ‡Ύ








Hari ini, penghuni Home Library Nilai Impian terlebih rajin sedikit 😊Little Free Library Nilai Impian diberikan wajah ba...
29/08/2026

Hari ini, penghuni Home Library Nilai Impian terlebih rajin sedikit 😊

Little Free Library Nilai Impian diberikan wajah baharu dan koleksi bahan bacaannya turut ditambah untuk dinikmati oleh masyarakat sekitar.

Little Free Library Nilai Impian tiada kad keahlian, tiada borang dan tiada tempoh peminjaman. Ambillah sebuah buku yang menarik hati. Bacalah tanpa tergesa-gesa. Apabila selesai, p**angkan semula, kongsikan kepada orang lain atau gantikan dengan buku lain jika berkesempatan. Tiada denda lewat. Tiada syarat yang rumit.

Hanya kecintaan pada buku dan percaya sebuah buku tidak sepatutnya terhenti untuk dibaca oleh seorang individu sahaja. Inilah perpustakaan kecil yang berasaskan konsep β€œTake a Book. Share a Book.”

Semua dipersilakan singgah.








21/12/2025

15 Disember 2025
AMES Hotel, Air Keroh Melaka

Pengumuman penerima Anugerah Ikon Pembaca Melaka.

Montaj penuh yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

Penyampaian anugerah lain termasuklah anugerah bagi pembaca terbanyak dan peepustakaan keluarga terbaik.

Berita mengenai anugerah ini serta senarai penuh anugerah boleh dibaca di sini https://www.melakahariini.my/melaka-membaca-lahir-generasi-masa-depan-berilmu/

Moga berita begini menjadi motivasi kepada kita semua untuk terus menanam budaya membaca dan budaya ilmu dalam diri dan keluarga.






Address

Nilai Impian
Nilai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Little Free Library Nilai Impian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category