27/09/2026
Fairul Nizam Memacu Agenda Sains, Teknologi, Inovasi dan Digital Melaka
MELAKA β Portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka yang diterajui YB Datuk Fairul Nizam Roslan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan infrastruktur telekomunikasi, transformasi digital, pembudayaan inovasi serta pembangunan bakat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Dalam aspek telekomunikasi, pembangunan infrastruktur terus diperkukuh termasuk di kawasan luar bandar. Khusus bagi DUN Asahan, terdapat 25 tapak telekomunikasi secara keseluruhan, dengan 13 tapak direkodkan bagi tempoh 2021 hingga 2025 β masing-masing satu pada 2021, satu pada 2022, tujuh pada 2024 dan empat pada 2025.
Pembangunan rangkaian fiber optik di DUN Asahan turut diperluaskan. Berdasarkan senarai projek bagi tempoh 2024 hingga 2026, sebanyak 15 jajaran/projek dengan keseluruhan jarak kira-kira 60.26 kilometer melibatkan beberapa kawasan sekolah, kampung dan penempatan penduduk.
Agenda Kampung Digital, yang merupakan cetusan idea YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, turut diperkasakan. Sebanyak 618 kampung tradisional telah selesai melalui proses pendaftaran alamat digital yang dilengkapi kod QR. Sistem itu dirancang untuk diintegrasikan dengan sistem kerajaan termasuk e-Tanah dan pihak berkuasa tempatan (PBT), sekali gus memudahkan pengenalan lokasi serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Dalam bidang inovasi, penyertaan Hari Inovasi meningkat daripada 120 penyertaan pada 2024 kepada 200 pada 2025 dan 370 penyertaan pada 2026, dengan 200 daripadanya mara ke peringkat akhir.
Ekosistem inovasi negeri turut diperluaskan menerusi Melaka International Intellectual Exposition (MIIEx) 2026 yang merekodkan 922 penyertaan, termasuk sekitar 10 hingga 15 peratus penyertaan antarabangsa. Program itu menjadi platform kepada pelajar, penyelidik, penjawat awam dan industri untuk mengetengahkan inovasi serta membuka ruang kepada pengkomersialan.
Dalam pembangunan STEM p**a, Kerajaan Negeri memperkukuh kerjasama strategik dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meliputi pembangunan bakat STEM, peningkatan prestasi Melaka dalam Indeks Inovasi Malaysia serta kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan agensi berkaitan.
Usaha memperluaskan literasi digital dan penggunaan teknologi dalam kalangan rakyat turut diteruskan, termasuk pendedahan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) serta usaha meningkatkan akses dan kemahiran digital masyarakat.
Keseluruhannya, pelaksanaan pelbagai inisiatif tersebut memperlihatkan tumpuan portfolio yang diterajui Fairul Nizam dalam memperkukuh ketersambungan digital, pembangunan STEM, pembudayaan inovasi dan penggunaan teknologi, bukan sahaja pada peringkat negeri malah turut memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat di DUN Asahan.
Ab Rauf Yusoh
Fairul Nizam Roslan Along
Zahid Hamidi
Datoβ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan