15/05/2026
SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH I
Padang Besar
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh En. Azizol Bin Osman sepanjang tempoh perkhidmatan di MAQIS Negeri Perlis.
Beliau merupakan seorang pegawai yang sangat komited, berdisiplin dan amanah dalam menjalankan tanggungjawal sebagai seorang Pen. Peg. Penguatkuasa. Segala usaha, dedikasi yang diberikan amat bermakna serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja MAQIS Negeri Perlis.
Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan masa yang lebih berkualiti bersama keluarga serta insan tersayang. Segala jasa dan bakti tuan akan sentiasa dikenang.
Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.