Perpustakaan Desa Bukit Chabang Perlis

Perpustakaan Desa Bukit Chabang Perlis Menyediakan pinjaman individu dan pinjaman berkelompok untuk yang berminat.

Wi -Fi dan Samsung Galaxy Tab A7 disediakan serta
Buku rujukan,novel,agama,buku kanak-kanak dan lain-lain juga terdapat di Perpustakaan Desa.

20/08/2026

Cuba kita tengok balik diri masing-masing. Ada tak yang masih melekat?.. Semoga Allah bersihkan mulut, tangan, mata dan hati kita. ๐Ÿคฒ

Aktiviti 4 (17.8.2026)Kuiz Pengetahuan Am Terima kasih kepada semua yang join aktiviti ๐Ÿ˜Š
17/08/2026

Aktiviti 4 (17.8.2026)

Kuiz Pengetahuan Am

Terima kasih kepada semua yang join aktiviti ๐Ÿ˜Š







๐๐ˆ๐๐‰๐€๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐‹๐Ž๐Œ๐๐Ž๐Š (๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ–.๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)Alhamdulillah, telah berlangsung Program Pinjaman Berkelompok melibatkan Tabika KEMAS T*...
11/08/2026

๐๐ˆ๐๐‰๐€๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐‹๐Ž๐Œ๐๐Ž๐Š (๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ–.๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Pinjaman Berkelompok melibatkan Tabika KEMAS T**i Tinggi bersama Perpustakaan Desa Bukit Chabang Perlis.

Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak serta memberi peluang kepada mereka menikmati pelbagai bahan bacaan yang menarik dan sesuai dengan usia.

Semoga usaha kecil ini dapat melahirkan generasi cintakan ilmu dan budaya membaca sejak usia muda.








Buku 3Tajuk:Saspens Nak Baligh?Penulis: Nurul ChomariaPenerbit: Al-Ameen serve holdings sdn budISBN: 978 957 362 520 8Bu...
11/08/2026

Buku 3

Tajuk:Saspens Nak Baligh?
Penulis: Nurul Chomaria
Penerbit: Al-Ameen serve holdings sdn bud
ISBN: 978 957 362 520 8

Buku Saspens Nak Baligh? menerangkan tentang perubahan yang berlaku kepada kanak-kanak lelaki apabila memasuki alam baligh.

Penulis menggunakan bahasa yang mudah, santai dan disertakan ilustrasi menarik supaya pembaca mudah memahami perubahan fizikal, emosi dan tingkah laku yang berlaku.

Antara perkara yang dibincangkan ialah perubahan tubuh badan, kebersihan diri, mimpi basah, perasaan tertarik kepada orang lain serta perkara-perkara yang perlu dijaga dari segi batas pergaulan dan agama.

Secara keseluruhannya, buku ini sangat sesuai dibaca oleh kanak-kanak lelaki yang bakal memasuki alam remaja.

Buku ini membantu pembaca memahami perubahan diri dengan lebih baik serta menghadapinya dengan tenang, yakin dan bertanggungjawab. Buku yang informatif, mudah difahami dan sesuai dijadikan bahan bacaan pendidikan kesihatan serta pendidikan Islam.





Aktiviti 3(10.8.2026)Kuiz Maulidur Rasul Terima kasih kepada semua yang join aktiviti ๐Ÿ˜Š
10/08/2026

Aktiviti 3(10.8.2026)

Kuiz Maulidur Rasul

Terima kasih kepada semua yang join aktiviti ๐Ÿ˜Š







08/08/2026

Ucapan Khas Sempena Sambutan Hari Kebangsaan2026

#๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ค๐š๐š๐ง๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š


๐Ÿ“š๐๐”๐Š๐” ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐๐€ ! ๐Ÿ“šJom singgah ke Perpustakaan Desa Bukit Chabang, Perlis!Pelbagai koleksi buku baharu kini ters...
07/08/2026

๐Ÿ“š๐๐”๐Š๐” ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐๐€ ! ๐Ÿ“š

Jom singgah ke Perpustakaan Desa Bukit Chabang, Perlis!

Pelbagai koleksi buku baharu kini tersedia untuk semua peringkat Sebanyak 24 buah buku baharu.

Antaranya:
โœจ Buku teknologi & kecerdasan buatan (AI)
โœจ Novel
โœจ Komik
โœจ Siri Misteri
โœจ Buku kanak-kanak & remaja
Pasti ada buku yang sesuai dengan minat anda!

๐Ÿ†“ ๐ƒ๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€! Nikmati kemudahan meminjam buku dan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan di perpustakaan.

๐Ÿ“– Membaca Amalan Mulia, Ilmu Penyuluh Kehidupan.


Aktiviti 2 (7.8.2026)Kuiz Kenali Tokoh Terima kasih kepada semua yang join aktiviti ๐Ÿ˜Š
07/08/2026

Aktiviti 2 (7.8.2026)

Kuiz Kenali Tokoh

Terima kasih kepada semua yang join aktiviti ๐Ÿ˜Š







Buku 2Tajuk: Akad Tak DipintaPenulis: Aalin AmilyPenerbit: Dear Novels Sdn Bhd ISBN: 9789672902485Ulasan Novel: Akad Tak...
05/08/2026

Buku 2

Tajuk: Akad Tak Dipinta
Penulis: Aalin Amily
Penerbit: Dear Novels Sdn Bhd
ISBN: 9789672902485

Ulasan Novel: Akad Tak Dipinta

Novel Akad Tak Dipinta karya Aalin Amily merupakan sebuah novel romantik yang sarat dengan konflik, emosi, pengorbanan dan pengajaran tentang kehidupan berumah tangga. Novel ini mengisahkan Seri, seorang akauntan yang masih dibelenggu trauma akibat kehilangan cinta pertamanya, Saif, yang meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Demi mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke dalam perkahwinan yang tidak diingini, Seri menerima lamaran mengejut daripada majikannya, Seth Aliman.

Pada awalnya, Seri menganggap perkahwinan tersebut sebagai satu permulaan baharu dalam hidupnya. Namun, segala harapannya musnah apabila Seth berubah menjadi seorang suami yang dingin, kasar dan penuh kebencian sebaik sahaja mereka bernikah.

Tanpa pengetahuan Seri, Seth sebenarnya ialah adik kepada arwah Saif. Seth menyimpan dendam terhadap Seri kerana menganggap wanita itu menjadi punca penderitaan keluarganya selepas kematian abang kesayangannya. Disebabkan itu, Seth bertekad untuk membuatkan Seri merasai kesakitan yang pernah dialaminya.

Sepanjang perkahwinan mereka, Seri sering menerima layanan yang menyakitkan hati. Walaupun begitu, dia tetap bersabar dan berusaha menjadi seorang isteri yang baik. Sikap tabah, penyayang dan tidak mudah berputus asa menjadikan watak Seri sangat menyentuh hati pembaca. Kesabarannya menghadapi setiap ujian menunjukkan bahawa kasih sayang yang ikhlas mampu mengatasi kebencian dan dendam yang bersarang di dalam hati seseorang.

Konflik cerita menjadi semakin menarik apabila rahsia demi rahsia berkaitan kisah silam keluarga Seth mula terbongkar. Selain itu, kemunculan watak-watak lain turut menambahkan ketegangan dalam jalan cerita. Pembaca akan dibawa menyelami pelbagai emosi seperti sedih, geram, marah, kecewa dan bahagia apabila hubungan Seth dan Seri mula berubah sedikit demi sedikit.

Perubahan sikap Seth yang perlahan-lahan menyedari keikhlasan Seri menjadikan pengakhiran cerita lebih bermakna dan memberikan kepuasan kepada pembaca.

Antara nilai murni yang boleh dipelajari daripada novel ini ialah kesabaran, keikhlasan, pengorbanan, kasih sayang, kemaafan dan kepentingan berkomunikasi dalam rumah tangga. Novel ini juga mengingatkan pembaca bahawa dendam hanya akan membawa lebih banyak penderitaan, manakala keikhlasan dan kemaafan mampu menyembuhkan luka yang paling dalam.

Secara keseluruhannya, Akad Tak Dipinta merupakan sebuah novel yang berjaya menyentuh emosi pembaca melalui jalan cerita yang penuh konflik dan pengajaran.

Penilaian: โญโญโญโญโญ (5/5) โ€“ Menarik, penuh emosi dan memberi pengajaran tentang kesabaran, pengorbanan serta erti cinta yang sebenar.





Buku 1Tajuk: Nyamuk Jelmaan Penulis: Sulaiman Zakaria Penerbit: @ Junior Pages PublicationISBN: 9789670510644Cerita Nyam...
05/08/2026

Buku 1

Tajuk: Nyamuk Jelmaan
Penulis: Sulaiman Zakaria
Penerbit: @ Junior Pages Publication
ISBN: 9789670510644

Cerita Nyamuk Jelmaan sangat menarik kerana mengisahkan asal-usul nyamuk secara legenda.

Jalan ceritanya mudah difahami dan mengandungi pengajaran bahawa setiap perbuatan akan membawa akibat.

Kita hendaklah bertindak dengan bijaksana serta tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.





Address

Perpustakaan Desa Bukit Chabang
Padang Besar
02100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Bukit Chabang Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category