01/07/2026
30 Jun 2026 (Selasa)
Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD)
Selesai pelaksanaan program JABD 2026 anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan MAIPs yang berlangsung dengan jayanya di FELDA Mata Air.
Program telah dilaksanakan sepanjang hari dengan pengisian pelbagai acara sukaneka dan pameran bertempat di SK FELDA MATA AIR bagi sesi pagi serta Masjid Al Huda Felda Mata Air pada sesi petang. Turut hadir merasmikan program pada tengahari semalam ialah Tuan Zainudin bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK.
Manakala program sesi petang diserikan dengan keberangkatan tiba DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bagi program kayuhan berinformasi serta penyerahan sumbangan kepada 150 asnaf khariah FELDA Mata Air dan Kariah Batu 20 Kok Mak.
Turut berlangsung penyerahan simbolik Kampung Aspirasi Bebas Dadah (KABD) oleh YBhg. Dato' Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kepada Puan Rohana binti Abu Bakar, Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Alor Setar sebagai simbolik komitmen bersama dalam memperkukuh usaha pencegahan dadah di peringkat komuniti.