16/08/2026
KERATAN AKHBAR PILIHAN: KAWALAN SEMPADAN DIPERKUKUH
KERATAN AKHBAR PILIHAN: KAWALAN SEMPADAN DIPERKUKUH
Kangar, 16 Ogos 2026 – Kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand terus diperkukuhkan menerusi kerjasama lebih erat antara polis Perlis dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.
Pemangku Ketua Polis Perlis, SAC Zaihairul Idrus berkata, usaha itu antara tumpuan beliau bagi memastikan jenayah rentas sempadan di negeri ini dapat dikekang dengan lebih berkesan.
Menurutnya, Perlis merupakan negeri yang bersempadan dengan negara jiran dan pihaknya berharap dapat memperkukuhkan lagi penugasan di sempadan.
Beliau berkata, kerjasama rapat dengan KDNKA Bukit Aman juga akan dipertingkatkan bagi memastikan aspek keselamatan serta jenayah rentas sempadan dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, semalam.
Beliau mengambil alih tugas berkenaan daripada CP, Dato’ Muhammad Abdul Halim yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan/Operasi) dengan memangku pangkat Komisioner Polis.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah KDNKA, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar seperti di lampiran.