APM PADANG BESAR

APM PADANG BESAR SERTAILAH SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DENGAN MENDAFTAR MELALUI PAUTAN http://aspa.civildefence.gov.my/

03/08/2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ PEMASANGAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎPadang Besar, Perlis | Ogos 2026Bersempena Sambutan Bulan K...
03/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PEMASANGAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Padang Besar, Perlis | Ogos 2026

Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Besar telah melaksanakan pemasangan Jalur Gemilang di sekitar pejabat sebagai tanda menyemarakkan semangat patriotisme serta menzahirkan rasa cinta kepada negara.

Pemasangan Jalur Gemilang bukan sekadar menghiasi persekitaran, malah melambangkan semangat perpaduan, kesetiaan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara.

APM Daerah Padang Besar turut menyeru seluruh masyarakat agar bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan, pejabat dan kenderaan masing-masing sepanjang Bulan Kebangsaan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa para pejuang serta menyemarakkan semangat cintakan Malaysia.

"Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Kemerdekaan."

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Jabatan Perdana Menteri
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
APM Arau, Perlis
APM Kangar
APM Kuala Perlis

03/08/2026

Latihan Pemanduan Kenderaan Kecemasan

 LATIHAN PEMANDUAN KENDERAAN KECEMASANπŸ“… Tarikh: 1 Ogos 2026Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Besar t...
01/08/2026



LATIHAN PEMANDUAN KENDERAAN KECEMASAN

πŸ“… Tarikh: 1 Ogos 2026

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Besar telah melaksanakan Latihan Pemanduan Kecemasan bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam mengendalikan kenderaan operasi secara selamat, cekap dan berkesan ketika menghadapi situasi kecemasan.

Latihan ini memberi penekanan kepada teknik pemanduan defensif, kawalan kenderaan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP), serta aspek keselamatan sepanjang operasi dijalankan.

Latihan seperti ini dapat memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan anggota dalam memberikan perkhidmatan yang pantas, profesional dan berkesan kepada masyarakat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
APM Arau, Perlis
APM Kuala Perlis
APM Kangar











30/07/2026



YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan.

Hari Pahlawan merupakan detik penuh bermakna untuk mengenang jasa, pengorbanan dan keberanian para wira negara dalam mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kemerdekaan tanah air.

Marilah kita bersama-sama mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan negara yang telah berjuang dalam mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemerdekaan negara kita.

Sesungguhnya keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil keberanian, semangat juang dan pengorbanan mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi agama, bangsa dan negara.

"JASA DIKENANG, PENGORBANAN DIHARGAI"

Jabatan Perdana Menteri














**

πŸ“’ PENGAMBILAN BAHARU ANGGOTA SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA OPERASI ( MYASPA - O ) DAERAH PADANG BESAR TA...
30/07/2026

πŸ“’ PENGAMBILAN BAHARU ANGGOTA SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA OPERASI ( MYASPA - O ) DAERAH PADANG BESAR TAHUN 2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ Sertai kami dalam membantu masyarakat dan negara ketika menghadapi kecemasan serta bencana. Jadilah sebahagian daripada keluarga APM!
Syarat Kelayakan:
βœ… Warganegara Malaysia
βœ… Berumur 18 - 45 tahun ke atas
βœ… Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
βœ… Kelulusan minimum SRP/PT3/PMR/SPM dan keatas.
βœ… Tidak menganggotai mana-mana badan beruniform yang lain
Jom sertai kami!
Bersama menjadi wira masyarakat dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana.
Pendaftaran:
Klik pautan berikut untuk mendaftar:
https://docs.google.com/.../1beVzW1OoQtgtRv3PjTrZN2LS0fyb...
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
πŸ“ž 04-9490451 (PDPA Padang Besar)
πŸ“ž 013-9669476 (Lt. M (PA) Akmal Hafizi)
πŸ“ž 013-4155484 (Pbt (PA) Haifa Hazwani)

PAMERAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL SUKAN RAKYAT DUN T**I TINGGIπŸ“… Tarikh: 26 Julai 2026πŸ“ Lokasi: Dewan FELCRA Lubuk SirehAn...
27/07/2026

PAMERAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL SUKAN RAKYAT DUN T**I TINGGI

πŸ“… Tarikh: 26 Julai 2026
πŸ“ Lokasi: Dewan FELCRA Lubuk Sireh

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Besar telah menyertai Pameran sempena Program Karnival Sukan Rakyat DUN T**i Tinggi bagi memperkenalkan peranan dan fungsi APM kepada masyarakat setempat.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mendapatkan pendedahan mengenai perkhidmatan APM, melihat pameran aset dan peralatan kecemasan, serta memperoleh maklumat berkaitan keselamatan, kesiapsiagaan bencana dan bantuan awal. Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara APM dengan komuniti serta meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan.

Selain mengadakan pameran, APM Daerah Padang Besar turut dijemput menyertai acara sukan yang dianjurkan sempena Karnival Sukan Rakyat DUN T**i Tinggi. Penyertaan ini bukan sahaja memeriahkan program, malah mengukuhkan hubungan silaturahim serta kerjasama antara agensi dan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan serta kepada semua pengunjung yang hadir dan memberikan sokongan sepanjang program berlangsung.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
APM Arau, Perlis
APM Kuala Perlis
APM Kangar











 17 Julai 2026 | Jumaat – Latihan Kecergasan Bulanan dan Perjumpaan Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) bersama anggot...
17/07/2026



17 Julai 2026 | Jumaat – Latihan Kecergasan Bulanan dan Perjumpaan Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) bersama anggota telah dilaksanakan dengan jayanya di PDPA Padang Besar.

Latihan kecergasan ini bertujuan memastikan tahap kecergasan fizikal anggota sentiasa berada pada tahap optimum, di samping meningkatkan disiplin, semangat berpasukan serta kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Selesai latihan, satu sesi perjumpaan bersama PPAD telah diadakan bagi menyampaikan amanat, maklumat semasa jabatan serta memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara pegawai dan anggota.

Turut diadakan bacaan Surah Yasin dan doa yang dipimpin oleh PBT (PA) Syed Muhammad bin Syed Aminuddin, bagi mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan kepada ayahanda Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan kesejahteraan.

Semoga segala aktiviti yang dilaksanakan dapat memperkukuhkan semangat kebersamaan, meningkatkan kesiapsiagaan anggota serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
APM Kangar
APM Kuala Perlis
APM Arau, Perlis

15 Julai 2026 | Latihan KASPA SMK Tengku SuleimanAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Besar telah mener...
15/07/2026

15 Julai 2026 | Latihan KASPA SMK Tengku Suleiman

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Besar telah menerima jemputan daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman untuk menyampaikan ceramah dan latihan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) serta bantuan awal bagi mangsa tercekik (Choking) kepada para pelajar.

Program yang berlangsung dari 2.30 petang hingga 3.30 petang di Dewan Terbuka SMK Tengku Suleiman ini telah melibatkan seramai kira-kira 1,000 orang pelajar.

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan teknik asas CPR serta kaedah mengendalikan mangsa tercekik (Choking) melalui penerangan teori dan demonstrasi praktikal. Pendedahan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta untuk memberikan bantuan awal dengan betul sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

APM Daerah Padang Besar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman atas jemputan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
APM Kangar
APM Arau, Perlis













Address

Lot 1444, Pejabat Daerah Pertahanan Awam Padang Besar
Padang Besar
02100

Telephone

+6049462113

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM PADANG BESAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM PADANG BESAR:

Shortcuts

Share