Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas Dewan Pemuda PAS Padang Rengas

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ibadah Korban anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) bersama SRITI At-Taqwa Padang...
30/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ibadah Korban anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) bersama SRITI At-Taqwa Padang Rengas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada sebagai peserta korban, penyumbang, petugas, guru, ibu bapa serta sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga segala pengorbanan, sumbangan tenaga dan masa yang dicurahkan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh serta menjadi asbab keberkatan buat kita semua. Mudah-mudahan semangat pengorbanan yang ditunjukkan dapat terus menyatukan hati dan mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.

β€œSesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah korban itu, tetapi Dia melihat kepada ketakwaan kamu.” (Mafhum Surah Al-Hajj: 37)

Taqabbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidiladha.

πŸŒ™βœ¨ π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π‘―π’‚π’“π’Š π‘Ήπ’‚π’šπ’‚ π‘¨π’Šπ’…π’Šπ’π’‚π’…π’‰π’‚ 1447H / 2026 βœ¨πŸŒ™Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang seb...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π‘―π’‚π’“π’Š π‘Ήπ’‚π’šπ’‚ π‘¨π’Šπ’…π’Šπ’π’‚π’…π’‰π’‚ 1447H / 2026 βœ¨πŸŒ™

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sebenar kepada Allah SWT. Penghayatan kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi simbol kekuatan iman serta kepatuhan tanpa syarat kepada perintah Allah.

Semoga ibadah korban pada tahun ini bukan hanya sekadar adat yang dilakukan setiap tahun, tetapi menjadi madrasah tarbiyah untuk membentuk jiwa yang lebih bertaqwa, merendah diri serta sentiasa mendahulukan Islam dalam setiap perjuangan kehidupan.

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan ukhuwah, menyemai semangat kebajikan dan meneruskan perjuangan Islam dengan hikmah, ilmu serta akhlak yang mulia demi agama, bangsa dan tanah air.

Ikhlas daripada

🟒 π˜Ώπ™šπ™¬π™–π™£ π™‹π™šπ™’π™ͺ𝙙𝙖 π™‹π˜Όπ™Ž 𝙆𝙖𝙬𝙖𝙨𝙖𝙣 π™‹π™–π™™π™–π™£π™œ π™π™šπ™£π™œπ™–π™¨ 🟒





26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILADHA 1447H

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam perjuangan. Kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS memberi panduan untuk kita membina jiwa yang sanggup meletakkan perintah Allah mengatasi segala-galanya.

Dalam suasana umat berdepan pelbagai cabaran hari ini, semoga semangat korban terus menyatukan hati-hati kita dengan nilai kasih sayang, kebersamaan dan kepedulian terhadap masyarakat.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat keluarga, masyarakat serta negara.

ΨͺΩ‚Ψ¨Ω„ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ω…ΨͺΨ§ ΩˆΩ…Ω†ΩƒΩ… Ψ΅Ψ§Ω„ΨΉ Ψ§Ω„Ψ£ΨΉΩ…Ψ§Ω„πŸ€²πŸ»

26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan mutlak kepada perintah Allah SWT sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Semoga ibadah Haji dan Korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT, dan mendapat keberkatan daripadaNya.

β€œTaqabbalallahu minna wa minkum”

Salam Aidiladha 1447H

Ikhlas daripada,
YB USTAZ AZIZI BIN MOHAMED RIDZUWAN
ADN Lubok Merbau

Sedap lagu ni, saje la nak share
24/05/2026

Sedap lagu ni, saje la nak share

2662 likes, 329 comments. Check out suara tanpa wajah’s video.

πŸ“–βœ¨ SELESAI SUDAH, BERMULA P**A AMANAH PERJUANGAN βœ¨πŸ“–Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS...
22/05/2026

πŸ“–βœ¨ SELESAI SUDAH, BERMULA P**A AMANAH PERJUANGAN βœ¨πŸ“–

Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas Kali Ke-39 dalam suasana penuh ukhuwah, semangat perjuangan dan kesatuan fikrah. πŸ€πŸ’š

Semoga setiap perbincangan, pandangan dan keputusan yang dicapai menjadi asbab kepada pengukuhan gerak kerja dakwah serta memperkasakan perjuangan Islam di kawasan Padang Rengas.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh pimpinan, perwakilan serta ahli yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung. Semoga ukhwah terus diperkukuhkan dan perjuangan diteruskan dengan penuh istiqamah serta pengorbanan. πŸ”₯

22/05/2026

PAS akan menilai kerjasama politik bersama BERSATU susulan tindakan dan pendirian di Negeri Sembilan dan Perlis.

Sidang Media Presiden PAS, YB Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️*INFAK DANA FASA AKHIR**PEMBINAAN BANGUNAN SRITI AT-TAQWA PADANG RENGAS*‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️*Pihak S...
22/05/2026

‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️
*INFAK DANA FASA AKHIR*
*PEMBINAAN BANGUNAN SRITI AT-TAQWA PADANG RENGAS*
‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️

*Pihak Sekolah perlu mengumpulkan segera dana sebanyak RM180,000.00 untuk Fasa Akhir Pembinaan Bangunan*

πŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅
*Kutipan yang masih diperlukan: RM162,000.00 sahaja lagi!*

Boleh masukkan sumbangan melalui:

*CIMB ISLAMIC*
8603414522
*SRITI At-Taqwa Padang Rengas (SRITIATPR)*

atau boleh *Scan QR Code* Sriti At-Taqwa Padang Rengas

atau *secarai tunai di pejabat sekolah.*

*Teruskan menyumbang kome!!!*

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

*Pengerusi:* 01113125809
*Pejabat:* 057583388

layari Facebook kami:

*SRITI At-Taqwa Padang Rengas Official*
πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

22/05/2026
21/05/2026

Address

Padang Rengas
Padang Rengas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas:

Share