27/08/2026
Penentangan terhadap usaha kerajaan negeri ini dalam membanteras isu judi membawa tanda tanya, adakah Kerajaan Madani sedang melawan arus menegakkan hukum Islam?
Makin menjadi tanda tanya, mengapa Akta Rumah Judi Terbuka 1953 masih lagi diamalkan sedangkan PAN berada dalam kerajaan dan PH sendiri ada keahlian sebagai Menteri Agama.
Tatkala DAP menganggotai kerajaan, adakah pusat-pusat judi ini didokong dengan kuasa politik sehingga tercabar dasar sifar judi di Kedah?
Penjelasan ini semuanya tertumpu kepada Menteri Kewangan sekaligus memegang jawatan terpenting dalam negara yang mempunyai kuasa menegakkan hukum Islam berteraskan Al-Quran.
[ πππππππππ πππππ πππππ ]
πππ ππππ ππ πππππ: ππππ πππππππππ πππππ ππππππππ ππππππ
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) ingin mengajukan tiga persoalan utama kepada Kerajaan Madani dalam pertikaian kes judi di Kedah.
Pertama, apa justifikasi Menteri Kewangan yang masih melangsungkan pemberian lesen judi di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 meskipun selepas Kerajaan Negeri Kedah memohon pertimbangan untuk menghentikan pemberian lesen tersebut berkuatkuasa 1 Januari 2023?
Kedua, apa justifikasi pemimpin DAP yang menganggotai Kerajaan Madani memberi sokongan dan dukungan kepada pihak syarikat loteri dan judi sehingga mereka sanggup untuk mencabar dasar sifar judi di Kedah?
Ketiga, apa pendirian pemimpin Melayu-Islam dalam Kerajaan Madani berikutan ada pihak yang secara terbuka menentang langkah Kerajaan Negeri menghentikan lesen premis perjudian di Kedah sekaligus menyokong aktiviti tersebut berlaku di Kedah?
DPPNK menegaskan bahawa kes judi ini menyedarkan rakyat Kedah untuk menghumbankan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tidak ada lagi pertimbangan kedua. Kedah bukan sahaja aman tanpa DAP, termasuk juga tanpa PKR dan PAN!