13/08/2025
JALUR GEMILANG TERBALIK; ARMADA BERSATU BERSAMA PEMUDA UMNO TURUN KEPALA BATAS KHAMIS INI
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2025 – Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, YB Hilman Idham, menegaskan Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan martabat negara yang wajib dipelihara oleh setiap warganegara. Menurutnya, insiden pemasangan bendera secara terbalik yang berulang kali berlaku perlu dipandang serius dan tidak boleh dianggap sebagai kesilapan remeh.
Beliau mempersoalkan bagaimana kesilapan sedemikian boleh terus berulang, walaupun pelbagai alasan seperti kecuaian, ketidaksengajaan atau masalah teknikal diberikan. Lebih membimbangkan, kata Hilman, pihak yang mempertahankan Jalur Gemilang sering diserang secara peribadi dan dilabel dengan gelaran negatif seperti “anjing liar” atau “pembuli” yang dikatakan mengugat keharmonian.
“Puak ini cuba mengalihkan isu daripada perkara pokok. Jangan peralat dan mencemarkan patriotisme untuk membela sikap dan tindakan yang salah,” tegas beliau.
Baca penuh di bawah.