Teaching Factory UTHM - Pagoh Campus

Teaching Factory UTHM - Pagoh Campus Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Teaching Factory UTHM - Pagoh Campus, Government Organization, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KM 1, Jalan Panchor, Panchor, Pagoh.

Teaching Factory (TF) at UTHM aims to improve the quality of teaching and learning (T&L) of industry-based courses offered by the UTHM at the undergraduate and graduate levels.

Perlukan bantuan atau kemudahan sepanjang belajar di UTHM? UTHM Prihatin sedia membantu! 🤝✨Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HE...
16/08/2026

Perlukan bantuan atau kemudahan sepanjang belajar di UTHM?
UTHM Prihatin sedia membantu! 🤝✨
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTHM menyediakan pelbagai inisiatif bantuan untuk memastikan kebajikan anda sentiasa terpelihara:

* 🍲 Bantuan Makanan: Food Bank, Sabil Al-Hikmah & Dapur Siswa Madani

* 💵 Bantuan Kewangan: Zakat, Dana Ihsan, Program Sulong & Bantuan Awal

* 💻 Bantuan Peranti: Laptop / Peranti pembelajaran

* 🛋️ Student Lounge: Ruang santai dan ulangkaji selesa

Imbas kod QR pada poster untuk permohonan segera.
Talian Pertanyaan:
Pn. Suhailah (019-728 0399) | En. Muhaimin (07-950 7999)
🌐 hep.uthm.edu.my

13 Ogos 2026: Mesyuarat dan lawatan tapak berkaitan Dust Collector di Blok K,Teaching Factory bersama pihak SDPS, Pejaba...
14/08/2026

13 Ogos 2026: Mesyuarat dan lawatan tapak berkaitan Dust Collector di Blok K,Teaching Factory bersama pihak SDPS, Pejabat Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) (Pagoh), Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (Pagoh), dan Pejabat Provost UTHM- Kampus Cawangan Pagoh.

MESYUARAT PENGURUSAN TEACHING FACTORY BIL. 3/2026Teaching Factory UTHM telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Teaching Fa...
11/08/2026

MESYUARAT PENGURUSAN TEACHING FACTORY BIL. 3/2026

Teaching Factory UTHM telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Teaching Factory Bil. 3/2026 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Teaching Factory UTHM, Kampus Cawangan Pagoh.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan perkembangan semasa, perancangan serta pelaksanaan aktiviti dan program Teaching Factory, di samping memperkukuhkan pengurusan dan kerjasama dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.





MESYUARAT CADANGAN KERJASAMA CFT FIT, TEACHING FACTORY UTHM DAN CREATITUDE SDN. BHD.Centre for Technology, Furniture Inn...
10/08/2026

MESYUARAT CADANGAN KERJASAMA CFT FIT, TEACHING FACTORY UTHM DAN CREATITUDE SDN. BHD.

Centre for Technology, Furniture Innovation Technology, (CfT FIT) Teaching Factory UTHM telah mengadakan satu mesyuarat kerjasama strategik bersama Creatitude Sdn. Bhd. yang berlangsung di UTHM, Kampus Cawangan Pagoh.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama antara CFT FIT dan Creatitude Sdn. Bhd. khususnya berkaitan cadangan latihan kepada pelajar, penggunaan perisian terkini dalam industri, prospek graduan serta peluang pekerjaan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan UTHM.

Pihak Creatitude Sdn. Bhd. diwakili oleh Mr. Kevin Gan dan Mr. Tan, manakala Teaching Factory UTHM diwakili oleh Pengarah, Dr. Juliana Abdul Halip serta Pengurus, Ts. Inv. Abdullah Al Rashid Ab Hamid. Diharapkan perbincangan ini dapat mnghasilkan aktiviti yang mampan dalam memperkasa pendidikan TVET serta melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri semasa.







Setinggi-tinggi Tahniah !🌟Seluruh warga Teaching Factory UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada*YBhg. Prof. Ts....
05/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah !🌟

Seluruh warga Teaching Factory UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

*YBhg. Prof. Ts. Dr. Mutalib bin Leman*

atas pelantikan sebagai Provost, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Kampus Cawangan Pagoh) bagi tempoh *3 Ogos 2026 hingga 2 Ogos 2028*.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat terus dipimpin dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan integriti dalam memperkukuh kecemerlangan UTHM Kampus Cawangan Pagoh.

*Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah*

KURSUS PEMASANGAN KABINET DAPUR – KERJASAMA TEACHING FACTORY UTHM & LAKAR IMPIAN LEGACYTeaching Factory UTHM dengan kerj...
31/07/2026

KURSUS PEMASANGAN KABINET DAPUR – KERJASAMA TEACHING FACTORY UTHM & LAKAR IMPIAN LEGACY

Teaching Factory UTHM dengan kerjasama Lakar Impian Legacy telah berjaya menganjurkan Kursus Pemasangan Kabinet Dapur pada 30 Julai 2026, melibatkan seramai 15 orang peserta.

Kursus ini memberi pendedahan secara praktikal kepada para peserta berkaitan kaedah dan teknik pemasangan kabinet dapur, di samping meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pertukangan dan pemasangan perabot.

Lebih bermakna, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara UTHM, alumni dan pihak industri, khususnya melalui kerjasama bersama Lakar Impian Legacy, sebuah syarikat milik Puan Syafiqah, yang juga merupakan alumni UTHM.

Dalam kesempatan ini, pihak Teaching Factory UTHM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Syafiqah dan Lakar Impian Legacy atas sokongan, kerjasama serta sumbangan sebuah kabinet dapur yang telah dipasang di pantri pejabat Teaching Factory pada hari yang sama.

Sumbangan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga Teaching Factory, malah menjadi simbol bermakna hubungan erat antara alumni UTHM dan institusi, serta mencerminkan semangat untuk terus menyumbang kembali kepada alma mater.

Semoga jalinan kerjasama antara Teaching Factory UTHM dan Lakar Impian Legacy ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang dalam pelbagai program pembangunan kemahiran, perkongsian ilmu serta kerjasama industri.

Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini! 👏

Teaching Factory UTHM
Memperkasa Kemahiran, Menghubungkan Industri, Membina Masa Depan.










Tahniah! Prof.Ts. Dr. Abdul Mutalib bin Leman.
31/07/2026

Tahniah! Prof.Ts. Dr. Abdul Mutalib bin Leman.

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Abdul Mutalib bin Leman atas pelantikan beliau sebagai Provost, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Kampus Cawangan Pagoh) berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026 hingga 2 Ogos 2028.

Semoga dengan pelantikan ini, Prof. Ts. Dr. Mutalib akan terus memacu kecemerlangan dan kejayaan buat UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Selamat menjalankan amanah yang diberikan!

Program Tahfiz TVET: Kursus Mikropengawal (Microcontroller) dan Internet of Things (IoT)Alhamdulillah, pada 30 Julai 202...
30/07/2026

Program Tahfiz TVET: Kursus Mikropengawal (Microcontroller) dan Internet of Things (IoT)
Alhamdulillah, pada 30 Julai 2026 (Khamis), dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, telah berlangsung Program Tahfiz TVET anjuran bersama Teaching Factory ITC UTHM dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), UTHM.

Kursus yang dikendalikan oleh Dr. Ariffudin dan Dr. Mohd Norzali ini memberi pendedahan kepada para pelajar tahfiz mengenai asas mikropengawal (microcontroller) dan Internet of Things (IoT) melalui sesi teori dan amali.
Semoga program ini menjadi langkah awal dalam melahirkan generasi huffaz yang celik teknologi dan berkemahiran TVET.

Terima kasih atas sambutan yang menggalakkan. Maaf penyertaan kursus ini telah ditutup. InsyaAllah kami akan mempertimba...
28/07/2026

Terima kasih atas sambutan yang menggalakkan. Maaf penyertaan kursus ini telah ditutup. InsyaAllah kami akan mempertimbangkan untuk kursus siri ke 2.

Address

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KM 1, Jalan Panchor, Panchor
Pagoh
84600

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:30 - 12:30
Friday 08:00 - 00:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teaching Factory UTHM - Pagoh Campus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share