KEMAS Daerah Muar

KEMAS Daerah Muar JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) DAERAH MUAR
Lot 14613 Taman Pagoh Jaya Fasa 2
84600 Pagoh, Muar
Johor

07/07/2026
07/07/2026

Inisiatif TKBJ merupakan kesinambungan kepada Projek Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ), sebuah program cetusan ilham Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi melahirkan generasi bertaraf global.

Selaras dengan hasrat tersebut, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor telah dipilih sebagai TABIKA feeder kepada SRBJ, diperkukuhkan lagi dengan sokongan Smartclassroom@KEMAS untuk mewujudkan sebuah ekosistem pembelajaran yang lebih moden.

https://www.facebook.com/share/p/1CprqaiUs7/?mibextid=wwXIfr





07/07/2026

Barberpreneur KEMAS

KEMAS buka peluang jana pendapatan untuk anak muda mulakan perniagaan.

Anda dapat lokasi bisnes di TABIKA KEMAS sebagai port bisnes terbaik.

๐‰๐ข๐ค๐š ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ญ ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ข๐ง๐Ÿ๐จ ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ ๐๐ข ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฉ๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก.

Jangan tunggu lagi untuk tahu cara nak jadi sebahagian dari Member Barberpreneur KEMAS

Di Sini Bermula...

๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐€๐‹๐๐‡๐€ ๐†๐„๐ ๐“๐€๐‹๐„๐๐“๐’@๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ๐”๐€๐‘, 5 Julai โ€“ YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Ham...
06/07/2026

๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐€๐‹๐๐‡๐€ ๐†๐„๐ ๐“๐€๐‹๐„๐๐“๐’@๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Œ๐”๐€๐‘, 5 Julai โ€“ YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, telah menyempurnakan Perasmian Penutupan Program Alpha Gen Talents@KEMAS Peringkat Daerah Muar Tahun 2026 yang berlangsung di Padang KEM PGA BN-6 Bakri, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, pembangunan modal insan perlu dipupuk sejak peringkat awal usia bagi melahirkan generasi yang berkeyakinan, berdisiplin, kreatif serta memiliki jati diri yang kukuh. Usaha mencungkil bakat kanak-kanak melalui program seperti Alpha Gen Talents@KEMAS merupakan antara pendekatan terbaik dalam membentuk generasi masa depan yang cemerlang, selaras dengan aspirasi pembangunan luar bandar yang inklusif dan mampan.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Mohd Hanafiah Man, yang menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Program Alpha Gen Talents@KEMAS bukan sekadar platform pertandingan sukan, malah menjadi medium untuk mencungkil bakat, membina sahsiah, memupuk disiplin, semangat berpasukan dan daya kepimpinan dalam kalangan anak-anak KEMAS sebagai persediaan menghadapi cabaran masa depan. Pada hari ini, seramai 174 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS, melibatkan 60 peserta Futsal, 66 peserta Bola Jaring dan 48 peserta Kids Athletics, sekali gus mencerminkan komitmen KEMAS dalam menyediakan peluang yang sama rata kepada setiap anak untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka.

Program yang melibatkan penyertaan kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 5 hingga 6 tahun ini bertujuan mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta menggalakkan perkembangan fizikal dan sosial melalui aktiviti sukan yang menyeronokkan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Futsal, Bola Jaring dan Kids Athletics, sekali gus memberi peluang kepada peserta menyerlahkan bakat, semangat kesukanan serta kerjasama berpasukan sejak usia muda.

Selain menyempurnakan majlis penutupan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut meluangkan masa melawat Program Kemahiran KEMAS bersama PERKEP, termasuk Pertandingan Masakan Roti Jala serta Pameran Promosi Kelas Pendidikan Kemahiran KEMAS Daerah Muar, sebelum menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para pemenang.

Penganjuran Alpha Gen Talents@KEMAS diharapkan terus menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak sejak usia awal, sekali gus melahirkan generasi yang aktif, berkeyakinan, berdaya saing dan memiliki sahsiah terpuji selaras dengan aspirasi KEMAS dalam memperkasa pembangunan modal insan negara.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) hari ini meraikan lebih 10,538 warga pendidik sempen...
14/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) hari ini meraikan lebih 10,538 warga pendidik sempena Sambutan Hari Pendidik KEMAS 2026. Sambutan tahun ini amat istimewa dan penuh bersejarah kerana ia bertepatan dengan ulang tahun ke-55 Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS yang telah menjadi tunjang dalam mencerdaskan anak bangsa dan memperkasa pembangunan masyarakat sejak tahun 1970.

Bukan mudah tugasan melentur buluh dari rebungnya. Daripada mengajar memegang pensil sehinggalah membentuk sahsiah diri, sabar dan kasih sayang warga pendidik KEMAS tiada tandingannya. Dedikasi anda di seluruh pelosok negara dari kota hinggalah ke ceruk pedalaman adalah nadi kepada kemajuan masyarakat. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik KEMAS atas komitmen dan pengorbanan dalam membentuk generasi masa depan negara.

Selamat Hari Pendidik 2026. Teruskan menyemai ilmu, membina insan dan mencipta masa depan yang gemilang!

Korang pernah bersekolah di TABIKA KEMAS dulu? Cuba korang share memori paling best atau nama cikgu KEMAS korang kat ruangan komen bawah! ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

14/06/2026

๐ŸŽค๐Ÿ˜„ WARTAWAN CILIK KEMAS TERJAH HARI PENDIDIK โ€“ CIKGU PUN TAK SEMPAT SEDIA JAWAPAN! ๐ŸŒนโœจ

Sempena Sambutan Hari Pendidik KEMAS, para pendidik telah "diserbu" oleh Wartawan Cilik KEMAS dengan pelbagai soalan spontan yang mencuit hati. Ada yang ditanya rahsia sentiasa ceria di kelas, ada yang disoal bagaimana boleh mengingati begitu ramai murid, dan ada juga yang tersenyum malu apabila menerima soalan-soalan luar jangkaan daripada wartawan cilik yang berani dan petah berbicara.

Di sebalik gelak tawa dan kemeriahan suasana, sambutan ini menjadi tanda penghargaan kepada seluruh pendidik KEMAS yang sentiasa mencurahkan ilmu, kasih sayang dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa. Selamat Hari Pendidik KEMAS! "Cikgu mengajar dengan penuh sabar, wartawan cilik p**a bertanya tanpa sempat bagi amaran!" ๐Ÿ˜†๐ŸŽค

14/06/2026

๐ŸŽค๐Ÿ˜„ WARTAWAN CILIK TEMU BUAL WARTAWAN DEWASA โ€“ SIAPA SEBENARNYA YANG MENYOAL? ๐Ÿคญโœจ

Sempena Sambutan Hari Pendidik KEMAS, suasana bertukar meriah apabila Wartawan Cilik KEMAS mengambil alih tugas dan menemubual wartawan dewasa. Kebiasaannya mereka yang bertanya, tetapi kali ini giliran mereka p**a menjawab! Pelbagai soalan spontan dilontarkan sehingga ada yang tergelak, terdiam seketika dan cuba mencari jawapan paling selamat. ๐Ÿ˜†๐ŸŽค

Gelagat spontan ini bukan sahaja menceriakan majlis, malah menyerlahkan keberanian dan keyakinan anak-anak KEMAS dalam berkomunikasi. Si kecil bertanya tanpa gentar, si dewasa p**a menjawab dengan senyuman. Bak kata Wartawan Cilik KEMAS, "Hari ini kami bukan pembantu wartawan, kami ketua wartawan!" ๐Ÿคญ๐ŸŒน

๐ŸŽคโœจ๐Ÿ˜„

14/06/2026

๐ŸŒŸ ๐๐ข๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐ฎ๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ญ๐ข๐š๐ง ๐ŸŽคโœจ

Siapa sangka adik Zinnirah Assyafia, hos cilik TabiCast KEMAS. Kecil-kecil lagi dah petah bercakap siap boleh sembang depan YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tanpa kekok. Tenang je dia.

Inilah orang kata kalau dari kecil dah diasuh dengan baik diberi peluang bercakap belajar yakin diriโ€ฆ lama-lama jadi luar biasa.

Mana tahu hari ni jadi hos cilikโ€ฆ esok-esok jadi wartawan TV, pengacara terkenal atau pemimpin besar negara p**a.

Tahniah adik Zinnirah. Teruskan bersinar ya. Ramai makcik-pakcik dekat kampung ni bangga tengok anak KEMAS macam ni

Address

Pejabat KEMAS Daerah Muar, Taman Pagoh Jaya Fasa 2
Pagoh
84600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share