BALAI POLIS PAGOH

BALAI POLIS PAGOH Balai Polis Pagoh adalah di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Pahlawan 2026 kepada seluruh Perwira dan W...
31/07/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Pahlawan 2026 kepada seluruh Perwira dan Wirawati negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan serta kesejahteraan Malaysia.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan para Pahlawan sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan memupuk rasa cinta akan tanah air.

Sebagai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), marilah kita bersama-sama menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi. Semoga semangat juang serta pengorbanan para Pahlawan terus menjadi inspirasi dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang demi memelihara keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara.

"π‘΄π’†π’π’ˆπ’†π’π’‚π’π’ˆ 𝑱𝒂𝒔𝒂, π‘΄π’†π’π’ˆπ’–π’Œπ’–π’‰ 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒉𝒂𝒏𝒂𝒏”





ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ "𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 π’π‚π€πŒπŒπ„π‘" ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆπŠπ“ππ ππ€π†πŽπ‡ #29 Julai 2026 (Rabu)πŸ“ Tempat: Dewan Karisma, IKTBN Pagoh,...
29/07/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ "𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 π’π‚π€πŒπŒπ„π‘" ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆπŠπ“ππ ππ€π†πŽπ‡

#29 Julai 2026 (Rabu)
πŸ“ Tempat: Dewan Karisma, IKTBN Pagoh, Muar, Johor

Program Ceramah "Waspada Scammer" anjuran IKTBN Pagoh yang disampaikan oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Pagoh, Insp. Muhammad Isqandar Bin Mad Isa, kepada kira-kira 130 orang pelajar.

Sepanjang program, para peserta diberikan penerangan mengenai bahaya jenayah siber serta taktik terkini yang digunakan oleh sindiket scammer untuk memperdayakan mangsa. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai saluran yang betul untuk menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan jenayah komersil.

Turut diedarkan risalah pencegahan jenayah komersil yang mengandungi maklumat mengenai NSRC 997, jenis-jenis modus operandi scammer serta langkah-langkah pencegahan. Program turut diserikan dengan sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada para pelajar.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai ancaman jenayah scammer, memupuk sikap lebih berwaspada terhadap pelbagai bentuk penipuan serta menggalakkan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis demi membanteras jenayah komersil.






π“πˆππƒπ€πŠπ€π πŒπ„πŒππ€ππ“π” π’π„πŽπ‘π€ππ† π‹π„π‹π€πŠπˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’ π˜π€ππ† πŠπ”π‘π€ππ† πƒπ€π˜π€ πˆππ†π€π“π€π πŽπ‹π„π‡ ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ ππ€π†πŽπ‡πŸ“… Tarikh: 28 Julai 2026πŸ“ Loka...
28/07/2026

π“πˆππƒπ€πŠπ€π πŒπ„πŒππ€ππ“π” π’π„πŽπ‘π€ππ† π‹π„π‹π€πŠπˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’ π˜π€ππ† πŠπ”π‘π€ππ† πƒπ€π˜π€ πˆππ†π€π“π€π πŽπ‹π„π‡ ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ ππ€π†πŽπ‡

πŸ“… Tarikh: 28 Julai 2026
πŸ“ Lokasi: Jalan Muar–Labis berhampiran Ladang Optimah

Balai Polis Pagoh telah menerima makluman daripada anggota bertugas di Kaunter Aduan, L/Kpl 225820, berhubung seorang lelaki warga emas yang ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan keliru di Jalan Muar–Labis berhampiran Ladang Optimah.

Sejurus menerima maklumat tersebut, Ketua Polis Balai, Balai Polis Pagoh Inspektor Muhammad Isqandar Bin Mad Isa bersama anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Pagoh telah bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan serta memberikan bantuan.

Hasil pemeriksaan mendapati warga emas tersebut berada dalam keadaan lemah dan mengalami masalah pelupa. Hasil temu bual bersama orang awam di lokasi mendapati warga emas tersebut dipercayai telah terjatuh daripada motosikalnya di tengah jalan sebelum dibantu dan diselamatkan oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

Pihak polis kemudiannya berjaya menghubungi anak saudara warga emas tersebut bagi memaklumkan keadaan pakciknya. Difahamkan bahawa warga emas tersebut telah keluar dari rumah sejak waktu pagi tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warga emas tersebut terpelihara, Pihak polis telah membawanya ke Balai Polis Pagoh sementara menunggu kehadiran anak saudaranya. Warga emas tersebut kemudiannya telah dibawa pulang oleh anak saudaranya dengan selamat.

PDRM sentiasa komited dalam memberikan bantuan kepada masyarakat serta memastikan kebajikan dan keselamatan orang awam sentiasa diberikan perhatian.

β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πˆπ’π“π„π‘πˆ π€ππ†π†πŽπ“π€ ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ ππ€π†πŽπ‡ π˜π€ππ† π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„π‹π€π‡πˆπ‘πŠπ€π π‚π€π‡π€π˜π€ πŒπ€π“π€ #25 Julai 2026 Balai Poli...
25/07/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πˆπ’π“π„π‘πˆ π€ππ†π†πŽπ“π€ ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ ππ€π†πŽπ‡ π˜π€ππ† π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„π‹π€π‡πˆπ‘πŠπ€π π‚π€π‡π€π˜π€ πŒπ€π“π€

#25 Julai 2026

Balai Polis Pagoh telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke Hospital Melaka bagi menziarahi isteri anggota Balai Polis Pagoh, Kpl 171119 Haznor Izwan Bin Hazmie, yang telah selamat melahirkan cahaya mata.

Lawatan ini diketuai oleh Ketua Balai Polis Pagoh, Insp. Muhammad Isqandar Bin Mad Isa, bersama Kpl 164712 Norhaslini Binti Zainol Abidin dan Konst. 228684 Dekkrie James AK Alfonso sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada anggota dan keluarganya.

Tahniah diucapkan kepada Kpl Haznor Izwan Bin Hazmie sekeluarga atas kelahiran cahaya mata. Semoga keluarga ini sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT serta mendoakan semoga anak yang dilahirkan membesar sebagai insan yang soleh, berbakti kepada agama, bangsa dan negara.





24/07/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π˜πƒπ‡ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ”π€π‘ πŠπ„ ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ ππ€π†πŽπ‡ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπˆππ†π†π”π€π ππˆπ‹. πŸπŸ•/πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… 23 Julai 2026 (Khamis)
πŸ•™ 1000 hrs – 1300 hrs
πŸ“ Balai Polis Pagoh, IPD Muar






πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π #24 Julai 2026 | Hospital KPJ MuarKetua Polis Balai, Balai Polis Pagoh, Insp. Muhammad Is...
24/07/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π

#24 Julai 2026 | Hospital KPJ Muar

Ketua Polis Balai, Balai Polis Pagoh, Insp. Muhammad Isqandar Bin Mad Isa bersama Kpl 171358 Munir Bin Mansor telah mengadakan kunjungan dan ziarah kebajikan ke atas Ketua Polis Balai, Balai Polis Muar, Insp. Jefri Bin Joni yang sedang menerima rawatan di Hospital KPJ Muar.

Kunjungan dan ziarah ini merupakan tanda keprihatinan, sokongan moral dan semangat setiakawan dalam kalangan warga PDRM, di samping mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan.

Semoga Insp. Jefri Bin Joni diberikan kesihatan yang baik dan kembali bertugas seperti sediakala.





𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π˜πƒπ‡ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ”π€π‘ πŠπ„ ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ ππ€π†πŽπ‡ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπˆππ†π†π”π€π ππˆπ‹. πŸπŸ•/πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ“… 23 Julai 2026 (K...
23/07/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π˜πƒπ‡ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ”π€π‘ πŠπ„ ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ ππ€π†πŽπ‡ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπˆππ†π†π”π€π ππˆπ‹. πŸπŸ•/πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… 23 Julai 2026 (Khamis)
πŸ•™ 1000 hrs – 1300 hrs
πŸ“ Balai Polis Pagoh, IPD Muar

Balai Polis Pagoh telah menerima lawatan kerja YDH Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz bin Azman Aziz bersempena Mesyuarat Mingguan Bil. 17/2026, yang turut dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Ketua-Ketua Bahagian IPD Muar, Ketua-Ketua Polis Balai serta Pegawai-Pegawai kanan IPD Muar.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDH Ketua Polis Daerah Muar telah membincangkan perkembangan semasa pentadbiran dan operasi di samping menyampaikan amanat berkaitan kepimpinan, disiplin, integriti, kebajikan warga PDRM dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

YDH Ketua Polis Daerah Muar turut menekankan aspek pemantauan prestasi penugasan, kesiapsiagaan anggota, pematuhan kepada arahan semasa serta tindakan segera dan berkesan terhadap setiap isu yang dibangkitkan.

Semoga segala perancangan dan penyelarasan yang telah dibincangkan dapat memperkukuhkan lagi pengurusan, penyampaian perkhidmatan serta keberkesanan operasi demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.







πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 π‰π„ππ€π˜π€π‡ π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 Pada 16 Julai 2026 (Khamis) bermula jam 2200 hrs hingga 0400 hrs, KPB bersama (5) ...
17/07/2026

πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 π‰π„ππ€π˜π€π‡ π’π€πŒπ’π„ππ† 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍

Pada 16 Julai 2026 (Khamis) bermula jam 2200 hrs hingga 0400 hrs, KPB bersama (5) anggota Balai Polis Pagoh telah menjalankan Operasi Cegah Jenayah Samseng jalanan di sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Pagoh.

Semasa operasi dijalankan, pihak polis telah mengesan sekumpulan remaja yang tidak memakai topi keledar dan menunggang motosikal secara berbahaya sehingga boleh mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Hasil tindakan segera, seramai (12) orang remaja bersama (5) buah motosikal telah dibawa ke Balai Polis Pagoh untuk tindakan lanjut. Ibu bapa atau penjaga turut dipanggil bagi diberikan nasihat serta peringatan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

Balai Polis Pagoh akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini secara berterusan dan berfokus di lokasi-lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan aktiviti samseng jalanan. Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang tanpa sebarang kompromi.

Sehubungan itu, kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan kepada pihak polis amatlah dihargai bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"



π‹πšπ©π¨π«πšπ§ 𝐊𝐞𝐦𝐚π₯𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 π‰πšπ₯𝐚𝐧𝐫𝐚𝐲𝐚   22 Jun 2026 Bertindak atas maklumat awam, Anggota RCJ Balai Polis Pagoh Kpl Munir & L/Kpl...
22/06/2026

π‹πšπ©π¨π«πšπ§ 𝐊𝐞𝐦𝐚π₯𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 π‰πšπ₯𝐚𝐧𝐫𝐚𝐲𝐚

22 Jun 2026
Bertindak atas maklumat awam, Anggota RCJ Balai Polis Pagoh Kpl Munir & L/Kpl Muhammad telah membantu mangsa & mengawal lalulintas kemalangan melibatkan (1) Buah M/kar yang terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Sengkang Pagoh.
Mangsa mengalami kecederaan telah di hantar ke Hospital Muar oleh Ambulan untuk rawatan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika memandu dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.


Address

Pagoh
84600

Telephone

+6069746222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BALAI POLIS PAGOH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category