Apm Rompin

Apm Rompin ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH ROMPIN

  Berikut merupakan kes-kes yang terdapat dalam bulan September sehingga kini. Apm SEDIA | PANTAS | BERINTEGRITI
04/09/2023



Berikut merupakan kes-kes yang terdapat dalam bulan September sehingga kini.

Apm SEDIA | PANTAS | BERINTEGRITI





31 OGOS 2023|KHAMIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-66 TAHUN 2023 PERINGKAT DAERAH ROMPIN Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ...
04/09/2023

31 OGOS 2023|KHAMIS

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-66 TAHUN 2023 PERINGKAT DAERAH ROMPIN

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Rompin turut bersama dalam perbarisan hari kemerdekaan dengan melibatkan anggota seramai 22 orang. Kontijen APM Rompin juga turut menampilkan aset APM yang berada dalam perbarisan adalah sebanyak 2 buah yang terdiri dari aset darat dan air. Antara jenis aset adalah 4x4 ambulans dan Bot.









16.08.2023 | RABU KOLEJ KOMUNITI ROMPIN Program Asyura Merdeka Tahun 2023 Bersama Agensi kerajaan Daerah Rompin telah di...
17/08/2023

16.08.2023 | RABU
KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

Program Asyura Merdeka Tahun 2023 Bersama Agensi kerajaan Daerah Rompin telah diadakan pada 16 Ogos 2023 yang bertempat di Kolej Komuniti Rompin. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Rompin serta beberapa agensi kerajaan daerah Rompin. Dengan adanya program seperti ini mampu mengeratkan lagi ukhwah antara agensi-agensi kerajaan yang terdapat di Rompin ini.

Program ini telah melibatkan penyertaan sebanyak 7 kawah yang terdiri daripada 22 agensi serta 4 agensi kerajaan daerah Rompin. Kolej Komuniti juga turut menyediakan bahan asas dan persiapan bahan dilakukan sehari awal iaitu pada 15 Ogos 2023. Program asyura pada kali ini juga turut dilaksanakan dalam konsep pertandingan di mana ia boleh menunjukkan pelbagai keunikkan bubur asyura untuk setiap kawah. Anggaran bubur yang tersedia adalah sebanyak 100 bungkus yang diagihkan kepada orang awam.






15.08.2023 | SelasaDewan Orang Ramai Bandar Tun RazakHari kedua melibatkan Agihan Bantuan Bekalan Keperluan Asas (BBKA) ...
15/08/2023

15.08.2023 | Selasa
Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak

Hari kedua melibatkan Agihan Bantuan Bekalan Keperluan Asas (BBKA) turut dirasmikan oleh Yb. Ir. Razali Kassim Exco FELDA, koperasi & Usahawan Negeri Pahang. ADUN Muadzam Shah merangkap penyelaras DUN Bukit Ibam. Terdapat juga beberapa agensi lain yang turut terlibat dalam menjayakan program ini. Penyerahan bantuan ini adalah melibatkan mangsa bencana banjir (MTL) tahun 2022/2023. Pada hari ini jumlah penerima adalah lebih daripada 300 orang peserta dari pelbagai kampung.

Bantuan ini juga merupakan sambungan daripada bantuan lepas iaitu Bantuan Wang Ihsan (BWI) di mana penerima yang menerima (BBKA) serta (BWI) adalah peserta yang sama.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program ini dijalankan.





14.08.2023 | Isnin Dewan Orang Ramai Bukit Ibam Dewan Orang Ramai Leban Condong Agihan Bantuan Bekalan Keperluan Asas (B...
15/08/2023

14.08.2023 | Isnin
Dewan Orang Ramai Bukit Ibam
Dewan Orang Ramai Leban Condong

Agihan Bantuan Bekalan Keperluan Asas (BBKA) telah dirasmikan oleh Yb. Ir. Razali Kassim Exco FELDA, koperasi & Usahawan Negeri Pahang. ADUN Muadzam Shah merangkap penyelaras DUN Bukit Ibam. Terdapat juga beberapa agensi lain yang turut terlibat dalam menjayakan program ini. Penyerahan bantuan ini adalah melibatkan mangsa bencana banjir (MTL) tahun 2022/2023 dari pelbagai kampung yang terlibat. Dengan adanya bantuan seperti ini dapat meringankan beban mangsa untuk membeli keperluan - keperluan yang diperlukan.

Bantuan ini juga merupakan rentetan daripada bantuan lepas iaitu Bantuan Wang Ihsan (BWI) di mana penerima yang menerima (BBKA) serta (BWI) adalah peserta yang sama.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program ini dijalankan.





08/08/2023
 MAJLIS PERASMIAN BERSAMA PEJABAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH ROMPIN DAN PUSAT KAWALAN OPERASI DAERAH ROMPI...
08/08/2023



MAJLIS PERASMIAN BERSAMA PEJABAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH ROMPIN DAN PUSAT KAWALAN OPERASI DAERAH ROMPIN

03 Ogos 2023 (Khamis)
- Majlis Perasmian Pejabat Daerah Pertahanan Awam Rompin di Kuala Rompin yang telah dirasmikan oleh Yang Hormat Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Haji Mohd, Pegawai Daerah Rompin dan Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pahang. Pada mulanya, Pejabat APM Daerah Rompin telah beroperasi di Bandar Tun Razak atau lebih dikenali di Felda Keratong. Kini, Pejabat APM Rompin telah berada di Kuala Rompin untuk memudahkan sebarang bencana dapat diambil tindakan dengan kadar segera.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Apm Rompin









🧡💙|| SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM ||🧡💙Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami dari Angkatan Pertahanan Awam Daerah R...
19/07/2023

🧡💙|| SELAMAT MENYAMBUT AWAL
MUHARAM ||🧡💙

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami dari Angkatan Pertahanan Awam Daerah Rompin ingin mengucapkan selamat tahun baru Islam 1 Muharram 1445 Hijrah. Semoga tahun baru ini memberi sebuah harapan kepada kita semua untuk tidak mengulangi kesilapan yang lepas dan mendekatkan diri kepada maha pencipta.








 BANTUAN BANTU MULA DAN PERKHIDMATAN AMBULANS SEMPENA KEJOHANAN MERENRAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) ROMPIN ...
18/07/2023



BANTUAN BANTU MULA DAN PERKHIDMATAN AMBULANS SEMPENA KEJOHANAN MERENRAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) ROMPIN TAHUN 2023

Pada 18 Julai 2023 Apm Rompin diminta untuk menyediakan pegawai/anggota untuk bertugas pada hari kejohanan tersebut beserta dengan perkhidmatan ambulans bagi melancarkan pengelolaan kejohanan di atas. Masa yang telah ditetapkan pada jam 0800 pagi sehingga 1330 petang bertempat ni SMK Selendang. Program pada kali ini melibatkan 2 X pegawai dan 2 X pbt untuk operasi. Ke semua peserta membuat pusingan lari mengikut kawasan yang telah ditetapkan sekitar Selendang dan diiringi oleh ambulans pihak Bomba.

Terdapat beberapa kecederaan ringan yang memerlukan bantuan awal. Kesemua mereka dirawat dan tiada kecederaan yang serius.
Kesemua urusetia dan peserta memberi kerjasam yang baik sepanjang program ini dilaksanakan.

Sekian, terima kasih






 17 JULAI 2023 | ISNINOPERASI DALAM MENANGKAP ULAR HITAM DI KG BAHAGIA,ROMPIN PAHANG. Laporan / Catatan :Berikutan kejad...
17/07/2023



17 JULAI 2023 | ISNIN

OPERASI DALAM MENANGKAP ULAR HITAM DI KG BAHAGIA,ROMPIN PAHANG.

Laporan / Catatan :
Berikutan kejadian seorang wanita yang berhubung dengan PKOD ROMPIN mengenai ular hitam ruangan belakang rumahnya. Ular hitam tersebut berjaya dijumpai dan ditangkap oleh 1 X pegawai dan 2 X pbt pasukan daerah Rompin.

Orang ramai dinasihatkan agar terus hubungi MERS 999 untuk bantuan dan kecemasan.

APM | SEDIA | PANTAS | BERINTEGRITI








 (KURSUS ASAS SIRI 18/2023 DAERAH ROMPIN)Kursus asas ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 15 sehingga 16 Jula...
17/07/2023



(KURSUS ASAS SIRI 18/2023 DAERAH ROMPIN)

Kursus asas ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 15 sehingga 16 Julai 2023 bertempat di Pejabat Kawalan Operasi Daerah Rompin.

Kursus ini melibatkan peserta seramai 17 orang yang menetap berdekatan di Kuala Rompin.
Ribuan terima kasih kepada kesemua jurulatih dan urusetia yang bertungkus-lumus dalam menjayakan kursus asas ini.

Objektif kursus asas

-Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai peranan Pertahanan Awam.

-Memberi ilmu asas kepada orang awam bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.

-Usaha promosi untuk menarik orang awam untuk menggotai dan terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti-aktiviti Pertahanan Awam.

-Menggalakkan penglibatan orang awam dalam segala aktiviti Pertahanan

SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI

Sekian, terima kasih





Address

Pejabat Daerah Pertahanan Awam Rompin , D/A Bangunan Teras Dara , Bandar Tun Razak
Pahang Darul Makmur
26900

Telephone

+6094455991

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Apm Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share