SPRM Pahang

SPRM Pahang SPRM PAHANG

Dirgahayu TuankuMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduk...
31/07/2026

Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda usia yang diberkati serta melimpahkan rahmat, kebijaksanaan dan kemakmuran sepanjang pemerintahan Baginda.

31 Julai 2026 | 16 Safar 1448H

Dengan Sembah Takzim
daripada Pengarah dan warga SPRM Pahang




pahang #120SPRM PAHANG PERKASA BUDAYA INTEGRITI MENERUSI SEMINAR KESEDARAN ETIKA KERJA DAN PAMERAN ANTIRASUAHKUANTAN, 30...
30/07/2026

pahang #120

SPRM PAHANG PERKASA BUDAYA INTEGRITI MENERUSI SEMINAR KESEDARAN ETIKA KERJA DAN PAMERAN ANTIRASUAH

KUANTAN, 30 Julai 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang terus memperkukuh usaha membudayakan integriti dalam sektor perkhidmatan awam menerusi penyertaan dalam Seminar Kesedaran Etika Kerja dan Majlis Pelancaran Polisi Integriti, Governans dan Antirasuah Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Blok C, Wisma Sri Pahang, Kuantan. Program tersebut telah menghimpunkan kira-kira 280 peserta yang terdiri daripada barisan pengurusan tertinggi, ketua-ketua bahagian dan unit serta pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Pada program berkenaan, PKPs Nor Hidayah binti Mohd. Nor, Pegawai Cawangan Penyiasatan Tatakelola SPRM Pahang, telah menyampaikan ceramah bertajuk “Kesalahan-Kesalahan Rasuah”. Sesi perkongsian itu memberi pendedahan menyeluruh mengenai bentuk-bentuk kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009, penyalahgunaan kuasa, tanggungjawab penjawat awam serta kepentingan mengamalkan nilai integriti dalam memperkukuhkan tadbir urus organisasi. Penyampaian yang interaktif, disulami perkongsian pengalaman dan contoh kes sebenar, berjaya menarik perhatian peserta serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap implikasi rasuah dan peranan setiap individu dalam membendung gejala tersebut.

Selain pengisian ceramah, SPRM Pahang turut menyertai pameran yang diadakan bersempena program tersebut. Ruang pameran SPRM menjadi antara tarikan utama kepada peserta yang hadir untuk mendapatkan maklumat berkaitan fungsi dan peranan SPRM, saluran penyaluran aduan, inisiatif pendidikan pencegahan rasuah serta bahan-bahan penerbitan yang menekankan kepentingan pembudayaan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Program turut menyaksikan Majlis Pelancaran Polisi Integriti, Governans dan Antirasuah Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Tahun 2026, yang menjadi simbol komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti, telus, berakauntabiliti dan bebas daripada sebarang bentuk rasuah.

Penyertaan SPRM Pahang dalam program ini membuktikan komitmen berterusan agensi dalam memperkasa agenda pencegahan rasuah melalui pendekatan pendidikan, advokasi dan jalinan kerjasama strategik bersama pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan. Usaha berterusan ini diharapkan dapat memperkukuhkan budaya integriti dalam perkhidmatan awam sekali gus menyokong aspirasi negara ke arah pembentukan sebuah organisasi yang berteraskan prinsip integriti, ketelusan dan tadbir urus terbaik.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha (Integriti) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Puan Nor Diana binti Ismail.

Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang

pahang #119CERAMAH PENGURUSAN RISIKO RASUAH SEMPENA PERSIJILAN ABMS (ISO 37001:2025) PKPP AGRO SDN. BHD.TANJUNG LUMPUR, ...
29/07/2026

pahang #119

CERAMAH PENGURUSAN RISIKO RASUAH SEMPENA PERSIJILAN ABMS (ISO 37001:2025) PKPP AGRO SDN. BHD.

TANJUNG LUMPUR, 28 Julai 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah menyampaikan Ceramah Pengurusan Risiko Rasuah kepada warga kerja PKPP Agro Sdn. Bhd. di Bilik Seminar Mahkota 1, Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan Pahang, hari ini.

Ceramah disampaikan oleh PPs Siti Halimatus Saadiah binti Sheikh Zuhari, Ketua Cawangan Siasatan Integriti Badan Awam (SIBA), SPRM Pahang, kepada seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja PKPP Agro Sdn. Bhd. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pemahaman mengenai pengurusan risiko rasuah sebagai elemen penting dalam memperkukuh budaya integriti organisasi serta menyokong pelaksanaan Anti-Bribery Management System (ABMS) ISO 37001:2025.

Sepanjang sesi ceramah, peserta diberi pendedahan berkaitan konsep pengurusan risiko rasuah, kaedah mengenal pasti dan menilai risiko, langkah-langkah kawalan serta tindakan mitigasi yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berlakunya rasuah dalam organisasi. Penceramah turut menjelaskan kepentingan membangunkan budaya kerja yang berteraskan integriti, ketelusan dan akauntabiliti sebagai benteng utama dalam mencegah perlakuan rasuah serta salah guna kuasa.

Selain itu, peserta turut didedahkan mengenai tanggungjawab setiap warga organisasi dalam memastikan pematuhan terhadap dasar dan prosedur antirasuah, di samping memahami implikasi perundangan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694). Penekanan turut diberikan bahawa pengurusan risiko rasuah merupakan pendekatan proaktif yang mampu melindungi organisasi daripada kerugian kewangan, kerosakan reputasi dan tindakan undang-undang.

Program ini diharap dapat memperkukuhkan komitmen PKPP Agro Sdn. Bhd. dalam membudayakan integriti dan tadbir urus yang baik selaras dengan keperluan Pensijilan ABMS (ISO 37001:2025), sekali gus menyokong aspirasi negara ke arah pembentukan organisasi yang bebas daripada rasuah.

Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang

pahang #117CERAMAH KURSUS INTEGRITI, KERAHSIAAN DOKUMEN DAN PENCEGAHAN RASUAH DALAM PENTADBIRAN AWAM UNTUK PEGAWAI DAN K...
28/07/2026

pahang #117

CERAMAH KURSUS INTEGRITI, KERAHSIAAN DOKUMEN DAN PENCEGAHAN RASUAH DALAM PENTADBIRAN AWAM UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

INDERA MAHKOTA, 28 Julai 2026 – Bahagian Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah mengadakan Kursus Integriti, Kerahsiaan Dokumen dan Pencegahan Rasuah dalam Pentadbiran Awam melibatkan warga kerjanya bertempat di Bilik Mesyuarat, Kompleks SPRM Pahang, hari ini.

Terdahulu ceramah disampaikan oleh KPKPs Nor Hasni Maria binti Ab Rahim, dari Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Pahang, yang berkongsi mengenai kepentingan membudayakan integriti, memupuk nilai amanah serta meningkatkan kesedaran terhadap bahaya rasuah dan salah guna kuasa dalam melaksanakan tugas harian.

Dalam penyampaiannya, beliau menegaskan bahawa setiap penjawat awam merupakan benteng utama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus, berakauntabiliti dan bebas daripada sebarang perlakuan rasuah. Beliau turut mengingatkan bahawa amalan integriti bukan sekadar mematuhi undang-undang, malah merupakan satu tanggungjawab moral yang perlu diterapkan dalam setiap tindakan dan keputusan.

Dengan berlangsungnya kursus ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam memahami Konsep dan Prinsip Tadbir Urus Baik (Good Governance) dengan memberi penjelaskan prinsip asas tadbir urus seperti akauntabiliti, ketelusan, Kebertanggungjawaban dan kecekapan dalam pengurusan dokumen rasmi kerajaan. Turut dapat menyokong usaha pencegahan rasuah melalui inisiatif pembentukan sistem kerja berintegriti, mekanisme kawalan dalaman yang berkesan, serta kesedaran terhadap risiko rasuah dalam pengurusan dokumen rahsia kerajaan.

Selain memberi pendedahan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694), peserta juga diberi penekanan mengenai kepentingan menolak sebarang bentuk rasuah, konflik kepentingan serta penyalahgunaan kuasa yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.

Selaras dengan objektif program, usaha berterusan seperti ini mampu menyokong pembentukan organisasi yang berprestasi tinggi dan bebas rasuah.

Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang

pahang #116SPRM PAHANG PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG DALAM MEMPERKASA AGENDA INTE...
28/07/2026

pahang #116

SPRM PAHANG PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG DALAM MEMPERKASA AGENDA INTEGRITI

INDERA MAHKOTA, 28 Julai 2026 – Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, KPKPj Mohd Shukor bin Mahmud, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang.

Kunjungan hormat tersebut diadakan sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan strategik dan kerjasama antara SPRM Pahang dengan JKN Pahang dalam memperkasakan agenda integriti, tatakelola yang baik serta pencegahan rasuah. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan secara bersama, termasuk penganjuran program pendidikan antirasuah, ceramah kesedaran, latihan pemantapan integriti serta sesi libat urus yang bertujuan meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai kepentingan integriti, akauntabiliti dan pematuhan terhadap prinsip tadbir urus yang baik.

Selain bertukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan pengukuhan integriti organisasi, kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk terus menjalinkan kerjasama yang erat dalam menjayakan pelbagai program pencegahan rasuah demi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan awam, khususnya dalam sektor kesihatan.

KPKPj Mohd Shukor turut merakamkan penghargaan kepada JKN Pahang atas kesediaan menjalinkan kerjasama strategik bersama SPRM Pahang dan berharap hubungan yang terjalin akan terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif secara berterusan bagi membudayakan integriti serta memperkasakan pentadbiran yang cemerlang.

Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang

pahang #115CERAMAH PROGRAM INTEGRITI "SEMBANG RINGAN, IMPAK BESAR" PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI WARGA KERJA PUSPEN BENTABEN...
28/07/2026

pahang #115

CERAMAH PROGRAM INTEGRITI "SEMBANG RINGAN, IMPAK BESAR" PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI WARGA KERJA PUSPEN BENTA

BENTA, 27 Julai 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang melalui SPRM Cawangan Raub telah menjayakan Ceramah Program Integriti "Sembang Ringan, Impak Besar" kepada pegawai dan kakitangan PUSPEN Benta bertempat di Bilik Mesyuarat PUSPEN Benta.

Program ini merupakan inisiatif PUSPEN Benta bagi memperkukuhkan budaya integriti dalam kalangan warga kerja sejajar dengan penubuhan Jawatankuasa Antidadah (JAD) serta usaha memperkasakan tadbir urus organisasi yang berintegriti.

Ceramah disampaikan oleh PKPs Badruddin bin Abdul Razab, pegawai daripada SPRM Cawangan Raub, yang berkongsi mengenai kepentingan membudayakan integriti, memupuk nilai amanah serta meningkatkan kesedaran terhadap bahaya rasuah dan salah guna kuasa dalam melaksanakan tugas harian.

Dalam penyampaiannya, beliau menegaskan bahawa setiap penjawat awam merupakan benteng utama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus, berakauntabiliti dan bebas daripada sebarang perlakuan rasuah. Beliau turut mengingatkan bahawa amalan integriti bukan sekadar mematuhi undang-undang, malah merupakan satu tanggungjawab moral yang perlu diterapkan dalam setiap tindakan dan keputusan.

Selain memberi pendedahan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694), peserta turut diberi penekanan mengenai kepentingan menolak sebarang bentuk rasuah, konflik kepentingan serta penyalahgunaan kuasa yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga kerja PUSPEN Benta terhadap kepentingan integriti, seterusnya memperkukuhkan budaya kerja yang beretika, profesional dan beramanah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada organisasi serta masyarakat. Selaras dengan objektif program, usaha berterusan seperti ini mampu menyokong pembentukan organisasi yang berprestasi tinggi dan bebas rasuah.

Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang

pahang #114SPRM PAHANG SANTUNI WARGA UMPSA MELALUI WEBINAR ANCAMAN RASUAH DALAM ORGANISASIKUANTAN, 24 Julai 2026 – Suruh...
28/07/2026

pahang #114

SPRM PAHANG SANTUNI WARGA UMPSA MELALUI WEBINAR ANCAMAN RASUAH DALAM ORGANISASI

KUANTAN, 24 Julai 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang terus memperkukuh usaha pendidikan pencegahan rasuah apabila dijemput menyampaikan ceramah bertajuk “Ancaman Rasuah Dalam Organisasi” sempena Siri Transformasi Eksekutif Perdana (STEP) anjuran Unit Integriti dan Pematuhan (UIP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang berlangsung secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams pada hari ini.

Ceramah disampaikan oleh PPs Siti Halimatus Saadiah binti Sheikh Zuhari, Ketua Cawangan Siasatan Integriti Badan Awam (SIBA), SPRM Pahang, kepada warga UMPSA yang terdiri daripada pengurusan dan kakitangan universiti. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai ancaman rasuah dalam organisasi serta memperkukuhkan budaya integriti dan tadbir urus yang baik dalam melaksanakan amanah.

Sepanjang sesi perkongsian, peserta diberi pendedahan berkaitan definisi rasuah, bentuk-bentuk kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 [Akta 694], termasuk kesalahan menerima dan memberi suapan, salah guna kuasa, penyelewengan serta konflik kepentingan. Penceramah turut menjelaskan implikasi undang-undang dan kesan negatif amalan rasuah terhadap organisasi, ekonomi negara serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi awam.

Selain itu, PPs Siti Halimatus Saadiah turut menekankan bahawa pembudayaan integriti hendaklah bermula daripada setiap individu melalui penghayatan nilai amanah, akauntabiliti, ketelusan dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Beliau turut mengingatkan peserta agar sentiasa berani menolak sebarang bentuk rasuah serta memainkan peranan sebagai barisan hadapan dalam membendung gejala tersebut di tempat kerja.

Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang

pahang #113PENJURIAN AWAL PERTANDINGAN PIDATO CELIK MADANI PAHANG 2026 CUNGKIL BAKAT PEMIDATO MUDA BERINTEGRITIINDERA MA...
28/07/2026

pahang #113

PENJURIAN AWAL PERTANDINGAN PIDATO CELIK MADANI PAHANG 2026 CUNGKIL BAKAT PEMIDATO MUDA BERINTEGRITI

INDERA MAHKOTA, 24 Julai – Proses penjurian awal Pertandingan Pidato Celik Madani Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan menghimpunkan penyertaan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Pahang. Pertandingan ini merupakan program anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam usaha membudayakan nilai integriti serta memperkasakan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan generasi muda.

Sebanyak 44 penyertaan diterima melibatkan tiga kategori pertandingan, iaitu Kategori Sekolah Kebangsaan (Tahun 4 hingga 6), Kategori Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 3) dan Kategori Sekolah Menengah (Tingkatan 4 hingga 6). Kesemua penyertaan dinilai menerusi rakaman video pidato yang dihantar mengikut syarat dan garis panduan pertandingan.

Proses penjurian telah dikendalikan oleh panel juri yang terdiri daripada Ustaz Aizuddin Hakim bin Mohd. Yusof (Pengarah YADIM Negeri Pahang), PKPs Nor Hidayah binti Mohd. Nor (SPRM Pahang) dan Puan Nur Shuhada binti Ibrahim (Penolong Pengarah YADIM Pahang). Panel juri menilai setiap penyertaan berdasarkan aspek isi dan hujah, penggunaan bahasa, penghayatan tema serta kreativiti penyampaian bagi memilih peserta terbaik untuk mara ke peringkat akhir.

Pertandingan ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat pemidato muda yang berfikiran kritis, berkeyakinan serta mampu menyampaikan mesej secara berhemah dan berintegriti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Berdasarkan keputusan penjurian awal, lima peserta terbaik bagi setiap kategori akan dipilih untuk beraksi pada Pertandingan Pidato Celik Madani Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos 2026. Pertandingan akhir tersebut bakal menghimpunkan pemidato terbaik negeri Pahang bagi merebut gelaran juara dan seterusnya mewakili negeri ke Pertandingan Pidato Celik Madani Peringkat Kebangsaan.

Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang

pahang #112BENGKEL SEMAKAN DAN PENILAIAN SEMULA PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CORRUPTION RISK MANAGEMENT-CRM) PEJABAT SETIAU...
28/07/2026

pahang #112

BENGKEL SEMAKAN DAN PENILAIAN SEMULA PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CORRUPTION RISK MANAGEMENT-CRM) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG TAHUN 2026

KUANTAN, 23 Julai 2026 – Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada wakil semua bahagian dan unit di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah menghadiri Bengkel Semakan dan Penilaian Semula Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management- CRM) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Salah satu pengisian utama bengkel adalah ceramah bertajuk “Kesalahan-kesalahan Rasuah di Bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694)” yang disampaikan oleh KPKPs Nor Hasni Maria binti Ab Rahim, Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Pahang. Dalam ceramah tersebut, beliau menekankan kepentingan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan pentadbiran bagi mengelakkan sebarang bentuk salah guna kuasa dan rasuah.

Menurut beliau, dengan adanya pengurusan risiko rasuah di setiap jabatan dapat memainkan peranan penting dalam memastikan organisasi masing-masing bebas daripada amalan rasuah, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat yang berintegriti tinggi.

Bengkel ini juga memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan dan proses pelaksanaan CRM di jabatan. Antaranya kenal pasti risiko, penilaian risiko, kawalan dalaman, pelan tindakan/ mitigasi dan pemantauan.

Disediakan oleh:
Caawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang

pahang #110PROGRAM PENCEGAHAN RASUAH TINGKAT KESEDARAN INTEGRITI DALAM KALANGAN PELAJAR UNITAR KUANTANKUANTAN, 22 Julai ...
28/07/2026

pahang #110

PROGRAM PENCEGAHAN RASUAH TINGKAT KESEDARAN INTEGRITI DALAM KALANGAN PELAJAR UNITAR KUANTAN

KUANTAN, 22 Julai 2026 – Kolej UNITAR Kuantan telah berjaya menganjurkan Program Pencegahan Rasuah bertemakan “Integriti Budaya Kita, Kejayaan Milik Bersama” yang berlangsung di Dewan Kolej UNITAR Kuantan. Program ini disertai seramai 100 orang pelajar bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan integriti serta usaha membanteras rasuah.

Antara pengisian utama program ialah ceramah antirasuah yang telah disampaikan oleh PKPs Norhidayah binti Md. Nor, Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang. Ceramah tersebut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bahaya rasuah, kepentingan mengamalkan integriti serta peranan generasi muda dalam membina masyarakat yang bebas daripada amalan rasuah.

Program turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian pengalaman oleh PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang. Beliau berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai usaha pencegahan rasuah serta kepentingan nilai integriti dalam kehidupan seharian.

Selain itu, PPj Shazleen turut mengadakan lawatan ke booth pameran pencegahan rasuah yang disediakan oleh pelajar UNITAR Kuantan serta mengendalikan kuiz integriti bagi menguji pengetahuan peserta berkaitan isu rasuah dan nilai integriti.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memupuk budaya integriti dalam kalangan pelajar serta meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab bersama dalam membanteras rasuah demi melahirkan masyarakat yang beretika dan berintegriti.

Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang

Address

Pahang Tua

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share