I ♥ PAHANG

I ♥ PAHANG FANPAGE I ♥ PAHANG! Halaman untuk anak-anak Pahang berkumpul dan memartabatkan "Loghat Pahang".
(2)

TEMERLOH merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat, iaitu 151 manakala empat stesen sele...
07/09/2026

TEMERLOH merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat, iaitu 151 manakala empat stesen selebihnya mencatatkan bacaan pada kategori Sederhana.

07/09/2026

Port lunch layan nasi goreng special RM9.90 je weh 😋😍

📍 Jong Cafe, Taman Cengal, Temerloh
⏰ 12 pm - 10 pm

07/09/2026

ROMPIN, 6 September - Enam kedai separa kekal jenis teres di Jalan Besar Bandar Lama, Kuala Rompin terbakar dalam kejadian malam tadi dengan empat premis musnah sepenuhnya, manakala dua kedai runcit mengalami kemusnahan kira-kira 50 peratus.

​Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9 malam.

​Kebakaran membabitkan kedai membaiki barangan elektronik, kedai gunting rambut, kedai menjual buah-buahan, stor, sebuah premis yang dijadikan tempat tinggal serta dua kedai runcit.

​Seramai 11 individu yang berada di premis ketika kejadian berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

Sumber berita: TT Berita RTM

06/09/2026

Polis tahan wanita disyaki kasari kanak-kanak di taska di Kuantan

KUANTAN : Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun hari ini, kerana disyaki mengasari seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan di sebuah Taska di Bukit Setongkol.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, penahanan dibuat susulan rakaman video yang tular di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki disyaki dikasari seorang wanita.

Sumber video: Whatsapp

06/09/2026

Polis siasat kanak-kanak 2 tahun dikasari pengasuh

TEMERLOH: Polis membuka kertas siasatan susulan penularan rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikasari pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Mentakab.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berkaitan kejadian itu semalam.

Menurutnya, polis turut menerima laporan daripada ibu kanak-kanak terbabit, berusia 29 tahun, kira-kira jam 6 petang semalam.

06/09/2026

Ranking Menteri Besar & Ketua Menteri Terbaik Di Malaysia 🇲🇾

Pahang 🤍🖤 ☝🏼



🎥 MyRating

Alhamdulillah nampak sihat dah saudara Azlan bin Mat Napiah (Bisu). Beliau baru² ini telah dimasukkan ke hospital akibat...
04/09/2026

Alhamdulillah nampak sihat dah saudara Azlan bin Mat Napiah (Bisu). Beliau baru² ini telah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung dan kini telah pun dibenarkan pulang ke rumah.

Kata Tokwan Wan Rosdy bin Wan Ismail, saudara Azlan lazimnya menjadi penyeri di Wisma Sri Pahang.

Semoga Azlan terus diberikan kesihatan yang baik dan pulih seperti sediakala.

Hari terakhir Secangkir Cafe 🥹 Pada orang Kuantan & yang berdekatan boleh lah datang support 🤲🏻🗓 4 September 2026 (Jumaa...
04/09/2026

Hari terakhir Secangkir Cafe 🥹 Pada orang Kuantan & yang berdekatan boleh lah datang support 🤲🏻

🗓 4 September 2026 (Jumaat)
⏰️ 3 ptg - 9 mlm
✍️🏻 Kek 1 slice seorang
✍️🏻 Kopi terhad 300 cup sahaja
✍️🏻 Segala stok & perkakasan akan dilelong

Plaza Tol Pelabuhan Kuantan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) mula beroperasi dan dibuka kepada semua pengguna leb...
04/09/2026

Plaza Tol Pelabuhan Kuantan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) mula beroperasi dan dibuka kepada semua pengguna lebuh raya pada jam 6 pagi hari ini.

📸 Wan Rosdy bin Wan Ismail

Secangkir Cafe di Sungai Karang, Kuantan tidak akan meneruskan operasi susulan pemergian pemiliknya dalam nahas ngeri di...
03/09/2026

Secangkir Cafe di Sungai Karang, Kuantan tidak akan meneruskan operasi susulan pemergian pemiliknya dalam nahas ngeri di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), Isnin lalu.

“Sayang seribu kali sayang, tapi terpaksa juga kerana nyawa dan roh di kafe tersebut sudah tiada.”

Demikian luahan keluarga Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd. Kazwan.

Address

BENTONG, BERA, CAMERON HIGHLANDS, JERANTUT, KUANTAN, KUALA LIPIS, MARAN, PEKAN, RAUB, ROMPIN & TEMERLOH
Pahang Tua

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I ♥ PAHANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to I ♥ PAHANG:

Shortcuts

Share