Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang Laman Rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—πŸ‘πŸ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ”Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang merakamkan ucap...
30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—
πŸ‘πŸ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ”

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh semangat patriotisme, memelihara perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang telah dibina bersama.

Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam diri setiap rakyat, seterusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah Malaysia yang aman, bersatu padu, berdaulat dan sejahtera.

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!

Ikhlas daripada
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H / 2026MJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang mengucapkan Selamat ...
25/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M pada 25 Ogos 2026 (Selasa) bersamaan 12 Rabiulawal 1448H kepada seluruh warga kerja dan umat Islam.

Semoga kita semua terus menghayati dan mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan semangat untuk kita berbakti dengan penuh dedikasi demi agama, bangsa dan negara.

β€œMADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Dimaklumkan bahawa 25 Ogos 2026 (Selasa) merupakan Hari Kelepasan Am sempena Maulidur Rasul SAW. Sehubungan itu, Pejabat JPPM Negeri Pahang akan beroperasi semula seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ   ππˆπ‹π€ππ†π€π 𝟏𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”: ππ„πŒππ„ππ“π”πŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‰πππŒ) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑...
20/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππˆπ‹π€ππ†π€π 𝟏𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”: ππ„πŒππ„ππ“π”πŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‰πππŒ) ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
Tempat: Dewan Seminar Pak Belang, Hotel Apsara Temerloh

Program Bilangan 12 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai salah satu usaha memperkukuh tadbir urus, pengurusan dan pematuhan pertubuhan agar lebih berkualiti, berintegriti serta berdaya saing.

Peserta diberikan pendedahan mengenai pelaksanaan dan penggunaan Sistem eROSES V2.0, platform digital baharu JPPM yang dibangunkan bagi memudahkan urusan pendaftaran, pengemaskinian maklumat, pemfailan dokumen dan pengurusan pertubuhan secara lebih cekap, telus dan mesra pengguna.

Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan panduan kepada penggerak pertubuhan dalam memastikan setiap pertubuhan dapat ditadbir dengan lebih teratur, telus dan berkesan demi manfaat ahli serta masyarakat.






PROGRAM   BILANGAN 11 TAHUN 2026: PEMBENTUKAN PERTUBUHAN BERKUALITI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PAHAN...
14/08/2026

PROGRAM BILANGAN 11 TAHUN 2026: PEMBENTUKAN PERTUBUHAN BERKUALITI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PAHANG

Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Impian 3, Aras 2, Ancasa Royale Pekan Pahang

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang telah menganjurkan Program Bilangan 11 Tahun 2026: Pembentukan Pertubuhan Berkualiti sebagai inisiatif berterusan dalam memperkukuh tadbir urus dan pengurusan pertubuhan berdaftar di Negeri Pahang.

Program ini memberi penekanan kepada pematuhan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], pengurusan organisasi yang berintegriti serta amalan tadbir urus yang baik dalam kalangan pemegang jawatan pertubuhan. Peserta turut diberikan pendedahan mengenai pelaksanaan dan penggunaan Sistem eROSES V2.0, platform digital baharu JPPM yang dibangunkan bagi memudahkan urusan pendaftaran, pengemaskinian maklumat, pemfailan dokumen dan pengurusan pertubuhan secara lebih cekap, telus dan mesra pengguna.

Melalui program ini, JPPM berharap pertubuhan berdaftar dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan digital yang disediakan menerusi eROSES V2.0 serta meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam.

Semoga program seumpama ini dapat terus memperkasakan pertubuhan di Negeri Pahang dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih berdaya saing dan harmoni.




PROGRAM   BILANGAN 10 TAHUN 2026: PEMBENTUKAN PERTUBUHAN BERKUALITI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PAHAN...
04/08/2026

PROGRAM BILANGAN 10 TAHUN 2026: PEMBENTUKAN PERTUBUHAN BERKUALITI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PAHANG

Tarikh: 29 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Lavender, Star Well Hotel Kuala Lipis

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang telah menganjurkan Program Bilangan 10 Tahun 2026: Pembentukan Pertubuhan Berkualiti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang sebagai inisiatif berterusan dalam memperkukuh tadbir urus dan pengurusan pertubuhan berdaftar di Negeri Pahang.

Program ini memberi penekanan kepada pematuhan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], pengurusan organisasi yang berintegriti serta amalan tadbir urus yang baik dalam kalangan pemegang jawatan pertubuhan. Peserta turut diberikan pendedahan mengenai pelaksanaan dan penggunaan Sistem eROSES V2.0, platform digital baharu JPPM yang dibangunkan bagi memudahkan urusan pendaftaran, pengemaskinian maklumat, pemfailan dokumen dan pengurusan pertubuhan secara lebih cekap, telus dan mesra pengguna.

Melalui program ini, JPPM berharap pertubuhan berdaftar dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan digital yang disediakan menerusi eROSES V2.0 serta meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam.

Semoga program seumpama ini dapat terus memperkasakan pertubuhan di Daerah Lipis dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih berdaya saing dan harmoni.




PROGRAM   BILANGAN 9 TAHUN 2026: PEMBENTUKAN PERTUBUHAN BERKUALITI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PAHANG...
04/08/2026

PROGRAM BILANGAN 9 TAHUN 2026: PEMBENTUKAN PERTUBUHAN BERKUALITI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PAHANG

Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Lavender, Star Well Hotel Kuala Lipis

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang telah menganjurkan Program Bilangan 9 Tahun 2026: Pembentukan Pertubuhan Berkualiti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang sebagai inisiatif berterusan dalam memperkukuh tadbir urus dan pengurusan pertubuhan berdaftar di Negeri Pahang.

Program ini memberi penekanan kepada pematuhan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], pengurusan organisasi yang berintegriti serta amalan tadbir urus yang baik dalam kalangan pemegang jawatan pertubuhan. Peserta turut diberikan pendedahan mengenai pelaksanaan dan penggunaan Sistem eROSES V2.0, platform digital baharu JPPM yang dibangunkan bagi memudahkan urusan pendaftaran, pengemaskinian maklumat, pemfailan dokumen dan pengurusan pertubuhan secara lebih cekap, telus dan mesra pengguna.

Melalui program ini, JPPM berharap pertubuhan berdaftar dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan digital yang disediakan menerusi eROSES V2.0 serta meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam.

Semoga program seumpama ini dapat terus memperkasakan pertubuhan di Daerah Raub dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih berdaya saing dan harmoni.




PROGRAM PEMANTAPAN PENTADBIRAN PERSATUAN (  BIL. 8 TAHUN 2026)Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah ...
04/08/2026

PROGRAM PEMANTAPAN PENTADBIRAN PERSATUAN ( BIL. 8 TAHUN 2026)

Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat Mahkota 1, Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Pahang telah menerima jemputan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang untuk memberi Taklimat Pengurusan Penubuhan dan Pemerkasaan Pasukan Bomba Sukarela (PBS). Oleh itu, Program Pemantapan Pentadbiran Persatuan ( Bil. 8 Tahun 2026) telah diadakan sebagai salah satu inisiatif dalam membantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) menguruskan pentadbiran pertubuhan agar dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan.

Program ini menjadi platform bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam kalangan pengurusan persatuan berkaitan aspek pentadbiran, pengurusan organisasi serta pematuhan terhadap peraturan dan tatakelola selaras Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832). Program ini juga memberi pendedahan berkaitan tatacara pengendalian Sistem eROSES V2.0.
Melalui program ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan perkongsian yang diperoleh dalam memperkemas pengurusan pertubuhan masing-masing, seterusnya membentuk pertubuhan yang lebih berintegriti, berdaya saing, telus dan berkualiti.

Semoga inisiatif terus menjadi pemangkin kepada pemerkasaan pertubuhan serta memperkukuh kerjasama antara JPPM dan komuniti pertubuhan di seluruh negara.




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG TAHUN 2026Daulat TuankuMerafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahKe H...
30/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG TAHUN 2026

Daulat Tuanku
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Ke Hadapan

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah

Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Jajahan Takluknya

Bersempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang

Pada 30 Julai 2026 (Khamis) | 15 Safar 1448H

Dimaklumkan bahawa pada 31 Julai 2026 (Jumaat) bersamaan 16 Safar 1448H merupakan Cuti Hari Kelepasan AM bagi Negeri Pahang Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang.

Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang akan beroperasi semula pada 3 Ogos 2026 (Isnin).

01/07/2026
01/07/2026

Address

Pahang Tua

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6095733360

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share