27/08/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐. ๐ฎ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ก๐ (๐๐๐ ) ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ก๐ (๐ฆ๐๐ ) ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
NENASI, PEKAN 26 Ogos 2026 - Mesyuarat Penyelarasan Bil.2/2026 bagi Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) Jabatan Imigresen Malaysia Tahun 2026 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Nenasi Pekan Pahang.
Program Kampung Angkat MADANI merupakan inisiatif yang memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti berteraskan kesejahteraan, pembangunan komuniti serta penyampaian perkhidmatan yang lebih dekat dengan rakyat.
Melalui program ini, pelbagai pengisian seperti gotong-royong, khidmat masyarakat, sesi libat urus, penyampaian sumbangan serta program kesedaran dilaksanakan bagi memupuk semangat kebersamaan, mempererat hubungan silaturahim dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Sejumlah RM200 juta diperuntukkan di bawah Program Kampung Angkat MADANI dengan had maksimum RM500,000 bagi satu kampung angkat dengan tambahan RM100,000 sekiranya pelaksanaan projek dibuat secara kerjasama dengan institusi TVET.
Pemilihan kampung dan pelaksanaan Kampung Angkat MADANI 2026 akan diberi tumpuan bagi memastikan taburannya menyeluruh serta menumpukan kepada kawasan yang benar-benar memerlukan perhatian. Untuk makluman jua, bagi Daerah Pekan Pahang, Kampung Nenasi telah terpilih bagi Program Kampung Angkat MADANI bagi Tahun 2026
YBrs. Dr. Rosbi binti Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (Pengurusan) hadir bagi mempengerusikan mesyuarat ini diiringi YBrs. Puan Nursafariza binti Ihsan, Pengarah Imigresen Negeri Pahang
dan YBrs. Puan Nazaitul Syima binti Mohamad Zaki, Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Selain itu, jemputan dan wakil dari jabatan dan agensi yang turut hadir terlibat bagi mesyuarat pelaksanaan program ini adalah seperti tertera di bawah :
1. Pegawai Pendidikan Daerah Pekan
2. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nenasi
3. Wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan
4. Wakil Pejabat Penerangan Daerah Pekan
5. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi
6. Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Nenasi
7. Pengarah Kolej Komuniti Rompin
8. Penghulu Mukim Bebar Pekan
9. Wakil SWCorp Daerah Pekan
10. Wakil Pejabat TNB Daerah Pekan
8. Pengerusi JPKK Kampung Nenasi Darat
9. Pengerusi JPKK Kampung Nenasi Pantai
ยฉ๏ธ ๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐ฒ๐๐๐
๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ฑ๐๐๐๐๐๐ ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐