PAS Kawasan Pandan

PAS Kawasan Pandan PAS KAWASAN PANDAN
Demi Islam, rakyat dan kesejahteraan Pandan.

04/09/2026
04/09/2026
04/09/2026

KALAU BOLEH KAWAL TIKTOK, KENAPA OTT TUNGGU VIRAL?

Ini soalan yang kerajaan perlu jawab.

Kerajaan sendiri mengakui MCMC menjalankan pemantauan secara proaktif terhadap kandungan media sosial.

Bagi kandungan 3R — kaum, agama dan institusi Diraja, dari 2022 hingga 1 Mac 2026, MCMC membuat 13,129 permohonan kepada platform dan 8,174 kandungan diturunkan.

Maknanya jelas.

Kerajaan ada mekanisme. MCMC ada kuasa. Platform boleh diminta mengambil tindakan.

Tetapi apabila masuk kepada OTT seperti Netflix, iQIYI dan Viu, pendekatannya kelihatan jauh lebih reaktif.

Kes Mentega Terbang — kontroversi dahulu, kemudian tindakan.

Kes Madu atau Racun — kontroversi dahulu, kemudian kerajaan memanggil pihak platform dan produksi, sebelum episod diturunkan.

Kenapa perlu tunggu viral?

Sedangkan negara lain sudah lama mempunyai mekanisme untuk OTT.

🇹🇷 LIHAT TURKIYE

Turkiye tidak menganggap Netflix sebagai sekadar “platform internet”.

Perkhidmatan video-on-demand melalui internet dimasukkan ke dalam rangka kawal selia penyiaran di bawah RTÜK, regulator media Turkiye.

Netflix perlu mendapatkan lesen Internet On-Demand Broadcasting daripada RTÜK untuk beroperasi di sana.

Dan lesen itu bukan sekadar formaliti.

Netflix tertakluk kepada undang-undang kandungan Turkiye. Kandungan tertentu yang menggalakkan keganasan, mengeksploitasi kanak-kanak, menghasut kebencian atau melanggar prinsip kandungan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan.

RTÜK juga mempunyai kuasa penguatkuasaan.

Contoh paling jelas ialah filem Cuties (Minnoşlar).

Pada 2020, RTÜK mendapati kandungan filem tersebut melanggar peraturan berkaitan eksploitasi kanak-kanak.

Apa yang berlaku?

RTÜK mengarahkan filem itu dikeluarkan daripada katalog Netflix Turkiye.

Bukan sekadar teguran.

Dikeluarkan daripada katalog.

Jadi jangan kata:

“OTT tak boleh dikawal sebab ia internet.”

Boleh.

Turkiye sudah membuktikannya.

Bezanya ialah Malaysia nampaknya masih memilih pendekatan reaktif.

Tunggu kontroversi.

Tunggu rakyat mengadu.

Tunggu isu viral.

Baru kerajaan bergerak.

Sedangkan mekanisme yang lebih jelas boleh diwujudkan:

klasifikasi umur + parental control + standard kandungan + mekanisme aduan + kuasa regulator yang jelas.

Tak semestinya semua kandungan perlu diharamkan.

Tetapi kalau kerajaan benar-benar mahu melindungi kanak-kanak, keluarga dan masyarakat daripada kandungan yang memudaratkan, kenapa tidak ada kawal selia OTT yang lebih proaktif?

Dan di sinilah persoalan yang lebih besar timbul.

Kalau kerajaan boleh begitu proaktif mengurus kandungan media sosial yang menyentuh politik dan 3R — kenapa dalam isu moral dan kandungan OTT, kita masih perlu tunggu kontroversi dahulu?

Kalau prinsipnya ialah melindungi masyarakat, prinsip itu mestilah konsisten.

Jangan tegas bila politik, tetapi reaktif bila moral.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

04/09/2026

Address

Pusat Tarbiah Pandan (PTP), No. 25, Jalan Pandan Indah 5/11A
Pandan Indah
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Pandan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share