Pangkor Pulau Bebas Cukai 2020

Pangkor Pulau Bebas Cukai 2020 Laman media sosial ini merupakan platform penyaluran Informasi dan Makluman Umum kepada semua pihak. Unit pengurusan Pulau Bebas Cukai.

19/06/2026
10/06/2026

🚨 BAYWATCH | MENARA PANTAI TELUK NIPAH 🚨

Keselamatan pengunjung pantai sentiasa menjadi keutamaan kami.
Anggota Penyelamat Pantai APM Pangkor sentiasa bersedia menjalankan pemantauan dan rondaan bagi memastikan kawasan pantai berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

🏖️ Pantai Selamat, Tanggungjawab Bersama

📍 Menara Pantai Teluk Nipah

🛟 Sentiasa Siaga • Bersedia • Selamat

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan petugas keselamatan pantai dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga ketika melakukan aktiviti di kawasan pantai.

“Utamakan Keselamatan, Elakkan Risiko”

Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak













DIRGAHAYU TUANKU 🇲🇾Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi ...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU 🇲🇾

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada
Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai
Majlis Perbandaran Manjung


✨ Salam Aidiladha 1446H ✨Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, keikhlasan dan pengorbanan yang penuh makna ...
27/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1446H ✨

Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, keikhlasan dan pengorbanan yang penuh makna buat kita semua. Semoga setiap doa dipermudahkan, rezeki dilapangkan dan ukhuwah terus dipereratkan dalam suasana penuh rahmat dan kasih sayang. 🤍

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Ikhlas Daripada:
Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai
Majlis Perbandaran Manjung

EidAdha SalamLebaran

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENYU SEDUNIA 2026Penyu bukan sekadar penghuni laut, tetapi simbol keseimbangan ekosistem marin. ...
22/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENYU SEDUNIA 2026

Penyu bukan sekadar penghuni laut, tetapi simbol keseimbangan ekosistem marin. Jom sama-sama lindungi habitat laut dengan mengurangkan pencemaran dan menjaga alam sekitar.

Setiap tindakan kecil kita mampu memberi perubahan besar kepada kehidupan penyu. 💙

Ikhlas daripada
Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai
Majlis Perbandaran Manjung



20/05/2026
20/05/2026

Satu kata-kata yang lembut mampu menyembuhkan hati yang luka, manakala satu kata-kata yang kesat mampu merobek jiwa yang paling kuat. Mesej 'Cakap Baik-Baik' mengajarkan kita bahawa bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga medium untuk menyemai kasih sayang dan empati.

Dalam setiap interaksi, sama ada di rumah atau di tempat kerja, pilihlah untuk menggunakan perkataan yang membina, bukan meruntuhkan. Bahasa yang lembut, kuat di jiwa. Jom amalkan .

Mesej ikhlas daripada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

20/05/2026



🌊🌊🌊🌊

Teluk Nipah,20 Mei 2026

Keadaan laut hari ini dilaporkan berombak kuat dan air pasang besar. Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati serta mengelakkan aktiviti mandi manda di kawasan berisiko demi keselamatan bersama.

Sentiasa patuhi arahan anggota Penyelamat Pantai dan utamakan keselamatan anda.

Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak













PROGRAM ESG – ENVIRONMENTAL, SOCIAL AND GOVERNANCE (ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS) DI PANTAI PASIR BOGAK, PANGKOR...
19/05/2026

PROGRAM ESG – ENVIRONMENTAL, SOCIAL AND GOVERNANCE (ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS) DI PANTAI PASIR BOGAK, PANGKOR DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

19 MEI 2026 (SELASA) – Program ESG telah berlangsung di Pantai Pasir Bogak, Pangkor bermula seawal jam 8.30 pagi dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Aset N2 Perak.

Program ini dianjurkan bagi memelihara dan memulihara kawasan pantai awam di samping menyokong agenda ESG berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Selain itu, program ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Aktiviti pemuliharaan alam sekitar telah dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk aktiviti penanaman pokok di kawasan pesisir pantai. Sebanyak 10 pokok teduhan (Pokok Beruas) dan 50 pokok Merambong telah ditanam sebagai usaha penghijauan dan pemeliharaan ekosistem pantai agar sentiasa terpelihara dan indah.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan kerjasama antara agensi dan pihak swasta serta memastikan kelestarian alam sekitar terus dipelihara untuk manfaat generasi akan datang.

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Aset N2 Perak serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program ESG di Pantai Pasir Bogak, Pangkor.

Address

Pulau Pangkor
Pangkor
32300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pangkor Pulau Bebas Cukai 2020 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share