26/08/2024
https://www.facebook.com/share/p/3PaaMnWoWKFi6BUy/?mibextid=WC7FNe
KENYATAAN MEDIA
PERTUDUHAN TERHADAP TAN SRI MUHYIDDIN TIADA ASAS
1. Berita terkini bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dikenakan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 adalah tidak berasas. Seperti yang dilaporkan oleh media pada hari ini, Tan Sri Muhyiddin akan didakwa di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Gua Musang esok. Ucapan beliau semasa kempen Pilihan Raya Kecil Nenggiri baru-baru ini dikatakan berkecenderungan menghasut rakyat terhadap Raja.
2. Ucapan Tan Sri Muhyiddin disampaikan secara beralas tanpa mengandungi sebarang unsur provokasi. Malah Tan Sri Muhyiddin di dalam ucapannya secara jelas menyebut bahawa beliau tidak mahu mengatakan apa-apa perkara buruk terhadap Raja. Malah beliau menyebut βtidak mengapalahβ. Ini membuktikan bahawa ucapan beliau tidak bertujuan menghasut rakyat terhadap Raja.
3. Beliau sebaliknya hanya menyatakan fakta secara sepintas lalu bahawa beliau telah mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan pada 21 November 2021. Namun begitu, beliau tidak dititah menghadap untuk mengangkat sumpah. Beliau kemudiannya mengemukakan bukti 115 Akuan Bersumpah Ahli Parlimen kepada pihak polis semasa disoal siasat oleh polis.
οΏΌ
4. Persoalan kenapa beliau tidak dititah menghadap untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan sedangkan telah mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen adalah suatu perkara fakta dan berperlembagaan. Menyatakan sesuatu fakta, apatah lagi yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan, tanpa berkecenderungan menghasut tidak boleh dianggap sebagai perbuatan menghasut ataupun menjadi kesalahan.
5. Oleh itu, tindakan siasatan tergesa-gesa oleh polis dan pendakwaan segera oleh Peguam Negara menimbulkan banyak lagi persoalan. Adakah wajar Tan Sri Muhyiddin didakwa sedangkan tidak terdapat kesalahan yang dilakukannya menurut undang-undang? Adakah salah menyatakan perkara yang hak dan benar?
6. Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang menjadi pembangkang, mereka lantang menentang Akta Hasutan 1948 dengan berbagai-bagai cemuhan. Malah mereka memperjuangkan pemansuhan Akta ini yang dianggap zalim.
7. Namun kini, setelah menjadi kerajaan, mereka galak menyalahgunakan Akta Hasutan 1948 yang mereka sendiri kata sebagai zalim untuk menekan dan menindas lawan politik. Antara yang telah didakwa termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris dan pempengaruh media sosial Cheβgu Bard.
8. Maka di zaman kerajaan Madanon ini, Tan Sri Muhyiddin dikenakan pendakwaan terpilih bagi kesalahan yang diada-adakan terhadapnya dengan menggunakan Akta yang mereka sendiri kata zalim.
9. Merekalah sebenarnya yang zalim.
10. Selaku Timbalan Presiden Parti Pribumi BERSATU Malaysia, saya mewakili seluruh kepimpinan di semua peringkat dan ahli-ahli akan terus memberikan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin sebagai Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional serta Ketua Ahli-ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional.
11. Kami juga akan tetap memegang prinsip untuk terus memelihara, mempertahan dan mendokong dengan seluruh jiwa raga akan kedaulatan institusi Raja- Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Parti Pribumi BERSATU Malaysia, bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang sentiasa diperingatkan kepada kami oleh pemimpin utama kami, Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin.
12. Semoga Allah SWT mengurniakan rahmatNya buat kita semua. Kepada Allah SWT, kita berserah.
DATOβ SERI AHMAD FAIZAL AZUMU
Timbalan Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
26 Ogos 2024