12/09/2026
๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ฆ๐๐ข๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ข๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐๐๐๐ก
Daya Upaya Peluang Usahanita (DAYANG) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang diperkenalkan menerusi Belanjawan Sabah 2025 bagi memperkasa usahawan wanita dan membantu mereka mengembangkan perniagaan.
DAYANG bukan sekadar menawarkan pinjaman. Program yang dilaksanakan melalui kerjasama Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS) dan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) ini menggabungkan pembiayaan dengan latihan, bimbingan dan pembangunan keusahawanan.
๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐บ๐ฎ๐ป๐ณ๐ฎ๐ฎ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ก๐ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ถ๐บ๐ฎ ๐ถ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต:
Pembiayaan RM10,000 hingga RM50,000.
Kadar pembiayaan rendah 3% setahun berasaskan baki berkurangan.
Tempoh tangguh bayaran enam bulan.
Tempoh bayaran balik fleksibel antara satu hingga lima tahun.
Mengikuti program bimbingan dan pembangunan keusahawanan selama 18 bulan bersama IDS dan SCC, termasuk aspek pengurusan kewangan, pemasaran, jaringan dan pengembangan perniagaan.
Berdasarkan prestasi, 10% hingga 50% daripada pembiayaan yang diluluskan berpeluang ditukar kepada geran.
Pembayar yang mempunyai disiplin bayaran balik cemerlang juga boleh menikmati pembiayaan tanpa caj faedah tambahan selepas tamat tempoh bimbingan 18 bulan.
๐๐ฟ๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ผ๐ต๐ผ๐ป๐ฎ๐ป:
Kriteria asas permohonan ialah wanita warganegara Malaysia berumur 18 hingga 55 tahun, bermastautin di Sabah, menjalankan perniagaan di Sabah dan mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan dalam perniagaan.
Pemohon juga perlu mempunyai pendaftaran perniagaan atau lesen operasi berkaitan serta mengemukakan pelan perniagaan atau kertas kerja mengenai penggunaan pembiayaan.
Pendek kata, DAYANG bukan sekadar memberi modal, tetapi membantu wanita membina keupayaan untuk maju dan berdikari dalam perniagaan.
Modal diberi, bimbingan disediakan dan prestasi yang baik turut diberi ganjaran.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ถ๐ป๐ท๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต (๐ฆ๐๐) :
Untuk permohonan dan maklumat lanjut mengenai DAYANG, sila hubungi mana-mana cawangan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC).