DHPP Sabah

DHPP Sabah Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) merupakan salah sebuah sayap daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Dianggotai oleh ahli bukan Islam.

Pengerusi DHPP Pusat:
Balasubramaniam Nachiappan

Pengerusi DHPP Sabah:
Satail Manjungkat (Pitas, Sabah)

Selamat menyambut Awal Muharam untuk semua rakan yang beragama Islam. Ikhlas daripada:Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP...
27/06/2025

Selamat menyambut Awal Muharam untuk semua rakan yang beragama Islam.

Ikhlas daripada:
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Sabah

Ucapan Ma’al Hijrah 1447H / 2025M
Daripada Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP Pusat)

Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP Pusat) ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1447H kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan serata dunia.

Ma’al Hijrah bukan sekadar memperingati penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, tetapi juga membawa mesej besar tentang perubahan, perpaduan, kesabaran, dan tekad dalam membina masyarakat yang sejahtera dan berakhlak.

Sebagai sayap bukan Islam dalam PAS, kami menghargai semangat Ma’al Hijrah yang mengangkat nilai-nilai kemanusiaan sejagat seperti keadilan, keamanan, hormat-menghormati dan kesatuan ummah. Nilai-nilai ini menjadi asas dalam membentuk Malaysia yang harmoni, berintegriti dan inklusif.

Marilah kita semua, tanpa mengira bangsa dan agama, memperkukuh tekad untuk berhijrah ke arah kebaikan – dari perpecahan kepada perpaduan, dari kejumudan kepada kemajuan, dari prejudis kepada persefahaman.

Salam Ma’al Hijrah 1447H daripada kami di DHPP Pusat. Semoga tahun baharu ini membuka lembaran harapan dan kekuatan buat kita semua

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor - DHPP
DHPP Negeri Melaka
Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Kelantan - DHPP Kelantan
DHPP Sabah
DHPP WPKL
DHPP Pulai区华人团队
DHPP Pulau Pinang 2019/2025
Dewan Himpunan Pendukung Pas - KEDAH DHPP
DHPP Terengganu
Dhpp Negeri Sembilan
DHPP Perak Official
Dhpp Kelantan .

Happy Deepavali.
31/10/2024

Happy Deepavali.

𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗔𝗩𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗗𝗛𝗣𝗣 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧

Salam Sejahtera dan Selamat Hari Deepavali kepada semua masyarakat yang meraikan perayaan ini.

Pada hari yang penuh makna ini, kita menyambut perayaan Cahaya dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur. Deepavali bukan sahaja simbol kemenangan cahaya ke atas kegelapan, tetapi juga lambang keharmonian, perpaduan, dan saling menghormati dalam kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada negara kita yang tercinta ini.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu yang boleh mengugatkan keharmonian negara telah berlaku. Kalau ini berterusan ia boleh mencetuskan rusuhan di kalangan masyarakat majmuk.

Di saat-saat perayaan seperti ini, marilah kita bersama-sama menghargai semangat kebersamaan, tanpa mengira kaum, agama, atau budaya. Inilah keunikan Malaysia – sebuah negara di mana kita hidup bersama dalam suasana saling menghormati, menyemai perpaduan dan keprihatinan antara satu sama lain.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua agar terus menjaga kesejahteraan dan keselamatan diri serta keluarga. Semoga sambutan Deepavali tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan kesejahteraan kepada anda semua.

Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga cahaya Deepavali menerangi kehidupan kita dengan harapan, kebahagiaan, dan kemakmuran.

Sekian, terima kasih.

𝗕𝗮𝗹𝗮𝘀𝘂𝗯𝗿𝗮𝗺𝗮𝗻𝗶𝗮𝗺 𝗡𝗮𝗰𝗵𝗶𝗮𝗽𝗽𝗮𝗻 𝗝𝗠𝗞., 𝗝𝗣
𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗗𝗛𝗣𝗣 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Pemuda PAS Malaysia
Jabatan Penerangan PAS Pusat

PAS FOR ALL
15/10/2024

PAS FOR ALL

DHPP"s Press Statement on Four New Siamese Temples Gazetted In Kelantan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Kelantan - DHPP Kelantan

Calon Perikatan Nasional untuk DUN Sg. Bakap
16/06/2024

Calon Perikatan Nasional untuk DUN Sg. Bakap



PENGERUSI DHPP SABAH SEMASA MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MUKTAMAR DEWAN-DEWAN PAS SABAH
12/06/2024

PENGERUSI DHPP SABAH SEMASA MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MUKTAMAR DEWAN-DEWAN PAS SABAH

17/05/2021

*DHPP KECAM KEGANASAN ISRAEL TERHADAP RAKYAT PALESTIN*

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) mengikuti perkembangan yang sedang berlaku di Palestin ketika ini. Kesengsaraan penduduk Palestin yang menghadapi penindasan dan serangan oleh rejim Israel tidak dapat diterima oleh masyarakat dunia sehingga ratusan nyawa yang tidak berdosa terkorban.

Sikap tentera Zionis yang berterusan menindas penduduk Palestin sangat mengecewakan kami. Malah lebih malang lagi apabila premis seperti sekolah, bangunan kerajaan dan tempat kediaman menjadi sasaran keganasan tentera Zionis ini.

DHPP menggesa kerajaan Malaysia supaya mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera untuk menghentikan pertembungan ini agar tidak berlarutan.

Derita panjang umat Islam Palestin tidak harus dibiarkan berlarutan. Sehubungan itu, DHPP melancarkan *RAYUAN SUMBANGAN DANA KECEMASAN PALESTIN* bagi membantu saudara-saudara kita di sana yang sangat memerlukan pertolongan.

DHPP Pusat mengarahkan supaya DHPP Negeri/Wilayah untuk menggerakkan usaha yang sama bagi mengumpulkan dana dan semua sumbangan ini akan diserahkan kepada Aid4Palestine.

Semoga usaha murni kita yang sedikit ini akan meringankan penderitaan penduduk Palestin.

"Islam Memperkukuh Perpaduan"

*YB SENATOR BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN, JP*
Ketua DHPP Pusat
Ahli Dewan Negara
*15 Mei 2021*

Address

Kg. Kawang,
Papar
89607

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DHPP Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share