Pejabat Kesihatan Daerah Papar

Pejabat Kesihatan Daerah Papar Official Page of Papar District Health Office.

Committed to protecting community health through disease prevention and control, environmental and occupational health, health promotion, and the delivery of quality public health services.

11/08/2026
SEBELUM KELUAR KE SEKOLAH, LINDUNGI DIRI DARIPADA DENGGI!✅ Sapu repelan nyamukLindungi kulit daripada gigitan nyamuk Aed...
03/08/2026

SEBELUM KELUAR KE SEKOLAH,
LINDUNGI DIRI DARIPADA DENGGI!

✅ Sapu repelan nyamuk
Lindungi kulit daripada gigitan nyamuk Aedes.

✅ Pakai pakaian yang melindungi kulit
Gunakan pakaian berlengan panjang dan seluar panjang jika sesuai.

✅ Terus masuk ke dalam kenderaan
Jangan bertangguh di luar rumah.

✅ Buang sampah dengan betul
Jaga kebersihan sekolah, buang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak menjadi tempat pembiakan Aedes.

Tiada tempat pembiakan Aedes, tiada denggi!

ANDA TIDAK TAHU BAGAIMANA MAHU MULA?Jadikan panduan senarai semak di bawah sebagai langkah mudah untuk memeriksa dan men...
25/07/2026

ANDA TIDAK TAHU BAGAIMANA MAHU MULA?

Jadikan panduan senarai semak di bawah sebagai langkah mudah untuk memeriksa dan mencegah pembiakan nyamuk Aedes di sekitar rumah anda.

Bah, mula dari sekarang!

MUSIM HUJAN, WASPADA PEMBIAKAN AEDES! Musim hujan menyebabkan banyak bekas di sekitar rumah mudah menakung air. Air yang...
24/07/2026

MUSIM HUJAN, WASPADA PEMBIAKAN AEDES!

Musim hujan menyebabkan banyak bekas di sekitar rumah mudah menakung air.
Air yang bertakung walaupun sedikit boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

🏠 Luangkan masa untuk memeriksa kawasan dalam dan luar rumah.
🪣 Buang air yang bertakung dan bersihkan bekas-bekas yang boleh menakung air.
🌿 Periksa pasu bunga, alas pasu, bekas makanan haiwan, tayar terpakai dan apa-apa bekas yang terdedah kepada hujan.
🔒 Tutup rapat bekas yang menyimpan air.

Jangan tunggu sehingga ada kes denggi baru kita bertindak. Pencegahan bermula daripada rumah kita sendiri.

👉 Tiada jentik-jentik, tiada Aedes, tiada denggi!

💚 Lindungi keluarga dan komuniti kita. Bersama-sama kita cegah denggi!

Kementerian Kesihatan Malaysia
Pejabat Kesihatan Daerah Papar

TELAH BERLANGSUNG | CERAMAH BAHAYA ROKOK, V**E & SUBSTAN DALAM KALANGAN REMAJA📅 Tarikh: 10 Julai 2026📍 Tempat: GIATMARA ...
23/07/2026

TELAH BERLANGSUNG | CERAMAH BAHAYA ROKOK, V**E & SUBSTAN DALAM KALANGAN REMAJA

📅 Tarikh: 10 Julai 2026
📍 Tempat: GIATMARA Papar

Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Papar telah berjaya melaksanakan Ceramah Bahaya Rokok, V**e & Substan dalam Kalangan Remaja yang disertai oleh kira-kira 35 orang pelajar GIATMARA Papar.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai bahaya penggunaan rokok, v**e dan penyalahgunaan substan terhadap kesihatan fizikal, mental serta kesejahteraan sosial. Melalui perkongsian yang disampaikan, para peserta didedahkan kepada kandungan berbahaya dalam rokok dan v**e, risiko ketagihan nikotin, kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kesihatan, serta implikasi penggunaan bahan-bahan tersebut terhadap prestasi pembelajaran, kerjaya dan masa depan.

Sesi ceramah turut diselitkan dengan perkongsian fakta-fakta semasa, perbincangan interaktif serta sesi soal jawab bagi memberi ruang kepada para pelajar mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu berkaitan rokok, v**e dan penyalahgunaan substan. Pendekatan ini diharap dapat meningkatkan kesedaran, mengubah persepsi serta membentuk sikap yang lebih positif ke arah gaya hidup sihat.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program OPS PAPA Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi fokus kepada usaha pencegahan awal melalui pendidikan kesihatan dalam kalangan pelajar institusi pendidikan dan latihan kemahiran. Program seumpama ini amat penting dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berdaya tahan dan mampu membuat keputusan yang bijak untuk menjauhi amalan merokok, penggunaan v**e serta penyalahgunaan substan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak GIATMARA Papar atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini, serta kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan penglibatan yang amat baik sepanjang sesi berlangsung.

Semoga segala ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi yang lebih sihat, produktif dan bebas daripada rokok, v**e serta penyalahgunaan substan.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati. Remaja hari ini adalah pemimpin masa hadapan.”

**e

17/07/2026

JOM CEGAH DENGGI BERSAMA!
Satu rumah yang menolak, seluruh komuniti berisiko.

Denggi tidak mengenal pagar rumah.
Nyamuk Aedes boleh bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain.
Sebab itu, pencegahan denggi lebih berkesan apabila seluruh komuniti bekerjasama.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT?
✅ Benarkan anggota kesihatan yang menjalankan tugas rasmi memasuki rumah untuk pemeriksaan dan aktiviti kawalan denggi.
✅ Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di sekitar rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu.
✅ Berikan kerjasama sepanjang aktiviti kawalan dijalankan demi melindungi keluarga, jiran dan komuniti.

RAGU-RAGU DENGAN IDENTITI ANGGOTA KESIHATAN?
1. Minta tunjukkan pengenalan diri.
Setiap anggota kesihatan yang menjalankan tugas rasmi mesti membawa dan menunjukkan kad pengenalan diri jabatan atau kad pengenalan penguat kuasa yang sah.

2. Buat pengesahan.
Hubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat untuk mengesahkan identiti anggota dan operasi yang sedang dijalankan sebelum membenarkan pemeriksaan diteruskan.

KERJASAMA ANDA, NYAWA TERLINDUNG.
Apabila tiada rumah yang menolak, seluruh komuniti lebih selamat dan terlindung daripada denggi.

Sila periksa pokok tumbuhan di kawasan rumah anda. Jangan biarkan air bertakung pada daun, celah pokok atau bekas semula...
14/07/2026

Sila periksa pokok tumbuhan di kawasan rumah anda. Jangan biarkan air bertakung pada daun, celah pokok atau bekas semula jadi kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

✅ Buang air bertakung
✅ Bersihkan kawasan tanaman secara berkala
✅ Cegah sebelum nyamuk membiak

Rumah bersih, Aedes terkawal.
Lindungi keluarga anda.

Papar, 12 Julai 2026: Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes di Taman Perumahan Pengalat Besar telah berjaya dilaksana...
13/07/2026

Papar, 12 Julai 2026: Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes di Taman Perumahan Pengalat Besar telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat antara penduduk setempat, Pejabat Kesihatan Daerah Papar dan Majlis Daerah Papar. Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang penduduk, 20 orang anggota kesihatan serta 15 orang petugas Majlis Daerah Papar (MDP).

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan, termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan perumahan, pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes, serta pengumpulan dan pelupusan barangan yang berpotensi menjadi tempat takungan air. Selain itu, aktiviti menebas rumput, menebang batang pokok pisang dan menebas pokok keladi di kawasan rumah kosong turut dilaksanakan bagi mengurangkan kawasan yang berpotensi menjadi habitat nyamuk Aedes, di samping meningkatkan tahap kebersihan persekitaran.

Bagi memastikan kelancaran operasi, Majlis Daerah Papar telah menyediakan empat (4) buah kenderaan, iaitu tiga (3) buah lori pengangkut sampah untuk mengangkut sisa buangan serta sebuah lori tangki air bagi menjalankan kerja-kerja mencuci kawasan yang dikenal pasti.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes sebagai langkah pencegahan penyakit demam denggi. Kerjasama erat antara penduduk, Pejabat Kesihatan Daerah Papar dan Majlis Daerah Papar diharapkan dapat diteruskan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas daripada penyakit bawaan nyamuk Aedes.

Pejabat Kesihatan Daerah Papar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes ini, khususnya kepada penduduk Taman Perumahan Pengalat Besar atas komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan. Penghargaan turut diberikan kepada Majlis Daerah Papar atas kerjasama serta sokongan logistik yang disediakan, termasuk penyediaan lori pengangkut sampah dan lori tangki air, serta kepada semua anggota kesihatan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Diharapkan jalinan kerjasama yang erat ini akan terus diperkukuhkan demi memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes serta mengurangkan risiko penularan penyakit demam denggi.

11/07/2026
DEMAM DENGGI BOLEH DICEGAH, TINDAKAN ANDA MENYELAMATKAN NYAWA!Demam denggi bukan sekadar demam biasa. Ia boleh menyebabk...
08/07/2026

DEMAM DENGGI BOLEH DICEGAH, TINDAKAN ANDA MENYELAMATKAN NYAWA!

Demam denggi bukan sekadar demam biasa. Ia boleh menyebabkan komplikasi serius dan mengancam nyawa jika tidak mendapat rawatan awal.

Tanda-tanda dan simptom:
✅ Demam panas secara tiba-tiba
✅ Sakit kepala yang teruk
✅ Sakit belakang mata
✅ Sakit otot dan sendi
✅ Loya atau muntah
✅ Ruam atau bintik merah pada kulit
✅ Badan lemah dan tidak bermaya

🚨 Segera ke klinik atau hospital jika mengalami demam berpanjangan, muntah berulang, sakit perut yang teruk, pendarahan, atau kelihatan sangat lemah.

Lindungi keluarga anda dengan mengamalkan langkah pencegahan:
✔️ Luangkan 10 minit setiap minggu untuk memeriksa kawasan rumah.
✔️ Hapuskan semua tempat air bertakung.
✔️ Tutup rapat bekas simpanan air.
✔️ Bersihkan longkang dan kawasan persekitaran.
✔️ Berikan kerjasama kepada petugas kesihatan semasa aktiviti fogging dijalankan.

⚠️ Ingat! Nyamuk Aedes hanya memerlukan sedikit air bertakung untuk membiak. Pencegahan bermula dari rumah kita.

Pesanan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Papar

Bersama kita cegah denggi. Persekitaran bersih, keluarga sihat, komuniti selamat.

Address

Papar
89600PAPARSABAH

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088913512

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Papar:

Shortcuts

Share