Perpustakaan Desa Kg Benoni

Directions Contact the organization

Perpustakaan Desa Kg Benoni ✓Pinjaman bahan bacaan untuk dewasa, remaja & kanak-kanak
✓Bahan rujukan UPSR, PT3, SPM & STPM

22/10/2026

📚✨ 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐈𝐊! 𝐌𝐲𝐏𝐍𝐌 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐃𝐀! 🤩

Nak cari buku, semak pinjaman atau perbaharui tempoh pinjaman? Kini semuanya lebih mudah dengan aplikasi MyPNM! 📱

💥 Cari koleksi buku 🔎
💥 Semak & perbaharui pinjaman 📚
💥 Urus akaun keahlian 👤
💥 Cari perpustakaan berdekatan 📍

📲 JOM MUAT TURUN MyPNM SEKARANG!

👇 Imbas kod QR pada poster dan nikmati kemudahan digital Perpustakaan Negara Malaysia!

💙📚 𝐌𝐲𝐏𝐍𝐌 — 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐑𝐈, 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈!

19.10.2026(Isnin)Program Info Kesihatan :Ketahui manfaat produk BE'Sihat bersama,hidup lebih bermakna'
19/10/2026

19.10.2026(Isnin)

Program Info Kesihatan :Ketahui manfaat produk BE
'Sihat bersama,hidup lebih bermakna'






16.10.2026(Jumaat)📚 MARI MEMBACA @ u-Pustaka! 📚Tahukah anda? Dengan u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai bahan bacaa...
15/10/2026

16.10.2026(Jumaat)

📚 MARI MEMBACA @ u-Pustaka! 📚

Tahukah anda? Dengan u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai bahan bacaan digital secara PERCUMA pada bila-bila masa dan di mana sahaja!

📖 Tingkatkan ilmu pengetahuan anda dengan hanya di hujung jari.

🌐 Layari: www.u-pustaka.gov.my

Utamakan Pengetahuan, Ingatlah u-Pustaka.

16.10.2026(Jumaat)9 GEJALA OCD YANG RAMAI TAK SANGKA SEBENARNYA BOLEH BERLAKUBila sebut OCD (Obsessive-Compulsive Disord...
15/10/2026

16.10.2026(Jumaat)

9 GEJALA OCD YANG RAMAI TAK SANGKA SEBENARNYA BOLEH BERLAKU

Bila sebut OCD (Obsessive-Compulsive Disorder), ramai bayangkan seseorang yang terlalu pembersih, s**a menyusun barang atau tak boleh tengok benda bersepah.

Tetapi ada satu sisi OCD yang orang jarang nampak. Seseorang mungkin kelihatan normal, tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa, sedangkan dalam kepalanya berlaku pertarungan yang sangat memenatkan.

Ini antara gejala OCD yang mungkin tidak pernah anda sangka.

1. Membaca semula mesej berkali-kali selepas menghantarnya

Bukan sebab nak pastikan ejaan betul. Tetapi kerana takut ada ayat yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

Mesej WhatsApp yang ringkas pun boleh diperiksa berulang kali. Walaupun penerima sudah membalas dengan baik, fikiran masih tertanya-tanya, “Betul ke dia tak terasa?”

2. Sentiasa memerlukan reassurance daripada orang lain

“Betul ke aku tak buat salah?”

“Kau marah aku ke?”

“Are you sure everything is okay?”

Selepas mendapat jawapan yang meyakinkan, rasa lega datang sekejap. Kemudian keraguan muncul semula dan soalan sama diulang.

3. Terlintas fikiran yang sangat menakutkan, walaupun langsung tidak mahu melakukannya

Contohnya, seorang ibu tiba-tiba terbayang sesuatu yang buruk berlaku kepada bayinya. Atau seseorang terlintas gambaran mencederakan orang yang sangat disayanginya.

Fikiran ini datang tanpa diundang dan menyebabkan ketakutan yang luar biasa.

Inilah yang dikenali sebagai intrusive thoughts. Dalam OCD, fikiran tersebut boleh menjadi obsesi yang berulang.

Penting untuk difahami, mempunyai fikiran yang tidak diingini tidak bermaksud seseorang mahu melakukannya.

4. Mengulang ibadah kerana terlalu takut melakukan kesilapan

Sudah mengambil wuduk, tetapi terasa mungkin ada bahagian yang tidak sempurna. Sudah berniat solat, tetapi berulang kali mengulang niat kerana takut tidak sah.

Ada yang terlalu takut melakukan dosa sehingga berulang kali memeriksa setiap perbuatan dan lintasan fikiran sendiri.

Bentuk OCD yang melibatkan keraguan agama dan moral dikenali sebagai scrupulosity. Ia berbeza daripada amalan agama yang biasa.

5. Mengulang perbualan lama dalam fikiran

Perbualan sudah berakhir beberapa jam lalu, tetapi otak masih replay setiap perkataan.

“Kenapa aku cakap macam tu?”

“Adakah aku dah menghina dia?”

“Apa sebenarnya maksud reaksi muka dia?”

Bukan sekadar overthinking. Dalam OCD, seseorang mungkin mengulang analisis yang sama secara kompulsif untuk mendapatkan kepastian yang tidak pernah terasa cukup.

6. Takut telah menyebabkan kemalangan walaupun tiada bukti

Sedang memandu, tiba-tiba terfikir mungkin telah melanggar seseorang tanpa menyedarinya.

Ada yang berpatah balik untuk memeriksa jalan berkali-kali, walaupun tiada sebarang petunjuk kemalangan berlaku.

7. Perlu melakukan sesuatu sehingga terasa ‘just right’

Bukan semestinya kerana mahu semuanya cantik atau kemas.

Ada yang perlu menyentuh sesuatu beberapa kali, membaca semula ayat, mengulang pergerakan atau menyusun objek sehingga mendapat rasa “betul” yang s**ar dijelaskan.

Jika tidak melakukannya, muncul perasaan tidak selesa yang kuat.

8. Mengelakkan perkara biasa kerana takut terhadap fikiran sendiri

Ada yang mengelakkan pisau, enggan mendukung bayi atau tidak mahu berada dalam situasi tertentu kerana takut sesuatu yang buruk akan berlaku.

Bukan kerana mempunyai niat jahat, tetapi kerana terlalu takut dengan fikiran yang muncul tanpa diundang.

9. Melakukan ritual yang langsung tidak kelihatan

Inilah antara perkara yang paling mudah terlepas pandang.

Ada individu yang tidak membasuh tangan berulang kali, tidak menyusun barang dan tidak memeriksa pintu.

Sebaliknya, mereka mengira nombor dalam fikiran, mengulang perkataan tertentu, berdoa secara kompulsif atau cuba meneutralkan fikiran buruk dengan fikiran lain.

Semua ini berlaku secara senyap.

Jadi, adakah semua orang yang mengalami perkara di atas mempunyai OCD?

Tidak.

Kita semua pernah ragu-ragu, overthinking atau mendapat fikiran yang tidak diingini.

Perbezaannya ialah apabila obsesi dan ritual tersebut s**ar dikawal, mengambil masa yang banyak, menyebabkan tekanan emosi yang ketara atau mula mengganggu pekerjaan, hubungan, ibadah dan kehidupan harian.

OCD bukan sekadar tabiat pelik. Ia merupakan keadaan kesihatan mental yang boleh dirawat, antaranya melalui Cognitive Behavioural Therapy (CBT), khususnya Exposure and Response Prevention (ERP), serta ubat apabila diperlukan.

Kadangkala individu dengan OCD sendiri sedar ketakutannya tidak munasabah. Tetapi mengetahui sesuatu itu tidak logik tidak semestinya menjadikan kegelisahan tersebut hilang.

Sebab itu, jangan terlalu cepat melabel seseorang sebagai cerewet, lemah iman, paranoid atau sengaja mencari masalah.

Ada orang yang kelihatan baik-baik sahaja, tetapi menghabiskan berjam-jam setiap hari cuba mendapatkan kepastian daripada fikirannya sendiri.

Dan keletihan itu sangat nyata.

:Public Health Malaysia



15.10.2026(Khamis)Sumber:KKMKeluar ketika jerebu? Pakai pelitup muka dengan betul.Jika perlu berada di luar bangunan, pa...
14/10/2026

15.10.2026(Khamis)
Sumber:KKM

Keluar ketika jerebu? Pakai pelitup muka dengan betul.

Jika perlu berada di luar bangunan, pastikan pelitup muka:

✅ Sesuai, bersih dan kering
✅ Menutupi hidung, mulut dan dagu
✅ Dipakai rapat pada muka

Jangan gunakan pelitup muka yang basah, kotor atau rosak. Tukar kepada pelitup muka yang baharu bagi memastikan perlindungan yang lebih baik.

Lindungi diri dan kurangkan pendedahan kepada udara tercemar.


15.10.2026(Khamis)Sumber:KKM𝟴,𝟬𝟬𝟬 𝗝𝗨𝗥𝗨𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗞𝗠Lebih ramai jururawat, perkhidmatan lebih pantas. 👩...
14/10/2026

15.10.2026(Khamis)
Sumber:KKM

𝟴,𝟬𝟬𝟬 𝗝𝗨𝗥𝗨𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗞𝗠

Lebih ramai jururawat, perkhidmatan lebih pantas. 👩‍⚕️

Kerajaan menaja latihan Diploma Kejururawatan melalui IPTA dan IPTS bagi melahirkan 8,000 jururawat baharu yang akan berkhidmat di fasiliti KKM.

Langkah ini memperkukuh tenaga kerja kesihatan negara dan meringankan beban petugas sedia ada.

14.10.2026(Rabu)Ulasan buku✍️Judul buku:Visi Akauntan bertauliahNama pengarang:Maisya JefriPenerbit:Arena Inspirasi Mark...
14/10/2026

14.10.2026(Rabu)
Ulasan buku✍️

Judul buku:Visi Akauntan bertauliah
Nama pengarang:Maisya Jefri
Penerbit:Arena Inspirasi Marketing
Tahun terbitan:2026
ISBN:9786299593140

Kandungan cerita yang sangat sesuai dibaca terutama sekali kepada remaja atau lepasan SPM yang bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Akauntan.
Salina merupakan seorang pelajar lepasan SPM dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan kerana sangat meminati bidang itu sejak dari kecil.Dengan pencapaian SPM yang cemerlang,Salina semakin yakin dan bersemangat untuk meneruskan hasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.
Salina sangat bijak menentukan hala tujunya,sebelum membuat keputusan Salina melayari laman web universiti dan kolej untuk mencari haluan terbaik untuknya melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.
Selain itu,Salina juga bertemu guru kaunseling bagi mendapatkan cadangan dan pergi ke Perpustakaan awam untuk mendapatkan bahan bacaan berkaitan kerjaya Akauntan.
Akhir sekali,Salina telah menghadiri seminar kerjaya yang dianjurkan sebuah kolej swasta.Di situlah dia mendapatkan maklumat terperinci tentang bidang Akauntan.
Salina semakin yakin dan telah mengisi borang permohonan ke beberapa kolej.Bak kata pepatah "Kalau sudah rezeki tidak akan ke mana".Salina sangat gembira dan bersyukur kerana permohonannya diterima.
Walaupun buku ini mengenai Salina yang baru saja lepasan SPM,malahan teks cerita buku ini sangat sesuai juga dibaca oleh kanak-kanak kerana dilengkapi dua warna berbeza mengikut teknik pemenggalan suku kata bagi meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja para pembaca peringkat rendah.






14.10.2026(Rabu)Info sihatSumber:KKMJantung 🫀 merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh. Pe...
14/10/2026

14.10.2026(Rabu)
Info sihat
Sumber:KKM

Jantung 🫀 merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, obesiti serta hipertensi merupakan faktor risiko yang menyumbancg kepada penyakit jantung.

Dengan amalan yang betul 👍🏻 dan pemilihan makanan yang baik, kita boleh menjaga kesihatan jantung dengan lebih efektif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

🔥 “PENAT JAGA ANAK SENDIRI, JADI SEKOLAH BUKA SAMPAI MALAM?”Ada cadangan supaya sekolah dibuka sehingga malam dan guru b...
13/10/2026

🔥 “PENAT JAGA ANAK SENDIRI, JADI SEKOLAH BUKA SAMPAI MALAM?”

Ada cadangan supaya sekolah dibuka sehingga malam dan guru bekerja mengikut syif.

Alasannya? Ibu bapa penat bekerja, penat menjaga anak dan mahu sedikit ketenangan apabila anak berada di sekolah lebih lama.

Kita faham. Bekerja sambil membesarkan anak memang bukan perkara mudah.

TETAPI SEJAK BILA KEPENATAN KITA MENJADI ALASAN UNTUK MENAMBAH BEBAN ORANG LAIN?

👨‍🏫 CIKGU PUN ADA KELUARGA.

Cikgu juga ada pasangan yang menunggu di rumah.

Cikgu juga ada ibu bapa yang perlu dijaga.

Cikgu juga ada kehidupan di luar pagar sekolah.

👨‍👩‍👧 CIKGU PUN ADA ANAK.

Anak cikgu juga mahu dijemput pulang.

Anak cikgu juga mahu makan malam bersama ibu bapanya.

Anak cikgu juga mahu dibantu menyiapkan kerja sekolah dan didengar cerita hariannya.

JADI, KALAU CIKGU MENGAJAR SAMPAI MALAM, SIAPA P**A YANG MENJAGA ANAK CIKGU?

Jangan kerana kita mahu lebih banyak masa berehat, kita menganggap masa rehat orang lain tidak penting.

Jangan kerana kita bekerja di sektor swasta, kita menganggap penjawat awam tidak mempunyai beban pekerjaan.

Dan jangan kerana guru mempunyai cuti persekolahan, kita menganggap tugas mereka hanya bermula dan berakhir di dalam bilik darjah.

📚 SEKOLAH BUKAN SEKADAR TEMPAT MENJAGA ANAK.

Sekolah ialah institusi pendidikan.

Guru bukan sekadar memastikan anak-anak duduk diam sehingga ibu bapa selesai bekerja.

Mereka mengajar, mendidik, membimbing, menilai dan membentuk perkembangan murid.

Murid juga memerlukan masa untuk berehat, bermain, bersama keluarga dan menikmati zaman kanak-kanak.

Jika ibu bapa menghadapi kes**aran penjagaan anak selepas waktu bekerja, penyelesaiannya ialah memperkukuh kemudahan jagaan selepas sekolah, sokongan komuniti dan dasar pekerjaan mesra keluarga.

BUKAN MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI PUSAT JAGAAN 24 JAM.

❤️ IBU BAPA PENAT. CIKGU PUN PENAT. ANAK-ANAK JUGA BOLEH PENAT.

Sumber:Malaysia Mendidik

BELANJAWAN 2027: MEMPERKUKUH KESEPADUAN SOSIAL DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSASumber:KPNKementerian Perpaduan Negara (KPN) m...
13/10/2026

BELANJAWAN 2027: MEMPERKUKUH KESEPADUAN SOSIAL DAN
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Sumber:KPN

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyambut baik keutamaan Belanjawan 2027 yang turut memberi penekanan kepada pembangunan sosial, kesejahteraan masyarakat serta usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Melalui Belanjawan 2027, KPN menerima peruntukan sebanyak RM858,794,400 iaitu RM793,039,400 bagi Perbelanjaan Mengurus (OE) dan RM65,755,000 bagi Perbelanjaan Pembangunan (DE). Peruntukan ini meningkat sebanyak 11.82% berbanding tahun 2026, sekali gus mencerminkan keutamaan Kerajaan dalam memperkukuh agenda perpaduan, keharmonian masyarakat dan pembinaan Negara Bangsa.

Kementerian Perpaduan Negara akan terus komited untuk menjadi peneraju dalam membina masyarakat Malaysia yang harmoni, inklusif, dan berpaksikan nilai sejagat yang mendukung semangat Malaysia MADANI.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Kementerian Kewangan






Address

PERPUSTAKAAN DESA KG BENONI
Papar
89608

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kg Benoni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kg Benoni:

Shortcuts

Share