Pemuda Papar

Pemuda Papar Pemuda Pejuang Bangsa

01/05/2026

Pergerakan Pemuda UMNO Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBHg. Hafizi bin Sulaiman atas pelantikan sebagai Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri I.

Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan terhadap keupayaan, integriti dan komitmen beliau dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Kami yakin beliau akan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, profesionalisme serta membawa aspirasi rakyat dengan berkesan.

Semoga terus cemerlang dalam memperkukuh perkhidmatan kepada negara.

Ikhlas daripada
Sufian Abd Karim
Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO SABAH serta seluruh saf kepimpinan dan ahli-ahli Pergerakan PEMUDA UMNO SABAH.

UMNO di Papar telah melalui jatuh bangun yang tidak sedikit. Ada ketika kita berdiri megah, ada ketika kita diuji dengan...
28/12/2025

UMNO di Papar telah melalui jatuh bangun yang tidak sedikit. Ada ketika kita berdiri megah, ada ketika kita diuji dengan kejatuhan yang menyakitkan.

Namun sejarah mengajar kita satu perkara: UMNO tidak pernah mati kerana kalah, UMNO hanya akan mati jika kita sendiri berhenti berjuang.

Pemuda UMNO Papar memilih untuk terus berdiri teguh. Dalam apa jua keadaan, kami tidak pernah melangkah pergi. Kami kekal memainkan peranan, memikul amanah perjuangan, dan mempertahankan wadah ini agar UMNO tidak luput di bumi Papar yang kita cintai.

Perjuangan ini bukan tentang nostalgia semata-mata, tetapi tentang masa depan. Tentang maruah, kestabilan masyarakat, dan suara anak muda yang tidak mahu terus dipinggirkan.

Kami merayu, khususnya kepada anak-anak muda di Papar: jangan biarkan sejarah ini terhenti di tangan kita. Bangkitlah bersama kami.

Hulurkan sokongan, bersama menguatkan saf, agar UMNO terus hidup dan kembali relevan untuk generasi akan datang.

UMNO Papar belum selesai. Perjuangan ini masih memerlukan kita semua.

Address

Plaza 22
Papar
89600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Papar:

Shortcuts

Share