SK Surati

SK Surati � SURATIAN THE BEST �
� PAPAR SMART � Sekolah ini telah dibuka pada 12 Jun 2000. Bangunan SK Surati mula beroperasi pada 3 Januari 2001.

Sebelum sekolah ini siap dibina & dibuka kepada murid-murid, Sekolah Kebangsaan ini menumpang sementara waktu di salah sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Papar Sabah atau dikenali sebagai SK Pekan Papar. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) SK Surati pada waktu itu dilaksanakan pada sebelah petang. Di penghujung Tahun 2000, bangunan SK Surati yang baru telah siap dibina di jalan Kg Surati

Papar, bersebelahan dengan kampung Surati Papar. Guru Besar Pertama ialah Encik Mohd Talib Bin Hj Ag Damit. Tempoh Perkhidmatan beliau di SK Surati Papar bermula pada penghujung Jun 2000 hingga Dis 2002. Manakala Guru Besar kedua ialah Encik Abd Latip Bin Ag Besar. Beliau mula berkhidmat di SK Surati Papar pada Januari 2003 hinggalah Januari 2009.Guru Besar terkini adalah Tuan Haji Yusoff bin Minin. Beliau berasal dari Kelatuan Papar Sabah dan mula berkhidmat menggantikan Guru Besar terdahulu Encik Duraman Bin Bakar pada 2015 hingga 21 Januari 2021. Pada masa sekarang Pn Isah Solong adalah Guru Besar untuk menggantikan Tn Hj Yusoff Minin kerana beliau bersara wajib.

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, warga SK. Surati, Papar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Azli a...
27/04/2026

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, warga SK. Surati, Papar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Azli atas pelantikan beliau sebagai Guru Besar di SK. Kaiduan, Papar, berkuat kuasa 28 April 2026.

Hari ini, 27 April 2026, merupakan perhimpunan rasmi terakhir beliau sebagai Penolong Kanan Pentadbiran SK. Surati — satu detik yang pastinya sarat dengan kenangan dan penghormatan. Terima kasih atas segala komitmen, dedikasi serta kepimpinan cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Jasa dan bakti Cikgu Azli akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah.

Semoga terus melakar kecemerlangan dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah baharu. Sekali melangkah, terus gemilang.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang telah berlangsung dengan meriah pada hari Jumaat, 17 April 2026, be...
19/04/2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang telah berlangsung dengan meriah pada hari Jumaat, 17 April 2026, berjalan lancar dan penuh makna. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah bermurah hati menyumbangkan pelbagai juadah untuk dinikmati bersama. Semoga semangat kebersamaan ini terus menyemarakkan jalinan ukhuwah antara sesama kita.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi PIBG Pn Helmawaty Binti Matjin bagi sesi 2026/2027 serta seluruh bari...
18/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi PIBG Pn Helmawaty Binti Matjin bagi sesi 2026/2027 serta seluruh barisan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat kerjasama demi kecemerlangan sekolah serta kebajikan murid-murid.

Dalam masa yang sama, jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga dirakamkan kepada Yang Dipertua PIBG, En Walter Sylvester bagi sesi 2025/2026 bersama barisan AJKT atas segala sumbangan, kepimpinan dan usaha yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala jasa dan bakti yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga kesinambungan kepimpinan ini akan terus memperkukuh hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah serta membawa kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Surati telah berlangsung pada 16 April 2026. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi pe...
16/04/2026

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Surati telah berlangsung pada 16 April 2026. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa sesi 2025-2026 atas komitmen yang diberikan. Selamat maju jaya kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu, semoga permuafakatan antara ibu bapa dan guru sentiasa menjadi tonggak kemenjadian murid di sekolah ini.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Sekolah Rendah, MSS Daerah Papar 2026. Majlis ini telah dise...
15/04/2026

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Sekolah Rendah, MSS Daerah Papar 2026. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Mohd Lotfi bin Ibrahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Sorotan Hari Terakhir Kejohanan Badminton (SR) MSS Daerah Papar 2026 - Bahagian 3
15/04/2026

Sorotan Hari Terakhir Kejohanan Badminton (SR) MSS Daerah Papar 2026 - Bahagian 3

Sorotan Hari Terakhir Kejohanan Badminton (SR) MSS Daerah Papar 2026 - Bahagian 2
15/04/2026

Sorotan Hari Terakhir Kejohanan Badminton (SR) MSS Daerah Papar 2026 - Bahagian 2

Sorotan Hari Terakhir Kejohanan Badminton (SR) MSS Daerah Papar 2026 - Bahagian 1
15/04/2026

Sorotan Hari Terakhir Kejohanan Badminton (SR) MSS Daerah Papar 2026 - Bahagian 1

Sorotan hari pertama Kejohanan Badminton Sekolah Rendah, MSS Daerah Papar bagi tahun 2026. Kejohanan ini berlangsung sel...
14/04/2026

Sorotan hari pertama Kejohanan Badminton Sekolah Rendah, MSS Daerah Papar bagi tahun 2026. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari bertempat di Dewan Datuk Salleh Sulong.

Alhamdulillah.Pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sebentar tadi. Semoga majlis ini dilimpahka...
05/02/2026

Alhamdulillah.
Pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sebentar tadi. Semoga majlis ini dilimpahkan keberkatan, kesejahteraan serta keselamatan buat seluruh warga sekolah dalam meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan, di samping memohon kepada Allah SWT agar mencucuri rahmat ke atas roh insan-insan yang telah meninggal dunia.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir dan menyumbang tenaga dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha ini dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

30/01/2026
Program Amalan Sekolah Penyayang ‘Selamat Datang Sayang’Tarikh : 12 Januari 2026 (Isnin) Masa : 6.00 Pagi Tahniah kerana...
14/01/2026

Program Amalan Sekolah Penyayang
‘Selamat Datang Sayang’
Tarikh : 12 Januari 2026 (Isnin)
Masa : 6.00 Pagi

Tahniah kerana anda hadir ke Sekolah 🌹

Address

Kg Surati
Papar
89600

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 16:00

Telephone

+6088917859

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Surati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Surati:

Share

Category