Batalion 16 PGA Kota Kinabalu

Batalion 16 PGA Kota Kinabalu GERBANG INFORMASI RASMI BATALION 16 PASUKAN GERAKAN AM (PGA)

13/08/2026
12/08/2026

SOROTAN VIDEO ACARA COMBAT TRAIL CO ENDURANCE CHALLENGE 2026

12/08/2026

SOROTAN VIDEO ACARA RONDA PANDU ARAH CO ENDURANCE CHALLENGE 2026

12/08/2026

SOROTAN VIDEO ACARA MARA LASAK CO ENDURANCE CHALLENGE 2026

ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π‚πŽ 𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐.𝟎 πŸπŸŽπŸπŸ”Keningau, 8 Ogos 2026 (Sabtu) – Majlis Perasmian Penutupan CO Enduran...
11/08/2026

ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π‚πŽ 𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐.𝟎 πŸπŸŽπŸπŸ”

Keningau, 8 Ogos 2026 (Sabtu) – Majlis Perasmian Penutupan CO Endurance Challenge 2.0 telah berlangsung pada jam 0800 hrs bertempat di Cinnamon Park, Keningau. Majlis telah disempurnakan oleh YDH Supt Jaswent Singh A/L Sadu Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA. Turut hadir adalah ASP Bickley Jude, Ajutan Batalion 16 PGA dan Pegawai Kanan Polis Batalion 16 PGA Kota Kinabalu.

Majlis penutupan tersebut menandakan berakhirnya CO Endurance Challenge 2.0 yang telah menghimpunkan lima pasukan dalam beberapa acara yang menguji ketahanan fizikal, mental, kemahiran serta semangat berpasukan.

Dalam ucapan perasmian penutupannya, YDH Supt Jaswent Singh A/L Sadu Singh mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menang dan juga kepada semua semua pasukan yang telah mengambil bahagian kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang acara CO Endurance Challenge 2.0 ini. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa pelaksana, urusetia, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam penganjuran CO Endurance Challenge 2.0 2026. Kejayaan penganjuran program ini adalah hasil daripada semangat kerja berpasukan, kesepaduan dan iltizam semua pihak dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Trofi mungkin hanya dimiliki oleh segelintir peserta tetapi pengalaman, persaudaraan, semangat juang dan maruah yang dibina sepanjang cabaran ini adalah milik semua. Diakhir ucapan beliau, YDH Supt Jaswent Singh A/L Sadu Singh menyeru semua warga kerja Batalion 16 PGA agar sama-sama mendukung aspirasi dan falsafah ISPO yang diterapkan oleh YDH Dato' Seri Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam iaitu Integrity In Service, Professionalism In Operation. YDH Supt Jaswent Singh A/L Sadu Singh turut menyeru warga Batalion 16 PGA agar mendukung aspirasi dan motto kepimpinan YDH Datuk Komander Briged Sabah PGA iaitu Speed β€’ Reliable β€’ Integrity

Keputusan Keseluruhan CO Endurance Challenge 2.0 2026 adalah:

Juara – Ibu Pejabat BN 16 PGA
Naib Juara – Kompeni A
Tempat Ketiga – Kompeni B
Tempat Keempat – Kompeni C
Tempat Kelima – Platun Teknikal

SPEED β€’ RELIABILE β€’ INTEGRITY

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€πŠπ€π πŒπ€π‹π€πŒ π‚πŽ 𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐.𝟎 πŸπŸŽπŸπŸ”Keningau, 7 Ogos 2026 (Jumaat) – Majlis Makan Malam CO Endurance Chall...
11/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€πŠπ€π πŒπ€π‹π€πŒ π‚πŽ 𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐.𝟎 πŸπŸŽπŸπŸ”

Keningau, 7 Ogos 2026 (Jumaat) – Majlis Makan Malam CO Endurance Challenge 2.0 telah berlangsung pada jam 2000 hrs bertempat di Cinnamon Park, Keningau. Majlis telah dihadiri oleh YDH ACP Ijid Landu bin Binju, Timbalan Komander Zon Barat Briged Sabah PGA, YDH Supt Jaswent Singh A/L Sadu Singh, Pegawai Pemerintah BN16 Kota Kinabalu, YBhg Datuk Mazlan bin Abd Latif, pengusaha Cinnamon Park, Keningau, YDH Supt Nasrol Sain Bin Hamzah, Ajutan Briged Sabah PGA, YDH Supt Mohd Mazlan bin Mohd Ariff, PT Gerakan dan Risik Briged Sabah PGA, YDH Supt Hairulnizam bin Rashid, Pegawai Pemerintah BN 21 PGA Keningau, YDH DSP Alizam bin Hj Dalaman, Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau serta pegawai kanan dan jemputan lain.

Majlis ini diadakan sebagai salah satu pengisian bagi meraikan seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan semangat juang sepanjang CO Endurance Challenge 2.0.

Dalam ucapan beliau, YDH Supt Jaswent Singh A/L Sadu Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA telah merakamkan ucapan terima kasih kepada YDH SAC Datuk Nor Omar Bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA atas sokongan dan blessing yang diberikan bagi menganjurkan CO Endurance Challenge pada kali ini. Ucapan penghargaan juga diberikan kepada YDH ACP Ijid Landu bin Binju, Timbalan Komander Zon Barat Briged Sabah PGA atas kesudian menghadiri majlis makan malam ini sebagai tanda sokongan kepada penganjuran CO Endurance Challenge ini. Ucapan penghargaan seterusnya dirakamkan kepada YDH Supt Hairulnizam bin Rashid, Pegawai Pemerintah BN 21 PGA Keningau dan YDH Supt Yampil anak Garai, Ketua Polis Daerah Keningau atas segala sokongan dan bantuan dari segi kekuatan anggota dan juga peralatan. Ucapan penghargaan turut diberikan kepada YBhg Datuk Mazlan bin Abd Latif, pengusaha Cinnamon Park, Keningau atas kemurahan hati dalam menyediakan kemudahan untuk penganjuran Majlis Makan Malam CO Endurance Challenge ini. Penghargaan juga turut diberikan kepada Angkatan Pertahanan Awam Daerah Keningau, Taman Bandukan Riverside Resort dan Ketua Kampung Bandukan Lama, Keningau atas kerjasama dan bantuan yang diberikan.

Majlis Makan Malam ini telah diserikan lagi dengan persembahan dari Olive Green Band Batalion 21 PGA Keningau, persembahan tarian dan tayangan montaj CO Endurance Challenge 2.0 20026.

SPEED β€’ RELIABILE β€’ INTEGRITY

𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 π‚πŽπŒππ€π“ π“π‘π€πˆπ‹ π‚πŽ 𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐.𝟎 πŸπŸŽπŸπŸ”Keningau, 7 Ogos 2026 (Jumaat) – Acara Combat Trail CO Endurance Chall...
11/08/2026

𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 π‚πŽπŒππ€π“ π“π‘π€πˆπ‹ π‚πŽ 𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐.𝟎 πŸπŸŽπŸπŸ”

Keningau, 7 Ogos 2026 (Jumaat) – Acara Combat Trail CO Endurance Challenge 2.0 telah diadakan di Taman Bandukan, Keningau bermula jam 1500 hrs. Perlepasan peserta telah disempurnakan oleh YDH SUPT Jaswent Singh A/L Sadu Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA.

Acara ini melibatkan lima pasukan iaitu Team IP BN 16 PGA, Platun Teknikal, Kompeni A, Kompeni B dan Kompeni C. Dengan mengenakan pakaian tempur, setiap pasukan perlu melepasi pelbagai rintangan antaranya river crossing, tactical crawl, tyre run serta mengusung anggota menyeberangi sungai sebelum mendaki bukit untuk membunyikan loceng dan meneruskan larian ke garisan penamat. Cabaran ini menguji ketahanan fizikal, mental serta kerjasama berpasukan.

Keputusan Akhir:

Tempat Pertama – Kompeni A
Tempat Kedua – IP BN 16 PGA
Tempat Ketiga – Kompeni C
Tempat Keempat – Kompeni B
Tempat Kelima – Platun Teknikal

SPEED β€’ RELIABLE β€’ INTEGRITY

𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 π‘πŽππƒπ€ 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐀𝐑𝐀𝐇 π‚πŽ 𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐.𝟎 πŸπŸŽπŸπŸ”Keningau, 7 Ogos 2026 (Jumaat) – Acara Ronda Pandu Arah (RPA) CO E...
11/08/2026

𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 π‘πŽππƒπ€ 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐀𝐑𝐀𝐇 π‚πŽ 𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐.𝟎 πŸπŸŽπŸπŸ”

Keningau, 7 Ogos 2026 (Jumaat) – Acara Ronda Pandu Arah (RPA) CO Endurance Challenge 2.0 telah berlangsung di Kampung Bandukan Lama, Keningau bermula jam 0730 hrs. Perlepasan peserta telah disempurnakan oleh YDH Supt Jaswent Singh A/L Sadu Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 16 PGA.

RPA ini melibatkan lima pasukan iaitu Team IP BN 16 PGA, Platun Teknikal, Kompeni A, Kompeni B dan Kompeni C. Dengan mengenakan pakaian tempur, setiap pasukan dikehendaki melengkapkan tujuh checkpoint melalui koordinat yang berbeza sebelum menuju ke garisan penamat, sekali gus menguji kemahiran pandu arah, ketahanan fizikal dan kerjasama berpasukan.

Keputusan Akhir:

Tempat Pertama – IP BN 16 PGA
Tempat Kedua – Kompeni B
Tempat Ketiga – Kompeni A
Tempat Keempat – Kompeni C
Tempat Kelima – Platun Teknikal

SPEED β€’ RELIABLE β€’ INTEGRITY

Address

Papar
89600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088513222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 16 PGA Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share