05/12/2025
Tahun ketiga perjalanan Kerajaan MADANI membawa pelbagai usaha pembaikan daripada mengukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat, hinggalah melakar semula hala tuju pembangunan negara.
Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku menjadi ruang untuk kita meninjau hasil kerja ini secara terbuka serta menilai sendiri perubahan yang sedang berlaku.
Mulai hari ini hingga Ahad di Dataran Putrajaya, saya mengajak orang ramai hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merancakkan gelombang usaha MADANI ini.
Kehadiran kalian bukan sekadar untuk melihat pencapaian, tetapi juga untuk menyatakan pandangan, kritikan dan harapan, serta memahami arah tuju kita sebagai sebuah negara yang bertapak atas nilai ihsan, kekuatan ekonomi dan keadilan untuk semua.