Pejabat Pendidikan Daerah Papar

Pejabat Pendidikan Daerah Papar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pendidikan Daerah Papar, Government Organization, Papar.
(1)

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR DAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH PAPAR.Pada 5 Mei 2026 (Selasa), tel...
06/05/2026

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR DAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH PAPAR.

Pada 5 Mei 2026 (Selasa), telah berlangsung Mesyuarat Permuafakatan antara Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Ibu Pejabat Polis Daerah Papar bertempat di Bilik Mesyuarat Teratai PPD Papar, dipengerusikan oleh Tn. Bakri bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Supt Heryan Mohd Tahir, Ketua Polis Daerah Papar Dan pegawai kanan PDRM Papar serta pegawai-pegawai PPD dan Pengetua sekolah-sekolah menengah daerah Papar.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM dan KPM khususnya dalam berkongsi maklumat berkaitan isu jenayah semasa seperti jenayah kekerasan, komersil, narkotik, kesalahan trafik serta pelanggaran disiplin melibatkan pelajar.

Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada pelan tindakan bersama bagi menangani isu disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar. PDRM Papar juga telah memberikan taklimat berkenaan peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) serta menawarkan pelbagai bentuk kerjasama termasuk program pencegahan jenayah, ceramah kesedaran, khidmat nasihat keselamatan dan sokongan kawalan lalu lintas.

Mesyuarat turut menyentuh isu pelajar yang memandu atau menunggang tanpa kelayakan, di mana pihak sekolah disaran menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi tindakan pemantauan dan pencegahan.

Secara keseluruhannya, mesyuarat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Pihak PPD Papar merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama erat PDRM dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan warga sekolah sentiasa terpelihara.

30/04/2026
SESI PENYERAHAN SURAT ARAHAN PENEMPATAN GURU BESAR LANTIKAN BAHARU, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH telah diadakan pada ...
30/04/2026

SESI PENYERAHAN SURAT ARAHAN PENEMPATAN GURU BESAR LANTIKAN BAHARU, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH telah diadakan pada 29 April 2026 dengan jayanya.

Seramai enam (6) orang Guru Besar lantikan baharu telah menerima surat arahan penempatan masing-masing sebagai tanda bermulanya amanah dan tanggungjawab dalam menerajui kepimpinan sekolah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima. Semoga kepercayaan yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen tinggi dalam memacu kecemerlangan institusi pendidikan serta membentuk generasi masa hadapan yang berkualiti.

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana TBBK Fasa 1 Tahu...
30/04/2026

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana TBBK Fasa 1 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April 2026 bertempat di Bilik Mawar, Aras 3, Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Suzlan bin Suhaili, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berdedikasi dalam memartabatkan dunia pendidikan.

MAJLIS PENYERAHAN SURAT KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TBBK FASA 1 TAHUN 2025 (SSPA)Majlis Penyerahan ...
29/04/2026

MAJLIS PENYERAHAN SURAT KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TBBK FASA 1 TAHUN 2025 (SSPA)

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi TBBK Fasa 1 Tahun 2025 (SSPA) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mawar, Aras 3, Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Bakri bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Majlis ini turut menyaksikan seramai 61 orang pegawai menerima surat kenaikan pangkat, melibatkan:
• 24 orang penerima Gred DG13
• 37 orang penerima Gred DG12

Diharapkan agar pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin kepada semua penerima untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh profesionalisme serta komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab demi kecemerlangan sistem pendidikan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima.

04/04/2026

PERMOHONAN AKAN DIBUKA!

PENGAMBILAN CALON PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN (BIDANG PEDAGOGI) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (PISP) TAHUN 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa kepada calon-calon lepasan IJAZAH SARJANA MUDA berkelayakan untuk memohon sebagai Calon Program Ijazah Sarjana Perguruan (Bidang Pedagogi) di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan (PISP) Tahun 2026.

Mod Program: SEPENUH MASA
Tempoh Pengajian: 2 TAHUN (4 SEMESTER)

Tarikh permohonan: 5 April 2026 hingga 30 April 2026

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di:
https://mypdpp.moe.gov.my/pisp atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

“Pendidikan Tanggungjawab Bersama, Rebut Peluang, Cipta Masa Depan.”

Tahun Ini, Tahun Kita






Taqabbalallahu minna wa minkumتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ"Semoga Allah menerima (amal ibadah) daripada kami dan (j...
20/03/2026

Taqabbalallahu minna wa minkum

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

"Semoga Allah menerima (amal ibadah) daripada kami dan (juga) daripada kamu"

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

MAJLIS PERTEMUAN SERANTAU PROGRAM DUTA GURU (PDG) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR TELAH DIADAKAN PADA 23 JANUARI 2026.Sy...
27/01/2026

MAJLIS PERTEMUAN SERANTAU PROGRAM DUTA GURU (PDG) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR TELAH DIADAKAN PADA 23 JANUARI 2026.

Syabas dan tahniah kepada Duta Guru Kohort 7 seramai 10 orang, yang menjadikan jumlah keseluruhan Duta Guru Daerah Papar berjumlah 23 orang, dari 9 buah sekolah daerah Papar.
Syabas dan tahniah juga kepada semua Mentor Murid yang terpilih dalam program ‘Papar Innovation Centre’ di bawah seliaan Duta Guru PPD Papar.

Semoga program ini dapat memainkan peranan dan menjadi pemangkin kepada budaya kolaboratif profesional dan perkongsian amalan baik dalam meningkatkan impak terhadap minat dan kompetensi murid dalam bidang STEM.

Address

Papar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088913575

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Papar:

Share