JKR Daerah Kerian

JKR Daerah Kerian Untuk Sebarang Aduan,
1. Boleh Terus ke Pejabat JKR Kerian,
2. ⁠Email: [email protected]
3. Hubungi No Tel JKR Kerian (05-7164040
4.

Melalui apps “MyJalan KKR”
5. Hantar Aduan Melalui Sistem SISPAA (http://jkr.spab.gov.my/)

13/08/2026
NOTIS SEBUT HARGA NO SEBUT HARGA: JKR.KRN.BGN.22/2026 TAJUK : PROGRAM PEMBINAAN BANGUNAN MODULAR DAN IBS DI INSTITUSI KP...
12/08/2026

NOTIS SEBUT HARGA

NO SEBUT HARGA: JKR.KRN.BGN.22/2026

TAJUK : PROGRAM PEMBINAAN BANGUNAN MODULAR DAN IBS DI INSTITUSI KPM RMK13-PEMBINAAN 3 BILIK DARJAH TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG GERDU, DAERAH KERIAN, PERAK DARUL RIDZUAN

LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :-

TARIKH : 19/08/2026 (RABU)
MASA : 9.30 PAGI - 10.30 PAGI (PENDAFTARAN)
TEMPAT SEMAKAN DOKUMEN : WORKSYOP JKR DAERAH KERIAN, JALAN SIAKAP, 34300 BAGAN SERAI, PERAK
TEMPAT LAWATAN TAPAK : SK MATANG GERDU, BAGAN SERAI, PERAK

(KONTRAKTOR TIDAK DIBENARKAN MENGHANTAR WAKIL UNTUK HADIR LAWATAN TAPAK)

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN SEBUT HARGA : 28/08/2026 (JUMAAT) selewat-lewatnya jam 12.00 Tengahari di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan

PERINGATAN PENTING ‼️
Kontraktor WAJIB mengemukakan BORANG PENGISYTIHARAN PEMUNYA BENEFICIAL (BO) dan menandatangani SURAT AKUAN SYARIKAT DALAM MENANGANI JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DAN BURUH PAKSA (SA) dan SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE - TCC) yang sah bersama borang sebut harga.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






🚧 NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN 🚧PELAKSANAAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN BAHU JALAN YANG REBAK DAN KERJA-KERJA RECONSTRU...
11/08/2026

🚧 NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN 🚧

PELAKSANAAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN BAHU JALAN YANG REBAK DAN KERJA-KERJA RECONSTRUCTION DI SEKSYEN 18.10 HINGGA 18.50, FT147 JALAN BAGAN SERAI-ALOR PONGSU-SELAMA, DAERAH KERIAN, PERAK PADA :

TARIKH : 14 OGOS 2026 HINGGA 26 OGOS 2026
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 6:00 PETANG

PENGGUNA JALAN RAYA DINASIHATKAN AGAR MERANCANG PERJALANAN DAN MENGGUNAKAN LALUAN ALTERNATIF BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN JALAN RAYA SERTA MEMATUHI ARAHAN PAPAN TANDA YANG DISEDIAKAN.

KESULITAN AMAT DIKESALI

PEJABAT JURUTERA DAERAH
JKR DAERAH KERIAN

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






10 Ogos 2026Seminar Pembudayaan Gaya Hidup Sihat & Pemeriksaan Kesihatan 🩺💪JKR Daerah Kerian telah menganjurkan Seminar ...
10/08/2026

10 Ogos 2026

Seminar Pembudayaan Gaya Hidup Sihat & Pemeriksaan Kesihatan 🩺💪

JKR Daerah Kerian telah menganjurkan Seminar Pembudayaan Gaya Hidup Sihat serta Pemeriksaan Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kerian kepada warga kerja JKR Daerah Kerian.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






3hb Ogos 2026LAWATAN TAPAK BERKAITAN ADUAN LIMPASAN AIR KE JALAN PERSEKUTUAN FT001Lawatan tapak telah dilaksanakan oleh ...
03/08/2026

3hb Ogos 2026

LAWATAN TAPAK BERKAITAN ADUAN LIMPASAN AIR KE JALAN PERSEKUTUAN FT001

Lawatan tapak telah dilaksanakan oleh Jurutera Jalan, Ir. Ts. Mohd Eikmal Bin Ahmad dan Jurutera Fasiliti JKR, En. Saifulnizar Bin Md Hilmi susulan aduan berkaitan limpahan air ke atas permukaan Jalan Persekutuan FT001 (Jalan Ipoh–Butterworth) di Seksyen 711.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak bagi DUN Alor Pongsu, En. Nazirul Bin Jamaluddin, Penghulu Mukim Bagan Serai serta Pengerusi JPKK Kampung Sungai Bogak.

Hasil pemeriksaan mendapati aduan tersebut telah diambil maklum oleh pihak JKR. Sebagai tindakan awal, pemasangan Traffic Management Plan (TMP) telah dilaksanakan di lokasi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, di samping pemantauan berkala akan terus dilaksanakan oleh pihak konsesi Belati Wangsa Sdn. Bhd. (BWSB).

Selain itu, cadangan kerja-kerja menaik taraf jalan di lokasi berkenaan akan diusulkan kepada pihak pemaju sebagai penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan risiko berulangnya masalah limpahan air serta meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






27 Julai 2026DYAM RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN BERKENAN BERANGKAT KE PULAU KALUMPANG.Jurutera Daerah turut bersama P...
29/07/2026

27 Julai 2026

DYAM RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN BERKENAN BERANGKAT KE PULAU KALUMPANG.

Jurutera Daerah turut bersama Pegawai Daerah Kerian serta ketua-ketua jabatan daerah kerian menyambut keberangkatan tiba DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah yang mencemar duli ke Pulau Kalumpang.

Baginda berkenan beramah mesra bersama ketua-ketua jabatan yang hadir sebelum mencemar duli melawat kolam memancing. Seterusnya, baginda berangkat meneruskan lawatan ke Pulau Kalumpang.

Semasa lawatan, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan telah diberikan taklimat mengenai Pulau Kalumpang yang disampaikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Pulau Kalumpang terkenal dengan sejarah dan khazanah alam semula jadinya yang unik. Antara tarikan utama pulau ini ialah kewujudan Pokok Kalumpang yang menjadi identiti kawasan tersebut, selain hutan paya bakau yang kaya dengan biodiversiti serta menjadi habitat dan persinggahan pelbagai spesies burung, termasuk burung-burung migrasi.

Selesai lawatan, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat menghadiri majlis santap bersama ketua-ketua jabatan dan pemimpin tempatan sebelum berangkat pulang.

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






29 Julai 2026KUNJUNGAN HORMAT JKR DAERAH KERIAN KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH KERIAN BAGI PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK KES...
29/07/2026

29 Julai 2026

KUNJUNGAN HORMAT JKR DAERAH KERIAN KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH KERIAN BAGI PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK KESELAMATAN JALAN RAYA.

Jurutera Daerah Kerian, Ir. Mohd Riduan Che Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bagi bertemu Ketua Polis Daerah (OCPD) Kerian, YDH Supt. Jafri bin Md Zain. Turut mengiringi beliau ialah Jurutera Bangunan, Ir. Dr. Rahizuwan bin Hamid dan Jurutera Fasiliti, Saifulnizar bin Md Hilmi. Ketibaan delegasi JKR telah disambut mesra oleh Tuan OCPD bersama barisan pegawai kanan IPD Kerian iaitu ASP Mohamad Faisal Bin Sarip dan Insp. Goh Soh Wei.

Sesi pertemuan yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu memberi ruang kepada kedua-dua agensi bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh diperkasakan, khususnya dalam meningkatkan pengurusan keselamatan jalan raya di Daerah Kerian. Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkongsian data kemalangan jalan raya, pengenalpastian lokasi berisiko tinggi (blackspot), penyelarasan siasatan di lokasi kemalangan yang melibatkan faktor infrastruktur jalan, pengurusan aduan awam berkaitan kemudahan jalan serta pelaksanaan tindakan penambahbaikan secara bersepadu.

Selain itu, kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama melalui pelaksanaan program advokasi keselamatan jalan raya, pemeriksaan tapak secara bersama, pengurusan trafik semasa kerja penyelenggaraan jalan, latihan dan perkongsian kepakaran teknikal, di samping menganjurkan aktiviti muhibbah dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dapat mengeratkan hubungan antara JKR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Bekerjasama Memperkasa Infrastruktur, Bersama Memelihara Keselamatan Rakyat."

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






🚧 NOTIS PEMBERITAHUAN 🚧PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENYENGGARAAN PEMBENTUNG KONKRIT DAN LONGKANG DI BAHU JALAN BAGI MENGELAK...
28/07/2026

🚧 NOTIS PEMBERITAHUAN 🚧

PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENYENGGARAAN PEMBENTUNG KONKRIT DAN LONGKANG DI BAHU JALAN BAGI MENGELAKKAN BANJIR KILAT DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI FT075, SEKSYEN 0.95 HINGGA 1.70, JALAN BAGAN SERAI-KUALA KURAU, DAERAH KERIAN, PERAK PADA :

TARIKH : 27 JULAI 2026 HINGGA 12 OKTOBER 2026
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 6:00 PETANG

(BERHAMPIRAN KLINIK KESIHATAN KUALA KURAU HINGGA KE KILANG TELUR MASIN JOO HONG CHAN)

PENGGUNA JALAN RAYA DINASIHATKAN UNTUK BERHATI-HATI KETIKA MELALUI KAWASAN TERSEBUT DAN MEMATUHI ARAHAN PAPAN TANDA YANG DISEDIAKAN.

KESULITAN AMAT DIKESALI

PEJABAT JURUTERA DAERAH
JKR DAERAH KERIAN

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






17 Julai 2026TAKLIMAT PRODUK CONCRETE SHEET PILE OLEH SYARIKAT REVO SDN. BHD.Telah berlangsung Sesi Taklimat Produk Conc...
17/07/2026

17 Julai 2026

TAKLIMAT PRODUK CONCRETE SHEET PILE OLEH SYARIKAT REVO SDN. BHD.

Telah berlangsung Sesi Taklimat Produk Concrete Sheet Pile yang disampaikan oleh Syarikat Revo Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Kelisa.

Sesi taklimat ini turut dihadiri oleh wakil JKR Daerah Kerian yang diketuai oleh Tuan Jurutera Daerah, Ir. Mohd Riduan Bin Che Musa, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Kerian serta pihak konsesi Belati Wangsa Sdn Bhd (BWSB).

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih menyeluruh berkaitan spesifikasi teknikal, ciri-ciri produk, kaedah pemasangan, aspek kawalan kualiti, aplikasi di tapak serta kesesuaian penggunaan Concrete Sheet Pile sebagai salah satu alternatif penyelesaian kejuruteraan dalam pelaksanaan projek-projek infrastruktur dan kerja-kerja perlindungan tebing.

Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan perbincangan teknikal antara agensi yang terlibat bagi bertukar pandangan serta mendapatkan maklum balas berhubung kesesuaian, keberkesanan dan potensi penggunaan produk tersebut mengikut keperluan serta spesifikasi projek yang dilaksanakan oleh JKR.

Diharapkan sesi taklimat ini dapat memberi nilai tambah kepada pegawai teknikal dalam memperkukuhkan pengetahuan berkaitan teknologi dan inovasi pembinaan, sekali gus menyokong pelaksanaan projek yang lebih berkualiti, cekap dan mampan.

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍17 Julai 2026Program Bacaan Yasin Anjuran Biro Kerohanian, Kelab Sukan Dan Kebajikan JKR Daerah Keri...
17/07/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍

17 Julai 2026

Program Bacaan Yasin Anjuran Biro Kerohanian, Kelab Sukan Dan Kebajikan JKR Daerah Kerian telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kelisa.

Majlis telah dipimpin oleh Encik Ahmad Kamal Bin Roslan selaku Biro Kelab Sukan, dan berlangsung dalam suasana yang tenang serta penuh penghayatan.

Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi wadah pengisian rohani, malah turut mengeratkan silaturahim serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Semoga usaha yang dilaksanakan secara berterusan ini menjadi asbab memperoleh keberkatan, rahmat dan keredaan Allah SWT, di samping melahirkan warga JKR yang cemerlang dari aspek profesionalisme dan sahsiah.

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






Address

Pejabat Jurutera Daerah Kerian
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Daerah Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Daerah Kerian:

Shortcuts

Share