Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar, Political organisation, Parit Buntar.

10/11/2022

Pengistiharaan Harta Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

13/10/2022

Terima kasih buat semua pengundi Parlimen Parit Buntar. Saya telah menghormati mandat rakyat yang telah diberikan sehingga penghujungnya.

Saya bagi pihak warga kerja Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar memohon kemaafan di atas segala kekurangan dalam urusan Pusat Khidmat Rakyat yang kami berikan kepada seluruh masyarakat Parit Buntar.

Marilah sama-sama kita bersatu hati membina semula Malaysia dengan HARAPAN.

13 Oktober 2022
Parit Buntar

UMMAH MERATAP KEHILANGAN PERMATA ILMUAL ALLAMAH AL SYEIKH DR YUSOF AL QARADHAWI (1926-2022) 1. Ulamak umpama bintang ber...
28/09/2022

UMMAH MERATAP KEHILANGAN PERMATA ILMU
AL ALLAMAH AL SYEIKH DR YUSOF AL QARADHAWI (1926-2022)

1. Ulamak umpama bintang bersinar di langit yang memberi arah tunjuk kepada musafir dalam perjalanan mereka ketika kepekatan malam di lautan dan daratan. Demikanlah perumpamaan bagi menggambarkan betapa menfaatnya ilmu para ulamak kepada manusia pada masa mereka dalam kekeliruan mencari jalan kearah destinasi masing-masing.

2. Dr Yusof Al Qaradhawi adalah satu intitusi dalam mengolah pemikiran Islam kontemporari pada era Syariat Islam diragui kredibelitinya dan kewajarannya dalam kehidupan bernegara dan bersiyasah hari ini. Qaradhawi muncul hasil dari dua era yang membentuk gagasan idenya dan olahannya pada realiti yang dihadapi. Era ketika kebangkitan gerakan Islam disambut dengan penindasan dari regim berkuasa dan dilabel sebagai "anti-establishment" (30an-80an) manakala satu era lagi ialah era keterbukaan (90an-hingga kini) dimana gerakan Islam berada pada "mainstream" bergelut untuk membentuk identiti warga yang setia kepada watan dan bangsanya. Dr. Yusof Al Qaradhawi berkarya dan berdakwah dari kesan dua era ini dan muncul sebagai rujukan ummah yang dahagakan jawapan dan solusi.

3. Ketokohan ilmunya dalam disiplin ilmu Fiqah Legaslatik tidak dapat dinafikan. Fatwa Al Qaradhawi menjadi rujukan kerana pandangan Fiqahnya yang sarat dengan elemen Nawazil (kejadiaan & perkembangan baru) diadun dengan asal hukum sehingga menelurkan formula/formulasi manhaj Waqie yang kukuh dan segar.

4. Contohnya dalam soal status bukan Islam Dzimmah dan Harbi, ulamak besar ini berani memformulasikan kaedah baru kefahamannya bahawa tiada lagi istilah Dzimmy dan Harbi secara operasional kerana kerangka kuasa pemerintahan yang ada tertegak atas pembahagian negara kepada konsep negara2 bangsa dan bukan konsep Darul Islam-Darul Harbi. Lagipun konsep cukai jizyah (cukai perlindungan untuk bukan Islam) tidak lagi operasional bahkan hari ini diganti dengan cukai umum yang tidak membezakan subjek atas garis agama mahupun keturunan. Konsep haq al-muwatin (hak warganegara) menjadi kontrak antara pemerintah dan subjek maka segala hukum dzimmy dan harbi terbatal kerana tidak ada sebab kewujudan hukum itu lagi. Namun Qaradhawi menetapkan secara tegas bahawa prinsip keadilan dan memenuhi hak kekal memandu konsep haq al muwatin. Keberanian fatwa Al Qaradhawi meletakkan tokoh ini dalam pertembungan berpanjangan dengan kelompok Feqah Literalist yang enggan berganjak dari ketetapan hukum asal.

5. Pertemuan langsung saya dengan Dr Yusof al Qaradhawi adalah sebanyak 2 kali. Sekali pada tahun 2009 dalam kunjungan resmi beliau ke Malaysia untuk menerima Anugerah Antarabangsa Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia. Saya sempat hadir kuliahnya di Masjid Shah Alam dan dijemput semeja dengan beliau usai kuliah untuk makan malam bersama dan sempat bertukar pandangan. Kali kedua ialah pada tahun 2015 di Doha Qatar ketika saya berkunjung ke pejabatnya untuk memaklum kelahiran parti baru bernama Parti Amanah Negara serta perkembangan politik semasa di Malaysia. Saya memaklumkan padanya dalam pertemuan tersebut tentang Tun Mahathir berubah sikap lunak dan kekesalannya terhadap apa yang berlaku ke atas DS Anwar Ibrahim yang masih dipenjarakan ketika itu. Dr Al Qaradhawi terkejut dan mengulangi soalan kepada saya beberapa kali "betul kah apa yang anda katakan ini?" Saya jawab dengan konfiden "...ya betul Syeikh..." Dia senyum gembira sambil mendoakan kepada DSAI supaya Allah memuliakan DSAI dan sekaligus saya memahami betapa kasih dan simpatinya Syeikh terhadap DSAI.

6. Al Qaradhawi mempunyai pengaruh besar dalam membawa naratif Islam berwajah kontemporari tanpa perlu hilang prinsip asal syariat. Beliau turut dibenci bagi sesetengah pemimpin negara Arab kerana ketegasan sikapnya terhadap kediktatoran. Beliau tegas dalam memperjuangkan soal Palestine malah baginya satunya negara kekal berstatus Darul Harb (negara musuh wajar diperangi) ialah Israel.

7. Umat Islam diberi anugerah oleh Allah dengan kebanjiran ilmuanya dan ketegasan prinsip Al Qaradhawi. Syeikh Al Qaradhawi membimbing ummah ketika dunia menuduh Islam sebagai agama keganasan. Al Qaradhawi menentang keganasan atas nama Islam mahupun atas mana-mana agama, Al Qaradhawi mempercayai kaedah berdakwah, menyampaikan ilmu dan berhujjah serta mengajar di dewan2 kuliah. Syeikh Al Qaradhawi menulis, berkarya dan menyampaikan syarahan seluruh dunia. Beliau berani mengkritik gerakan Islam supaya lebih bersikap terbuka menerima demokrasi tanpa perlu hilang prinsip asas Syariat yang berpaksikan keadilan. Beliau turut dibenci oleh para takfiri (kelompok yang mengkafirkan sesama Muslim) kerana golongan takfiri tidak beradab melalui tradisi ilmu, hanya kecaman dan kebencian terhadap orang lain.

Al Allamah al Syeikh Dr Yusof al Qaradhawi adalah lambang keilmuan, ketegasan prinsip dan benteng umah ketika diasak melalui pertempuran pemikiran. Allahyarham akan dikenang sebagai kurniaan Allah kepada umat ini melalui banjiran ilmunya dan kewibawaanya mempertahankan asas-asas Syariat dalam perubahan zaman. Al Fatihah...

Yang Meratap

Yb Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH Negara
Ahli Parlimen Parit Buntar

28hb Sept 2022.

PIALA KETUA PEMUDA AMANAH PARIT BUNTAR Petang tadi berlangsung perlawanan persahabatan 4 penjuru merebut piala ketua pem...
17/07/2022

PIALA KETUA PEMUDA AMANAH PARIT BUNTAR

Petang tadi berlangsung perlawanan persahabatan 4 penjuru merebut piala ketua pemuda amanah parit buntar.

Tahniah kepada Team Loy United Fc yang telah berjaya merangkul piala ketua pemuda amanah.

Manakala team pemuda harapan PB di tempat kedua, bagi tempat ketiga diperolehi team parit haji wahab dan keempat team flex fc.

Terima kasih kepada pusat khidmat parlimen parit buntar yang sudi menaja kos sewaan padang dan tambahan hadiah wang tunai kepada pasukan yang bermain.

Perlawanan persahabatan ini berlangsung di padang sintetik parit buntar.

Syabas dan tahniah kepada semua anak muda yang telah melibatkan diri.

Kami sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak muda khususnya di Parit Buntar untuk aktiviti sukan dan aktiviti lain yang bermanfaat kepada mereka.

17 Julai 2022 / Ahad
Parit Buntar

Program Korban Parlimen Parit Buntar
13/07/2022

Program Korban Parlimen Parit Buntar

SUMBANGAN MEMBINA DEWAN TERBUKA KOMUNITI KUALA BAGAN TIANG Petang tadi Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Pa...
29/03/2022

SUMBANGAN MEMBINA DEWAN TERBUKA KOMUNITI KUALA BAGAN TIANG

Petang tadi Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dan AMANAH Kawasan Parit Buntar menyampaikan sumbangan kepada Komuniti Tiong Hua Kuala Bagan Tiang untuk pembinaan dewan terbuka untuk kegunaan masyarakat Kuala Bagan Tiang.

Dewan yang sedia ada berusia hampir 30 tahun yang telah uzur dan mengalami banyak kerosakan.

Dengan terbinanya dewan yang baru nanti dapatlah digunakan perbagai aktiviti masyarakat Kuala Bagan Tiang.

29 Mac 2022 / Selasa
Kuala Bagan Tiang

Jangan lupa, pagi Sabtu ini
24/03/2022

Jangan lupa, pagi Sabtu ini

PENGUMUMAN PM MEMBEKUKAN AKAUN SUAMI CULAS MEMBAYAR NAFKAH ISTERI DICERAIKAN: RUJUK FAIL INISIATIF PH SEJAK 2018-2019 1....
21/03/2022

PENGUMUMAN PM MEMBEKUKAN AKAUN SUAMI CULAS MEMBAYAR NAFKAH ISTERI DICERAIKAN: RUJUK FAIL INISIATIF PH SEJAK 2018-2019

1. Salah satu inisiatif memartabatkan Mahkamah Syariah semasa saya diamanahkan bawah kerajaan PH ialah memastikan tindakan susulan keputusan Mahkamah Syariah terhadap isteri yang diceraikan dapat dikuatkuasakan. Ini termasuk membekukan akaun suami yang culas termasuk tuntutan KWSP suami.

2. Setakat ini keputusan Mahkamah Syariah di bawah akta Kementerian Kewangan tidak tersenarai sebagai keputusan yang terikat di bawah akta. Keputusan Mahkamah Syariah seolah tidak diiktiraf bagi tindakan kuatkuasa dan ini sangat menyedihkan kerana ia menjejaskan hak para isteri yang diceraikan tanpa pembelaan terhadap keperluan nafkah mereka. Semua kes cerai melibatkan umat Islam ditentukan keputusan penghakimannya oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara.

3. Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) abwah Menteri Agama telah dipertanggungjawabkan untuk berunding dan menyelaras dengan bahagian undang-undang Bank Negara dan Kementerian Kewangan supaya dibuat pindaan bawah Kementerian Kewangan. Inisiatif ini bagi menjaminkan keputusan Mahkamah Syariah diktirafi secara berakta untuk tindakan membekukan akaun suami yang gagal memenuhi nafkah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

4. Saya harap Perdana Menteri yang isytiharkan tindakan membekukan akaun suami yang culas membayar nafkah isteri yang diceraikan perlu ada komitmen untuk buat pindaan di parlimen supaya akta bawah Kementerian Kewangan mengiktirafi keputusan Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Tanpa pindaan saya anggap PM hanya beretorik semasa PAU untuk sokongan politik. Beliau hanya perlu rujuk kepada JKSM yang telah pun memulakan usaha ini semasa dasar Islam Rahmatan Lil Alamin diperkenalkan pada tahun 2018.

Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
Pengerusi PH Perak

21 March 2022

SEMBANG SANTAI BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG NELAYAN, KUALA KURAU.Alhamdulillah, petang tadi Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa...
19/03/2022

SEMBANG SANTAI BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG NELAYAN, KUALA KURAU.

Alhamdulillah, petang tadi Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar bersama penduduk Kampung. Nelayan Kuala Kurau dalam program sembang santai dan pemyerahan barangan keperluan asas.

Turut sama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dan AMANAH Kawasan Parit Buntar.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan pembelanjaan harian mereka yang menerima sumbangan petang tadi.

19 Mac 2022 / Sabtu
Kampung Nekaya Kuala Kurau

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar Menyampaikan sumbangan kepada 3 pemilik rumah yang terbakar ...
19/03/2022

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar Menyampaikan sumbangan kepada 3 pemilik rumah yang terbakar di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan yang mereka hadapi.

19 Mac 2022 / Sabtu
Kpg Raja Bashah, Kuala Kurau

Sembang Santai Bersama Penduduk Kampung Sungai Burung. Kuala Kurau. Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit...
19/03/2022

Sembang Santai Bersama Penduduk Kampung Sungai Burung. Kuala Kurau.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan pam racun kepada pesawah padi.

https://vt.tiktok.com/ZSdRxa7gy/?k=1
𝗟𝗜𝗞𝗘 | 𝗙𝗢𝗟𝗟𝗢𝗪 | 𝗦𝗛𝗔𝗥𝗘

Sembang Santai Bersama Penduduk Kampung Sunga Burung. Kuala Kurau #

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN PARIT BUNTAR Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat...
14/03/2022

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN PARIT BUNTAR

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar ziarah dan sampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di T**i Serong, Parit Tok Ngah dan Parit Satu.

𝗧𝗜𝗞𝗧𝗢𝗞
𝗗𝗿𝗠𝘂𝗷𝗮𝗵𝗶𝗱𝗥𝗮𝘄𝗮
https://vt.tiktok.com/ZSdeDMcjm/?k=1

𝗟𝗜𝗞𝗘 | 𝗙𝗢𝗟𝗟𝗢𝗪 | 𝗦𝗛𝗔𝗥𝗘
𝗟𝗜𝗞𝗘 | 𝗙𝗢𝗟𝗟𝗢𝗪 | 𝗦𝗛𝗔𝗥𝗘
𝗟𝗜𝗞𝗘 | 𝗙𝗢𝗟𝗟𝗢𝗪 | 𝗦𝗛𝗔𝗥𝗘

Watch it now and discover more trending videos on TikTok!

Address

Parit Buntar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar:

Share