08/03/2026
✨ Program Sambutan Badar Kubro
👳🏻YB Ustaz Misbahul Munir, YDP PAS Kawasan Parit Buntar
📌Ibrah Badar Al-Kubro
- { وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٖ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٞۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ }
[Surah Āli-ʿImrān: 123]
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
- Umat Islam dipandang lemah kerana penguasaan masih kurang
- Jumlah kecil berbanding jumlah kaum musyrikin (313 VS 1000)
- Asalnya bukan nak perang tetapi nak mendapatkan semula harta kaum Muslimin yang dirampas
- Walaupun sedikit tetapi tidak lemah semangat
- Nabi tanya pandangan sahabat sebelum perang:
👳🏻Miqdad ibn Amr (Al-Aswad)
Beliau berkata kata-kata yang sangat terkenal:
“Wahai Rasulullah, teruskanlah apa yang Allah perintahkan kepada tuan. Kami tidak akan berkata seperti Bani Israel berkata kepada Musa:
Pergilah engkau dan Tuhanmu berperang, kami duduk di sini.
Tetapi kami berkata:
Pergilah engkau dan Tuhanmu berperang, kami akan berperang bersama kamu.”
👳🏻Saad ibn Muadh (mewakili Ansar)
Beliau berkata :
“Seolah-olah engkau maksudkan kami wahai Rasulullah.
Demi Allah, jika engkau membawa kami sampai ke laut lalu engkau terjun ke dalamnya, kami juga akan terjun bersama kamu. Kami tidak akan mundur.”
- Doa Nabi yang masyhur:
اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي،
اللَّهُمَّ آتِنِي مَا وَعَدْتَنِي،
اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ لَا تُعْبَدْ فِي الْأَرْضِ
Maksud:
“Ya Allah, tunaikanlah kepadaku apa yang Engkau janjikan kepadaku.
Ya Allah, berikanlah kepadaku apa yang Engkau janjikan kepadaku.
Ya Allah, jika Engkau binasakan kelompok kecil daripada kalangan umat Islam ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi ini.”
📌10 Formula Kemenangan
Senarai 10 Formula:
1️⃣ Aqidah
2️⃣ Ikhlas
3️⃣ Tarbiyah
4️⃣ Munajat (Rabbani)
5️⃣ Berani
6️⃣ Tawakkal (Strategik)
7️⃣ Taat
8️⃣ Pengorbanan
9️⃣ Taqarrub
🔟 Yakin
💡Ibrah Peperangan Badar:
1️⃣ Setiap perjuangan mesti ada halangan
- Nabi sewaktu di Mekkah, fasa awal Islam ada yang dibunuh, diseksa, dip**au selama 3 tahun
- Nabi berperang bukan kerana kepentingan peribadi tetapi untuk mempertahankan Islam
2️⃣ Lazimi syura (mesyuarat)
- Nabi boleh sahaja ajak pergi perang tetapi Nabi tanya juga pandangan
- Keadaan sahabat sudah biasa berperang, cuma tunggu arahan sahaja tetapi Nabi tetap menghormati para sahabat
{ وَٱلَّذِينَ ٱسۡتَجَابُواْ لِرَبِّهِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَمۡرُهُمۡ شُورَىٰ بَيۡنَهُمۡ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ }
[Surah Ash-Shūrā: 38]
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka p**a mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
3️⃣ Munajat doa
4️⃣ Galakkan Orang Beriman untuk berperang(berjihad)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ حَرِّضِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَى ٱلۡقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَٰبِرُونَ يَغۡلِبُواْ مِاْئَتَيۡنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّاْئَةٞ يَغۡلِبُوٓاْ أَلۡفٗا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ }
[Surah Al-Anfāl: 65]
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
- Kualiti penting, kuantiti juga penting