14/08/2026
πππ ππππ ππππππππ ππππππ πππππ
Yang Dipertua Majlis, Tuan Helmi bin Yusof @ Jusoh telah menjalankan uji cuba aplikasi Puncak Lapor yang telah dibangunkan oleh pihak Puncak Emas Infra Sdn Bhd bertempat di Taman Setia Jaya. Aplikasi digital yang digunakan ini bagi menyokong pengurusan, pemantauan dan pelaporan kerja-kerja operasi di lapangan yang dilaksanakan oleh pihak Puncak Emas. Antara fungsi utama aplikasi adalah meliputi penyediaan laporan harian, rekod pemeriksaan, dokumentasi bergambar, maklumat aktiviti kerja serta pengurusan pasukan di lapangan. Penggunaan aplikasi secara digital dapat membantu memastikan maklumat kerja direkod dengan lebih teratur dan mudah dirujuk semula. Sesi hand on disampaikan oleh Encik Mahmadi Akhyar bin Mohd Zahari, pengurus seksyen Kerian Selama Taiping.