02/09/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐จ @๐๐จ๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ฆ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฏ๐ฌ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ธ๐ด๐๐บ๐ป๐ผ, ๐ฆ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐๐ฎ๐ป, ๐ฆ๐ฒ๐น๐ถ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด.
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Jelajah Sejahtera Desaku Selinsing Tahun 2026 pada hari ini yang menghimpunkan masyarakat setempat bersama jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta Negeri dalam suasana yang meriah, santai dan mesra.
Program ini menjadi platform bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan dengan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar, melalui pelbagai pengisian yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti. Antara yang hadir dalam program ini adalah YBrs Tuan Saidi bin Haji Shaari: Pegawai Daerah Kerian, YDh Encik Mohd Noor bin Dawoo: Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak bagi DUN Selinsing, Pegawai-pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak bagi kawasan Parlimen Bagan Serai, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Saidi bin Haji Shaari, Pegawai Daerah Kerian. Antara pengisian yang dilaksanakan termasuk Jualan Sejahtera Rahmah, Merdeka Fun Walk, penukaran minyak enjin motosikal secara percuma, saringan kesihatan, perkhidmatan pergigian, Kaunter Bergerak JPJ, pameran dan khidmat pelanggan agensi, selain mempromosikan usahawan tempatan.
Turut memeriahkan program ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Pakaian Tema Merdeka, Pertandingan Memasak Gulai Kawah serta Kenduri Rakyat yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah menyemarakkan semangat gotong-royong, perpaduan, kerjasama dan patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Penganjuran program ini turut memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan terus kepada rakyat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pihak berkuasa tempatan, Penghulu Mukim Selinsing dan barisan JPKK, penghulu-penghulu mukim Daerah Kerian, pasukan keselamatan, badan berkanun, rakan strategik, pihak swasta, usahawan, sukarelawan, barisan urus setia serta seluruh masyarakat DUN Selinsing atas kerjasama, sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan.
Semoga Program Jelajah Sejahtera Desaku Selinsing Tahun 2026 ini terus menjadi medium memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan rakyat serta menyemarakkan semangat perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.