Pejabat Kesihatan Daerah Kerian

Pejabat Kesihatan Daerah Kerian Kesihatan Masyarakat Menjadi Tonggak Utama Organisasi kerajaan

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN USM SEMPENA PENYERAHAN BEG KELESTARIANPejabat Kesihatan Daerah (PKD) Keria...
27/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN USM SEMPENA PENYERAHAN BEG KELESTARIAN

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kerian amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, pada 17 Ogos 2026 yang lalu.

Sesi kunjungan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi itu dipimpin oleh Pengarah Kampus KKTSS, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha, dan disambut mesra oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kerian, YBrs. Dr. Rozaimah Abu Talib. Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan dua hala serta menyempurnakan penyerahan 100 unit beg kelestarian menerusi inisiatif projek Banner to Bag (B2B) anjuran USM.

Hasil Kitar Semula Menggunakan 1,500 Banner Terpakai

Inisiatif B2B yang digagaskan oleh Pejabat Pengarah KKTSS USM sejak Mac lalu merupakan usaha mengitar guna (upcycling) kepingan banner program terpakai menjadi beg guna semula yang praktikal. Secara keseluruhan, sebanyak 1,500 banner telah dikumpul bagi menghasilkan 320 beg perintis, di mana 100 daripadanya disumbangkan khas kepada PKD Kerian.

Pegawai Kesihatan Daerah Kerian, Dr. Rozaimah Abu Talib, menzahirkan rasa penghargaan atas keprihatinan pihak USM memilih PKD Kerian sebagai antara penerima utama bagi projek ini.

"Sumbangan dan kerjasama ini amat dialu-alukan. Walaupun berada di sempadan negeri yang berbeza, inisiatif B2B ini membuktikan kolaborasi rentas sektor mampu memberi impak positif kepada alam sekitar dan perkhidmatan kesihatan komuniti. Beg kelestarian ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak klinik dan pesakit di daerah Kerian," kata beliau.

Kunjungan hormat dan penyerahan sumbangan ini diharap menjadi titik permulaan kepada jaringan kerjasama yang lebih erat antara PKD Kerian dan USM KKTSS dalam pelbagai program kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat pada masa akan datang.

Baca juga ---> https://www.eng.usm.my/index.php/ms/berita2/news/1329-pejabat-pengarah-kktss-usm-serah-320-beg-kelestarian-kepada-lima-agensi-kesihatan-di-tiga-negeri

Terima Kasih.

27/08/2026

Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.

Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma atau penyakit paru-paru, pesakit jantung dan individu berpenyakit kronik perlu diberikan perhatian sewajarnya semasa jerebu.

✅ Hadkan aktiviti di luar bangunan
✅ Teruskan pengambilan ubat mengikut arahan doktor
✅ Pantau sebarang perubahan tahap kesihatan

Pastikan mereka berada dalam persekitaran yang selamat. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya mengalami kesukaran bernafas atau keadaan kesihatan semakin teruk.


26/08/2026

Jom kita sama-sama amalkan pencegahan demam denggi! 🦟🚫

21/08/2026

JANGAN TUNGGU ADA YANG MENJADI MANGSA

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna kepada keluarga kita iaitu perlindungan daripada gigitan nyamuk Aedes.

Luangkan masa memeriksa kawasan sekeliling.

🦟 Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Lindungi mereka yang kita sayang.

20/08/2026
20/08/2026

Jerebu: Ingat 5 Langkah ABCDE

✅ A – Amal langkah perlindungan diri
✅ B – Berwaspada dengan tahap kesihatan diri
✅ C – Cakna kualiti udara
✅ D – Didik diri, keluarga dan komuniti
✅ E – Elak pendedahan kepada jerebu

Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum melakukan aktiviti luar. Kurangkan aktiviti di luar apabila kualiti udara tidak sihat dan dapatkan rawatan segera jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada, mata pedih atau sakit tekak.

Lindungi diri dan keluarga.

20/08/2026
🩺 BUAL SIHAT AKAK MISI PKD KERIAN💜 Misi Niza nak pesan sikit…Tahukah ibu-ibu semua, dalam analisis kes kematian bayi dan...
19/08/2026

🩺 BUAL SIHAT AKAK MISI PKD KERIAN
💜 Misi Niza nak pesan sikit…

Tahukah ibu-ibu semua, dalam analisis kes kematian bayi dan kanak-kanak, antara perkara yang dikenal pasti ialah terdapat ibu yang menyedari pergerakan bayinya berkurangan, tetapi tidak segera melakukan pemeriksaan.

⚠️ Pergerakan bayi yang berkurangan atau berubah daripada kebiasaan boleh menjadi tanda bahawa bayi mungkin tidak sihat.

Ia tidak semestinya bermaksud sesuatu yang buruk telah berlaku, tetapi keadaan bayi perlu dinilai dengan segera.

🚫 Jangan tunggu sehingga esok.
🚫 Jangan tunggu temu janji antenatal yang seterusnya.

🏥 Di hospital/klinik, denyutan jantung dan keadaan bayi boleh diperiksa. CTG, ultrasound atau pemeriksaan lain akan dilakukan mengikut keperluan.

👶 Jika kandungan sudah cukup bulan dan penilaian menunjukkan bayi mungkin berisiko, doktor akan menentukan tindakan yang paling selamat, termasuk melahirkan bayi jika perlu.

⏱️ Tindakan awal memberi peluang kepada pasukan kesihatan untuk menilai keadaan bayi dan mengambil tindakan pada masa yang sesuai.

💜 Pesan Misi Niza: Ibu paling mengenali corak pergerakan bayi sendiri. Jika bayi bergerak kurang daripada biasa, terus ke hospital untuk pemeriksaan. Jangan bertangguh.

-Kredit: KJK Haniza Md Rodi-

18/08/2026

Hanya ambil 2-5 minit sahaja untuk lakukan X-BREAK 🏃‍♀️🏃‍♂️✨

18/08/2026

Kekal sihat semasa jerebu.

Sekiranya anda mengalami gejala seperti disenarai, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi memastikan anda kekal sihat semasa jerebu.

Address

Jalan Sekolah
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kerian:

Shortcuts

Share