PAS Parit Buntar

PAS Parit Buntar PAS Parit Buntar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Parit Buntar

01 Jun 2026 / 15 Zulhijjah 1447 HSalam TakziahPAS Kawasan Parit Buntar merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ah...
01/06/2026

01 Jun 2026 / 15 Zulhijjah 1447 H

Salam Takziah

PAS Kawasan Parit Buntar merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Shahrizan bin Husin, Bendahari PAS Cawangan Sungai Betul Bawah, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di Pekan Tanjung Piandang pada usia 57 tahun.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kepada keluarga serta sahabat seperjuangan yang mengenali beliau sebagai seorang yang komited dan istiqamah dalam menjalankan amanah serta khidmat kepada masyarakat.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarham, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada PAS Kawasan Parit Buntar.




DIRGAHAYU TUANKU ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ค ๐’๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก ๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

๐Œ๐ž๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ค ๐’๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก ๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก

๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€
๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐† ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ

sempena

๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ
๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐——๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚

pada

1 ๐—๐˜‚๐—ป 2026 ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป 15 ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต 1447๐—›

Sembah Takzim daripada :

PAS Kawasan Parit Buntar
No. 8,Jalan Keli,
Taman Seri Tenggara,
34200 Parit Buntar,
Perak.

30 Mei 2026 / 13 Zulhijjah 1447 HProgram Ibadah Korban PAS Parit Buntar Santuni Hampir 500 PenerimaT**I SERONG, 29 Mei โ€“...
30/05/2026

30 Mei 2026 / 13 Zulhijjah 1447 H

Program Ibadah Korban PAS Parit Buntar Santuni Hampir 500 Penerima

T**I SERONG, 29 Mei โ€“ Program Ibadah Korban yang berlangsung di Markas PAS T**i Serong pada Hari Raya Aidiladha kedua telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Parit Buntar serta petugas dari cawangan-cawangan PAS sekitar kawasan.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu melibatkan hampir 70 orang petugas yang berganding bahu dalam proses penyediaan dan pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat. Agihan tersebut telah memberi manfaat kepada hampir 500 penerima yang terdiri daripada golongan yang memerlukan serta penduduk sekitar.

Semangat gotong-royong dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para petugas mencerminkan komitmen PAS dalam menghayati tuntutan ibadah korban di samping memperkukuhkan hubungan ukhuwah sesama masyarakat.

Program berakhir sekitar jam 11.00 pagi dengan semua agihan berjaya disempurnakan mengikut perancangan. Pihak penganjur merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas, penyumbang serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.




27 Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447 H๐ŸŒ™ AMALAN SUNNAH PADA HARI RAYA AIDILADHA ๐ŸŒ™Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi hari...
26/05/2026

27 Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447 H

๐ŸŒ™ AMALAN SUNNAH PADA HARI RAYA AIDILADHA ๐ŸŒ™

Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi hari untuk kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW serta memperbanyakkan ibadah dan pengorbanan demi meraih redha Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama: โœจ Menghidupkan sunnah hari raya
โœจ Memperbanyakkan takbir dan doa
โœจ Menghayati ibadah korban dengan penuh keikhlasan
โœจ Mengeratkan silaturrahim sesama insan

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan menguatkan lagi ukhwah dalam masyarakat.

โ€œSesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat.โ€
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„




26/05/2026

Semalam umat Islam berpuasa sunat Hari Tarwiyah dan hari ini p**a sunat puasa hari Arafah. Puasa pada 2 hari tersebut banyak kelebihannya sebagaimana yang banyak disebut oleh para alim ulamak.

Esok adalah hari yang diharamkan kita makan minum, kerana esok adalah hari raya Aidi Adha, selepas solat sunat Adha, beribu2 binatang akan disembelih, sebahagiannya di sedekahkan kepada fakir.

Raya Haji kali ini, saya memilih untuk raya di kg halaman dekat Bagan Datuk, keluarga ada buat sembelihan kurban, isteri saya terbang beraya di Tawau lebih awal, saya hari kedua ke Parit Buntar untuk menyertai ibadah kurban bersama masyarakat, hari ketiga Jumaat petang menyusul p**ak balik ke Sabah.

Kepada seluruh umat Islam diucapkan Selamat
Menyambut Aidil Adha dan ibadah Kurban.

27 Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447 HSatu Hari Satu Ayat(Al- Baqarah 2 : Ayat 43)
26/05/2026

27 Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447 H

Satu Hari Satu Ayat

(Al- Baqarah 2 : Ayat 43)




26 Mei 2026 / 09 Zulhijjah 1447 H๐ŸŒ™ Kelebihan Hari Arafah ๐ŸŒ™Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia di sisi Al...
26/05/2026

26 Mei 2026 / 09 Zulhijjah 1447 H

๐ŸŒ™ Kelebihan Hari Arafah ๐ŸŒ™

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT. Hari yang penuh keampunan, rahmat dan doa-doa yang dimakbulkan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Rasulullah ๏ทบ bersabda:
โ€œุฎูŠุฑ ุงู„ุฏุนุงุก ุฏุนุงุก ูŠูˆู… ุนุฑูุฉโ€
"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."
(HR al-Tirmizi)

Jom rebut peluang pada hari yang penuh keberkatan ini dengan:
โœจ Berpuasa sunat Arafah
โœจ Perbanyakkan doa & zikir
โœจ Memohon keampunan kepada Allah
โœจ Berselawat ke atas Nabi ๏ทบ

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin ๐Ÿค




26 Mei 2026 / 09 Zulhijjah 1447 HSatu Hari Satu Ayat(Al- Baqarah 2 : Ayat 42)
25/05/2026

26 Mei 2026 / 09 Zulhijjah 1447 H

Satu Hari Satu Ayat

(Al- Baqarah 2 : Ayat 42)




Address

Parit Buntar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share