Pejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit Buntar

Pejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit Buntar Laman Facebook Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Kerian Perak.Tempat perkongsian maklumat berkaitan aktiviti pertanian di Daerah Kerian

DIAGNOSTIK KEKURANGAN NUTRIENDiagnostik kekurangan nutrien tanaman adalah satu kaedah menentukan keperluan nutrien tanam...
12/08/2026

DIAGNOSTIK KEKURANGAN NUTRIEN

Diagnostik kekurangan nutrien tanaman adalah satu kaedah menentukan keperluan nutrien tanaman dibuat secara kualitatif iaitu melalui penglihatan dan penelitian kepada keadaan dan perubahan fizikal pokok

TUJUAN DIAGNOSTIK:
1. Kenalpasti masalah tanaman.
2. Pengesyoran / penyelesaian masalah tanaman.

LANGKAH – LANGKAH MENDIAGNOSIS (KUALITATIF):
1. Menilai prestasi tanaman berdasarkan petunjuk pertumbuhan tanaman.
2. Mengenalpasti punca masalah berdasarkan simptom tanaman.

FOKUS MASALAH KESUBURAN: Pastikan masalah tersebut bukan dari faktor persekitaran.

DEFINISI MOBILITI NUTRIEN TUMBUHAN: Sebahagian nutrien mempunyai keupayaan untuk bergerak ke bahagian lain dalam tanaman apabila berlaku kekurangan nutrient.















PENGESYORAN PENAMBAHAN BAJA BAGI TANAMAN PADIKadar pembajaan yang disyorkan untuk tanaman padi di Semenanjung Malaysia i...
11/08/2026

PENGESYORAN PENAMBAHAN BAJA BAGI TANAMAN PADI

Kadar pembajaan yang disyorkan untuk tanaman padi di Semenanjung Malaysia ialah 120 : 70 : 80 kg/ha N : P2O5 : K2O (syor baru MARDI). Walaubagaimanapun, jumlah nutrien daripada baja subsidi kerajaan TIDAK MENCUKUPI iaitu hanyalah 109N : 54P2O5 : 56K2O
Baja subsidi yang diperolehi oleh petani :
- Baja sebatian (17.5N:15.5P2O5:10K2O) - 240 kg /ha
- NPK Tambahan (17:3:25:2 MgO:1s:1B: 0.5 Cu: 0.5 Zn) - 150 kg/ha
- Urea (46N) - 80 kg /ha
- Baja Organik (5:5:5) - 5 kg/ha

PETANI DISYORKAN MENAMBAH BAJA UNTUK MENCUKUPKAN KEPERLUAN NUTRIEN YANG DIPERLUKAN OLEH POKOK IAITU :
1. Baja Tunggal Triple Super Phosphate (TSP) - 44–46% P₂O₅ larut air ; Ditambah sebanyak 57 kg/ha pada pertumbuhan pokok hari ke 15.
2. Baja Tunggal Muriate of Potash(MOP) - 60% K₂O ; Ditambah sebanyak 42 kg/ha pada pertumbuhan pokok hari ke 15.
3. Baja Tunggal Urea- 46% N ; Ditambah sebanyak 12 kg/ha pada pertumbuhan pokok hari ke 55 dan 20 kg/ha pada pertumbuhan pokok hari ke 75.

Langkah-langkah untuk meningkatkan kecekapan penyerapan baja tanaman padi:
Situasi tanah yang subur:
i. Pertumbuhan pokok yang baik dengan kepadatan pokok yang mencukupi.
ii. Pengairan dan saliran yang baik.
iii. Kawalan perosak utama yang baik termasuk rumpai, serangga, siput, tikus dan penyakit.

Ciri-ciri tanah sawah yang sangat subur:
- tanah lom liat ke liat
- bahan organik sederhana tinggi 1.5 - 2.5% organik C
- CEC > 20 cmolc kg-1
- Nutrien alami kg nutrien ha-1 70N:20P:100K
Hasil yang boleh diperolehi tanpa membaja ialah > 5.0 t ha-1















KAEDAH MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGAMBILAN NUTRIEN OLEH POKOK PADI Bagi di kawasan jelapang padi seperti di Daerah Kerian...
10/08/2026

KAEDAH MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGAMBILAN NUTRIEN OLEH POKOK PADI

Bagi di kawasan jelapang padi seperti di Daerah Kerian, antara faktor utama yang menyebabkan hasil tuaian yang rendah adalah bukan masalah tidak kecukupan baja/nutrien TETAPI adalah disebabkan ketidak kecekapan pokok padi mengambil nutrien AKIBAT DARIPADA Pengurusan sawah yang kurang cekap.

Bagaimana meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien oleh pokok padi?
1. Elakkan kerosakkan pada akar padi:
- Kesan tindakan bahan toksid pada akar akibat penguraian jerami oleh bakteria anaerobiK.
- Kesan pH tanah sawah yang rendah.

AKAR SIHAT - Hujung akar berwarna putih dan akar utama diliputi banyak akar ranting. Pada kedudukan akar ranting terbit berwarna merah keperangan.

AKAR EKOR SINGA - Pertumbuhan akar terhenti di hujung akar utama. Akar ranting terbentuk dengan banyak di bawah hujung akar utama.
Situasi ini berlaku kerana hujung akar utama telah reput akibat kecederaan oleh hidrogen sulfid atau bahan toksid lain dalam tanah.

AKAR EKOR HARIMAU - Terdapat lapisan Fe oksida meliputi bahagian-bahagian akar tertentu.
Situasi ini berlaku kerana hujung akar utama telah reput akibat kecederaan oleh hidrogen sulfid atau bahan toksid lain dalam tanah.

AKAR REPUT- Akar yang telah reput pada sebahagian besar akar.
Situasi ini berlaku kerana hujung akar utama telah reput akibat kecederaan oleh hidrogen sulfid atau bahan toksid lain dalam tanah

AKAR HITAM - Akar yang telah bertukar hitam dari asalnya berwarna merah keperangan. Berlaku banyak pada akar ranting.
Situasi ini berlaku kerana hujung akar utama telah reput akibat kecederaan oleh hidrogen sulfid atau bahan toksid lain dalam tanah.

2. Pastikan litupan pokok padi 100% dan kepadatan pokok mencukupi:
- Pastikan permukaan tanah rata.
- Kedalaman air sawah 5 cm.
- Guna benih padi sah yang bermutu.
- Kawal siput gondang emas bagi mengelakkan kehilangan pokok dimakan siput.
- Kawal tikus bagi mengelakkan kehilangan pokok dimakan tikus.

3. Pastikan pokok padi tidak bersaing dengan rumpai untuk mengambil baja, oleh itu kawalan rumpai yang cekap perlu diamalkan

4. Pastikan keluasan daun pokok padi tidak terjejas dimakan serangga perosak atau rosak diserang penyakit. Oleh itu kawalan serangga perosak dan penyakit yang berhemah perlu diamalkan.

5. Pastikan tiada kehilangan baja melalui resapan, perkolasi yang tinggi dan pemeruwapan. Oleh itu batas sawah perlu kemas, lapisan tanah keras perlu sempurna dan sawah tidak kering terutama selepas menabur baja N.

6. Pastikan baja ditabur mengikut jadual.

7. Penggunaan baja mikro secara semburan terutama semasa peringkat pengisian buah.















PROGRAM PELADANG AGRO KARNIVAL PERAK (PAKAR 2026) – ROAD TO MAHASatu program Peladang Agro Karnival Perak (PAKAR 2026) t...
10/08/2026

PROGRAM PELADANG AGRO KARNIVAL PERAK (PAKAR 2026) – ROAD TO MAHA

Satu program Peladang Agro Karnival Perak (PAKAR 2026) telah diadakan di Bagan Serai, sempena Sambutan Hari Peladang Ke-54 pada 7 dan 8 Ogos 2026 bertempat di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai dan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly Bin Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Perak.

Jabatan Pertanian Daerah Kerian telah dijemput untuk mengadakan reruai pameran pada program tersebut. Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Sham bin Mat Sahat, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak; YBrs. Encik Nik Mohd Shaharil bin Nik Md Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Pertubuhan Peladang; YBrs. Puan Hajah Nor Faizah Binti Umar, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak; serta barisan pengurusan Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Pengerusi Biro Hal Ehwal Korporat dan Ketua-ketua Jabatan serta Agensi Kerajaan.















PENGURUSAN PEMBAJAAN TANAMAN PADIPanduan pengurusan pembajaan padi oleh oleh MARDI mengesyorkan kadar asas Semenanjung s...
07/08/2026

PENGURUSAN PEMBAJAAN TANAMAN PADI

Panduan pengurusan pembajaan padi oleh oleh MARDI mengesyorkan kadar asas Semenanjung sebanyak 120:70:80 kg/ha N, P₂O₅, dan K₂O. Jadual pembajaan dibahagikan mengikut fasa pertumbuhan anak pokok, pembentukan tangkai, dan waktu merumpai bagi memastikan hasil padi yang optimum serta bernas.

OBJEKTIF PEMBAJAAN PADI:
1. Banyakkan anak padi sebelum 50 hari.
2. Banyakkan tangkai sebelum 50 hari.
3. Tingkatkan pemanjangan tangkai & perbanyakkan spikelet di antara 50 -80 hari.
4. Tingkatkan berat bijirin di antara 80 – 110/120 hari.

Kadar dan Jadual Asas Pembajaan Padi:
- Fasa Permulaan (1 - 14 Hari): Pembajaan asas sebelum atau semasa penanaman bagi menggalakkan pertumbuhan akar.
- Fasa Vegetatif (20 - 45 Hari): Pemberian baja susulan fasa pertumbuhan anak pokok dan mengawal rumpai.
- Fasa Pembentukan Tangkai (60 - 75 Hari): Pembajaan penting untuk meningkatkan jumlah tangkai dan pengisian buah.















APLIKASI AGRIMATHS JABATAN PERTANIAN MALAYSIAAgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan di bawah p...
05/08/2026

APLIKASI AGRIMATHS JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan di bawah projek e-Agriculture Extension. Ia adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi mentransformasikan perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada.

Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar.

Muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma!















05/08/2026

PADDYCHAT JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

+6011-19186001

PaddyChat ialah ejen kecerdasan buatan (AI) rasmi yang dilancarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada 16 Januari 2026. Ia berfungsi sebagai platform khidmat nasihat pantas mengenai tanaman padi secara atas talian melalui WhatsApp.

Ciri dan Fungsi Utama PaddyChat:
1. Bertindak sebagai rujukan digital atau "buku bergerak" berpandukan data rasmi jabatan.
2. Membantu pesawah mendapatkan maklumat teknikal, kawalan perosak, dan penjagaan padi.
3. Mudah diakses secara terus menerusi aplikasi WhatsApp.















PENGGUNAAN SENSOR DI DALAM SMART FARMING - PERBANDINGAN KEPUTUSAN ANALISA MAKMAL TANAH DENGAN PENGGUNAAN PERALATAN NPK S...
05/08/2026

PENGGUNAAN SENSOR DI DALAM SMART FARMING - PERBANDINGAN KEPUTUSAN ANALISA MAKMAL TANAH DENGAN PENGGUNAAN PERALATAN NPK SENSOR / TESTER

Smart farming dan Internet of Things (IoT) di Malaysia adalah kaedah pertanian moden yang menggunakan sensor, kecerdasan buatan (AI) dan rangkaian 5G untuk memantau tanaman, mengautomasikan sistem pengairan, serta meningkatkan hasil pengeluaran secara mampan. Inisiatif ini disokong di bawah Dasar Agro makanan Negara dan konsep Pertanian 4.0.

Antara salah satu kaedah teknologi utama dalam Pertanian Pintar adalah Sistem Sensor IoT yang berfungsi untuk memantau kelembapan tanah, suhu, pH, dan paras air secara masa nyata (real-time) untuk pengairan yang tepat. Ini boleh menjimatkan masa dibandingkan kaedah manual yang memerlukan pengambilan sampel tanah dan dihantar ke makmal untuk dianalisa.

Walau bagaimanapun, terdapat masalah dan isu utama mengenai ketepatan bacaan pada sensor dan perbandingan dengan Analisa tanah di makmal. Antara parameter adalah bacaan nutrien nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K).

Infografik di bawah akan menerangkan perbandingann NPK Sensor/tester memberi keputusan bacaan yang hampir tepat dengan keputusan analisa makmal dan mengkaji keberkesanan NPK Sensor/Tester dalam memberi bacaan unsur N,P,K di dalam tanah yang hampir tepat.

1. ANALISIS MAKMAL:
1.1 Penentuan Jumlah Nitrogen (%) : Kaedah Dumas (Kaedah pencernaan) – Kalorimetri pada alat Auto analyser (MS 678 : PART I to V : 1980) ; Peralatan - CNS Elemental Analyzer

1.2 Penentuan ketersediaan fosforus (ppm) : Kaedah Bray & Kurtz (MS678 : PART VI to IX : 1980); Peralatan - UV – Visible

1.3 Penentuan Kalium (K) bertukarganti (Meg/100g) : Kaedah Ammonium Acetate – Leaching Method at pH 7 (MS 678 : PART I to V : 1980); Peralatan - Atomic Absorption Spectroscopy / Inductively Coupled Plasma - Optical Emission Spectroscopy

2. NPK SENSOR / TESTER:
- Kaedah : Frequency Domain Reflectometry (FDR) / Capacitance (Frequency).
- Dirujuk sebagai reflektorometer domain frekuensi (FDR).
- Diukur daripada perubahan frekuensi gelombang radio yang dipantulkan atau frekuensi resonans (Kelleners 2004).
- Kaedah pengukuran ini menggunakan pengayun untuk menyebarkan isyarat elektromagnet melalui rangkaian logam atau panduan gelombang lain.
- Perbezaan antara gelombang keluaran dan frekuensi gelombang balik diukur untuk menentukan kelembapan tanah.
- Mengesan perubahan kekonduksian yang disebabkan oleh perubahan kepekatan N, P dan K di dalam tanah. – Melalui KELEMBAPAN TANAH. (SOIL MOITURE SENSOR)
- Boleh dianggap hampir tepat tetapi mesti ‘calibrate’ mengikut jenis tanah.
- Pastikan tanah menyentuh sensor tanpa ada ruang rongga udara.

KEPUTUSAN : Keputusan analisa bagi NPK sensor/tester di lapangan masih lagi kurang tepat berbanding dengan keputusan analisa makmal tanah. Walau bagaimanapun, alat NPK sensor /tester masih lagi boleh digunakan untuk laporan awal khidmat nasihat sebelum laporan akhir dikeluarkan bersama-sama dengan laporan makmal.















𝙆𝘼𝙍𝙉𝙄𝙑𝘼𝙇 𝙋𝙀𝙍𝘼𝙆 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 2030 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 𝙆𝙀𝙍𝙄𝘼𝙉Tarikh : 1 Ogos 2026 (Sabtu)Lokasi : Pejabat Penghulu Parit BuntarSatu progra...
04/08/2026

𝙆𝘼𝙍𝙉𝙄𝙑𝘼𝙇 𝙋𝙀𝙍𝘼𝙆 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼 2030 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 𝙆𝙀𝙍𝙄𝘼𝙉

Tarikh : 1 Ogos 2026 (Sabtu)
Lokasi : Pejabat Penghulu Parit Buntar

Satu program Karnival Perak Sejahtera 2030 Daerah kerian telah di adakan dan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly Bin Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Perak. Program ini turut dihadiri Pegawai Daerah kerian, YBrs Tuan Saidi Bin Haji Shaari serta ketua dan wakil Jabatan agensi terlibat.

Jabatan Pertanian Daerah Kerian telah dijemput untuk mengadakan reruai pameran, mengedar 200 anak pokok durian belanda dan cili secara percuma dan kempen jum makan buah tempatan di program tersebut. Pelbagai pengisian bermanfaat disediakan sepanjang program berlangsung seperti Jualan Rahmah dan jualan terbuka, pameran jabatan dan agensi termasuk TVET, pemeriksaan kesihatan percuma, temuduga terbuka PERKESO, kempen pengumpulan e-waste dan minyak masak terpakai, servis minyak motosikal, gunting rambut percuma, gotong-royong serta Kenduri Rakyat. Turut diadakan pelbagai pertandingan dan aktiviti santai seperti tarik tali, bola jaring, memancing ikan, gubahan buah, teka berat serta cabutan bertuah yang menceriakan suasana.

Karnival ini turut menjadi platform kepada Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 Daerah Kerian, menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.















CIRI-CIRI TANAH SAWAH YANG SUBURTanah sawah yang subur mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi (2.0% – 3.50 %), te...
29/07/2026

CIRI-CIRI TANAH SAWAH YANG SUBUR

Tanah sawah yang subur mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi (2.0% – 3.50 %), tekstur liat (lempung) yang dapat menahan air (melebihi 35%) - Fungsi kandungan liat dalam tanah adalah untuk pegangan air dan pegangan nutrien, dan tahap bacaah pH tanah yang optimum (5.50 – 6.50). Ciri-ciri ini sangat penting bagi memastikan pokok padi mendapat bekalan air dan nutrien yang mencukupi sepanjang tempoh pertumbuhan pokok padi.

pH TANAH SAWAH:
pH tanah merupakan bacaan keasidan atau kealkalian tanah, Kebanyakan tanah di Malaysia berasid (pH antara 4.20 – 5.20) pH yang optima ialah antara 5.50 ke 6.50. pada bacaan pH tanah yang optimum, KETERSEDIAAN KEBANYAKAN NUTRIEN DI DALAM TANAH BERADA DALAM KEADAAN YANG SEIMBANG DAN BOLEH DIAMBIL OLEH POKOK.

1. Masalah bacaan pH tanah terlalu rendah (Berasid):
- Jika bacaan pH tanah kurang 6.00 ; unsur makro seperti kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan Kalium (K) akan sangat berkurangan kerana telah diikat (dijerap) oleh tanah.

- Pada bacaan pH 3-5 ; Unsur mikro logam berat seperti Aluminium (Al), Ferum (Fe), Kuprum (Cu), Zink (Zn), dan mangan (Mn) sangat tinggi. Ini boleh menyebabkan keracunan (toksik kepada tanaman kerana mudah larut).

- Unsur makro Fosforus (P) boleh terikat sebagai AlPO4 dan FePO4, dan nutrien P tidak tersedia untuk tanaman.

- CARA BAIKI pH TANAH BERASID: - tingkatkan pH dengan tambahkan bahan kapur seperti CaOH, CaCO3, CaMgCO3 dan lain-lain. Contoh kapur seperti Ground Magnesium Limestone (GML), dolomite, hydrated lime.

2. Masalah bacaan pH tanah terlalu tinggi (Beralkali):

- kurang unsur P dimana P bertindak dengan Ca untuk membentuk Ca3PO4 (tidak larut).

- CARA BAIKI pH TANAH beralkali:
Tanah alkali - turunkan pH dengan memberi belerang (sulfur), asid sulfurik, ferric atau ferrous sulphate, alluminium sulphate
Tanah saline-alkali soil (sodic) dimana pH > 8.5, EC < 4 mS/cm – tambahkan gypsum (CaSO4.2H2O)

PENGAPURAN TANAH:
- Untuk Menaikkan pH tanah dan mengurangkan kemasaman/ keasidan tanah.
- Menambah unsur Ca dan Mg dalam tanah.
- Menambah daya penyerapan nutrien bagi pokok dan akan memberi kesan optimum kepada amalan pembajaan.
- Memperbaiki struktur tanah menerusi aktiviti mikroorganisma tanah.

KAEDAH PENGAPURAN TANAH:
- Dilakukan semasa pembajakan supaya boleh digaulkan ke dalam tanah pada lapisan tanah atas zon perakaran (0-15 cm) atau secara tabur terus.
- Pengapuran perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum menanam/ program pembajaan dijalankan/ selepas hasil dituai.
- Kekerapan pemberian kapur bergantung kepada kehalusan dan jenis bahan kapur dan pH tanah perlu dipantau sebelum penanaman berikutnya dijalankan.















Address

Parit Buntar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057161463

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share