JPKK Parit Jawa Ulu

JPKK Parit Jawa Ulu JPKK Parit Jawa Ulu – milik semua penduduk. Sama-sama jaga, bantu & majukan kampung kita. Selamat Datang ke Page Rasmi JPKK Parit Jawa Ulu!

Kami team kampung yang sentiasa turun padang untuk pastikan Parit Jawa Ulu makin maju & harmoni. Dari aktiviti gotong-royong, bantuan komuniti, ke info semasa kampung – semua ada di sini! Kami sentiasa terbuka untuk cadangan, kerjasama & semangat kejiranan. Jom follow, like & support JPKK Parit Jawa Ulu – sebab kampung kita, tanggungjawab kita!

Marhaban Ya Ramadhan 🌙✨Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat.Semoga Ramadh...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadhan 🌙✨

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, menguatkan ukhuwah sesama masyarakat, serta mendekatkan hati kepada Allah SWT.

Semoga setiap amal ibadah kita diterima dan diberkati.

Ikhlas daripada
Pengerusi & AJK JPKK Kg Parit Jawa Ulu










🎊 Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 🎊Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, rezeki yang melimpah serta mengera...
16/02/2026

🎊 Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 🎊

Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, rezeki yang melimpah serta mengeratkan lagi silaturahim dalam komuniti kita.

Walau berbeza bangsa dan budaya, kita tetap satu keluarga dalam semangat perpaduan.

Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat yang menyambutnya! 🧧🏮

Ikhlas daripada
Pengerusi & AJK JPKK Kg Parit Jawa Ulu










Alhamdulillah 🤲✨Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penghulu Mukim Parit Jawa atas jemputan serta kesudi...
19/01/2026

Alhamdulillah 🤲✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penghulu Mukim Parit Jawa atas jemputan serta kesudian menjemput kami bersama Ketua Kampung dan Setiausaha Kampung ke majlis doa selamat sempena Hari Tambah Usia ini.

Majlis yang ringkas namun penuh makna, menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, bertukar pandangan serta memupuk hubungan baik antara pimpinan mukim dan kampung dalam suasana yang harmoni.

Semoga ukhuwah dan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi kebaikan masyarakat Parit Jawa keseluruhannya. 🤝

🎣 Program Memancing Santai di Kg Pt Jawa Ulu 🎣Meriah & penuh gelak tawa!JPKK bersama anak-anak Pusat Latihan Kemahiran T...
30/09/2025

🎣 Program Memancing Santai di Kg Pt Jawa Ulu 🎣

Meriah & penuh gelak tawa!
JPKK bersama anak-anak Pusat Latihan Kemahiran TVET DTAC berganding bahu dalam aktiviti memancing santai.

🤝 Seronok, santai & mengeratkan silaturahim.
🌿 Suasana kampung, semangat kekeluargaan.
💪 Aktiviti riadah, ukhuwah makin erat.

Terima kasih semua yang hadir & memeriahkan. Kita teruskan semangat bersama-sama untuk Kg Pt Jawa Ulu 💖

27/09/2025
PART 2 | JOJ 6.0K Run & Hike – Bukit MorSambungan momen di laluan tengah & checkpoint—support crew, marshal, dan peserta...
27/09/2025

PART 2 | JOJ 6.0K Run & Hike – Bukit Mor
Sambungan momen di laluan tengah & checkpoint—support crew, marshal, dan peserta saling bagi semangat. Hutan cantik, trek padu, vibe komuniti terbaik! 💪🌿
Terima kasih pasukan keselamatan & sukarelawan. Jika ada kekurangan, kami mohon maaf—kami akan perbaiki untuk akan datang.

📸 Album Part 2: checkpoint, water station, candid senyuman & aksi mendaki.
Tag kawan-kawan, drop nombor BIB di komen & kongsi detik kegemaran anda. Part 3 menyusul!

PART 1 | JOJ 6.0K Run & Hike – Bukit MorAlhamdulillah, meriah! Terima kasih semua peserta, urusetia & rakan penaja yang ...
27/09/2025

PART 1 | JOJ 6.0K Run & Hike – Bukit Mor
Alhamdulillah, meriah! Terima kasih semua peserta, urusetia & rakan penaja yang memeriahkan pagi ini di Padang Awam Bukit Mor. Jika ada sebarang kekurangan, kami mohon maaf—kita akan perbaiki untuk edisi seterusnya.

📸 Album Part 1: detik awal flag-off, laluan hijau Bukit Mor & senyuman juara-juara kita.
Tag kawan-kawan anda, drop nombor BIB di komen & kongsikan momen favorite!
Part 2 & seterusnya akan menyusul—stay tuned di halaman JPKK Parit Jawa Ulu.

Anda dah sedia? Jom join Bukit Mor Fiesta!Sabtu, 27 Sept 2025 | 7:00 pagi – 12:30 tgh | Bukit MorRun & Hike • Sukan Raky...
25/09/2025

Anda dah sedia? Jom join Bukit Mor Fiesta!
Sabtu, 27 Sept 2025 | 7:00 pagi – 12:30 tgh | Bukit Mor
Run & Hike • Sukan Rakyat • Tarik Tali • Gubahan Kek • Teh Tarik • Demo Masakan Silang Budaya • Pemeriksaan Kesihatan (Klinik Sofea) • Jamuan Mee Kawah.
Datang awal, pakai sukan, bawa botol air & sama-sama jaga kebersihan. Jumpa di sana! 💪🌄

🇲🇾🚩 Program Konvoi KRT Bukit Mor bersama JPKK Kg Pt Jawa Ulu & Penduduk Kampung 🚩🇲🇾Meriah suasana pagi ini dengan deruan...
16/09/2025

🇲🇾🚩 Program Konvoi KRT Bukit Mor bersama JPKK Kg Pt Jawa Ulu & Penduduk Kampung 🚩🇲🇾

Meriah suasana pagi ini dengan deruan enjin motorsikal yang dihiasi Jalur Gemilang. Semangat patriotik jelas terpancar apabila warga kampung bergabung menjayakan konvoi kemerdekaan penuh warna-warni.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong. Sama-sama kita pupuk semangat cintakan tanah air di bumi Bukit Mor tercinta ❤️💪

📌 Pengerusi JPKK hadir Majlis Taklimat Amil Agihan ZakatHari ini berlangsung Majlis Taklimat Amil Agihan Zakat anjuran M...
11/09/2025

📌 Pengerusi JPKK hadir Majlis Taklimat Amil Agihan Zakat

Hari ini berlangsung Majlis Taklimat Amil Agihan Zakat anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bersama Ketua-ketua Kampung Daerah Muar bagi tahun 2025.

📍 Lokasi: Level 5, Function Hall, River Muar Hotel
📅 Tarikh: 11 September 2025 (Khamis)

🤝 Kehadiran ini menzahirkan komitmen JPKK dalam memperkukuhkan peranan bersama MAINJ bagi memastikan pengurusan agihan zakat lebih tersusun dan memberi manfaat kepada masyarakat.

📢 JPKK Kg Parit Jawa Ulu Sertai Program Latih Amal, Simulasi & Taklimat PPSHari ini (11 September 2025), wakil JPKK Kg P...
11/09/2025

📢 JPKK Kg Parit Jawa Ulu Sertai Program Latih Amal, Simulasi & Taklimat PPS

Hari ini (11 September 2025), wakil JPKK Kg Parit Jawa Ulu telah turut serta dalam Program Latih Amal, Simulasi & Taklimat Pendaftaran Awal Mangsa Bencana @ Sistem InfoBencana JKM bertempat di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat.

Program ini melibatkan daerah Segamat, Muar dan Tangkak dengan fokus kepada:
✅ Latihan pengurusan bencana & pusat pemindahan sementara (PPS)
✅ Taklimat sistem MyIBJKM – aplikasi pendaftaran mangsa bencana
✅ Simulasi pendaftaran awal bagi memastikan kesiapsiagaan komuniti

Terima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas inisiatif meningkatkan tahap kesiapsiagaan bencana di peringkat komuniti.

🤝 JPKK sentiasa komited untuk memastikan kebajikan penduduk kampung sentiasa terpelihara dalam sebarang situasi kecemasan.

Maulid Nabi 1447H ✨Mari kita sebagai penduduk kampung memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak Baginda ﷺ, dan menguatk...
04/09/2025

Maulid Nabi 1447H ✨
Mari kita sebagai penduduk kampung memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak Baginda ﷺ, dan menguatkan silaturahim agar kampung kita terus makmur, aman dan dirahmati Allah.

Address

Bukit Mor
Parit Jawa
84150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Parit Jawa Ulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share