13/06/2026
12 - 13 Jun 2026 | Kem Kepimpinan Pemimpin Murid SMK Mutiara Rini
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pemimpin Murid SMK Mutiara Rini pada 12 hingga 13 Jun 2026 di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.
Seramai 80 orang peserta telah menyertai kursus ini dengan pengisian aktiviti berbentuk latihan kepimpinan, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah telah dilaksanakan bagi membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan peserta.
Pengisian program telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman iaitu Encik Zuraini bin Tasri, Encik Mohd Razali bin Abdullah dan Tc. Muhamad Khairul Fitri bin Sarimin. Turut membantu menjayakan program ini ialah pembantu fasilitator Puan Azean Musfirah binti Rahim dan Cik Najla Aliyah binti Ehwan yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang program berlangsung.
Pihak PuMAS UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini. Diharapkan kursus ini dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, berdisiplin serta mampu menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.