Pejabat OSHE UTHM

Pejabat OSHE UTHM โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—”๐—ง๐—ข๐—  ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—›PAGOH, 18 Ogos 202...
18/08/2026

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—”๐—ง๐—ข๐—  ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—ข๐—›

PAGOH, 18 Ogos 2026 โ€“ Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh telah menerima kunjungan dua pegawai Jabatan Tenaga Atom (JTA), iaitu Puan Sarimah binti Karimin dan Puan Siti Nur Annisaa binti John @ Abdul Malik, bagi menjalankan pemeriksaan terhadap pengurusan perlindungan sinaran di kampus tersebut.

Pemeriksaan dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pengurusan perlindungan sinaran UTHM, termasuk aspek pengendalian sumber dan peralatan sinaran, dokumentasi, kemudahan serta prosedur keselamatan. Pemeriksaan ini turut mendapat kerjasama Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Ainun Rahmahwati bt Ainuddin @ Nordin selaku Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) UTHM, Ts. Muhamad Muizzudin bin Azali (PY), UTHM serta Pekerja Sinaran (P) yang terlibat.

Pemeriksaan tersebut turut menjadi platform bagi UTHM mendapatkan pandangan dan maklum balas profesional daripada pihak JTA dalam usaha memperkukuh pengurusan perlindungan sinaran serta mengenal pasti ruang penambahbaikan secara berterusan. Komitmen ini mencerminkan kesungguhan UTHM dalam memastikan keselamatan dan kesihatan warga kerja, pelajar, penyelidik serta pihak berkepentingan sentiasa diberi keutamaan.

UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Tenaga Atom atas kerjasama, pandangan dan kepakaran yang dikongsikan. UTHM akan terus memperkukuh budaya keselamatan, pematuhan dan penambahbaikan berterusan agar setiap aktiviti berkaitan sinaran dilaksanakan secara selamat, bertanggungjawab dan mengikut ketetapan yang berkuat kuasa.

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "


โ˜ข๏ธ ๐—ช๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐——๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—”๐—ง๐—ข๐—  (๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—”๐—ก) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑP...
11/08/2026

โ˜ข๏ธ ๐—ช๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐——๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—”๐—ง๐—ข๐—  (๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—”๐—ก) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

PAGOH, 11 Ogos 2026 โ€“ Seramai 37 peserta terdiri daripada warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pihak berkepentingan menyertai Webinar Radiation Safety 2.0 โ€“ โ€œDonโ€™t Play-Play Dengan Akta Baharuโ€ yang berlangsung pada pagi ini.

Webinar anjuran Pusat Pengurusan Kimia (CMC) ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan dan perlindungan sinaran, khususnya berkaitan perkembangan serta keperluan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025.

Sesi perkongsian disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Ir. Ainun Rahmahwati binti Nordin , Pengarah CMC merangkap Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO/PPS), yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan keselamatan sinaran serta pematuhan perundangan.

Turut ditekankan ialah kepentingan memahami peranan dan tanggungjawab setiap individu serta mengamalkan prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable) bagi meminimumkan pendedahan kepada sinaran.

Semoga perkongsian ini dapat memperkukuh budaya keselamatan, kesedaran dan pematuhan perundangan dalam kalangan warga UTHM, khususnya dalam pengurusan aktiviti berkaitan sinaran.

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "

&PS

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ข๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ž ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐— ๐˜†๐—ข๐—›๐—จ๐—กPARIT RAJA, 11 Ogos 2026 - Pejabat Persekita...
11/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ข๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ž ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐— ๐˜†๐—ข๐—›๐—จ๐—ก

PARIT RAJA, 11 Ogos 2026 - Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua staf merangkap Ahli Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (IBC) UTHM, atas kejayaan memperoleh pengiktirafan pencapaian cemerlang dalam penilaian Biorisk Management, Malaysia One Health University Network (MyOHUN) dengan kerjasama putramooc UPM.

Semoga dengan pengiktirafan tersebut dapat memacu diri dalam melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan cemerlang seterusnya membantu UTHM ke arah persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "



07 Ogos 2026๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”Untuk maklumat lanjut sila layariWebsite Rasmi Pejabat OSHEhttps://tinyurl.com...
06/08/2026

07 Ogos 2026

๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

Untuk maklumat lanjut sila layari
Website Rasmi Pejabat OSHE
https://tinyurl.com/HOUSEKEEPINGendahoshe

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "



๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—ก ๐—ข๐—™๐—™๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ (๐—ฆ๐—Ÿ๐—ข) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPARIT RAJA, 4 Ogos 2026 - Pejabat OSHE telah berjaya menganjurkan Kur...
06/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—ก ๐—ข๐—™๐—™๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ (๐—ฆ๐—Ÿ๐—ข) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

PARIT RAJA, 4 Ogos 2026 - Pejabat OSHE telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Safety Liaison Officer (SLO) 2026 pada 4 Ogos 2026 secara atas talian dengan penyertaan Safety Liaison Officer (SLO) dari pelbagai PTj.

Sepanjang kursus, para peserta mengikuti perkongsian berkaitan perundangan dan peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Pemeriksaan Tempat Kerja (PTK), HIRARC, Keselamatan Kimia & Biologi, Kualiti Udara Dalaman (IAQ) dan Ergonomik. Turut diadakan ialah taklimat kriteria Audit Integrasi EKSA Skop OSHE.

Penganjuran kursus ini berjaya memperkukuh pengetahuan dan kompetensi SLO dalam melaksanakan tanggungjawab berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di PTj masing-masing, sekali gus menyokong usaha universiti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan kondusif.

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "



๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ข๐—ฆ๐—›๐—˜, ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ข๐—ฆ๐—›๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐˜PARIT RAJA, 6 Ogos 2026 - Pejabat OSHE telah menerima lawatan daripada...
06/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ข๐—ฆ๐—›๐—˜, ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ข๐—ฆ๐—›๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐˜

PARIT RAJA, 6 Ogos 2026 - Pejabat OSHE telah menerima lawatan daripada wakil NIOSHCert yang dihadiri oleh tiga (3) orang pegawai yang diketuai oleh En. Syamsul Zahrin Zainudin selaku Ketua Pegawai Eksekutif NIOSHCert.

Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan sesi perbincangan dan perkongsian maklumat berhubung pelaksanaan standard sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang boleh diaplikasikan di Institusi Pengajian Tinggi termasuk memberi nilai tambah kepada pelajar. Pihak OSHE dihadiri oleh Pengarah dan Ketua-ketua Bahagian.

Pihak OSHE mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi NIOSHCert di atas kesudian mengadakan lawatan ini. Diharapkan jalinan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuhkan demi meningkatkan budaya kerja yang selamat, sihat dan berkualiti.

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "



๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฐ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž...
06/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฐ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—ก๐—”

PARIT RAJA, 30 Julai 2026 โ€“ Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTHM telah menganjurkan Kursus Induksi Kontraktor UTHM Bil.4/2026 sebagai usaha berterusan memperkukuh budaya pematuhan dan amalan kerja selamat di tapak bina UTHM.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penolong Jurutera, En. Mohd Shazwi bin Hashim, manakala kursus dikendalikan oleh Ketua Bahagian Keselamatan Pekerjaan dan Pengurusan Statutori (KPPS), En. Isham bin Ismail.

Kursus ini memberi penekanan kepada keperluan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024 [CDM 2024]. Penekanan turut diberikan kepada tanggungjawab kontraktor dalam memastikan setiap aktiviti pembinaan dirancang, diurus, diselia dan dilaksanakan secara selamat serta sistematik.

Antara kandungan utama kursus ialah keperluan Pemberitahuan Tempat Kerja (PMTK), pemberitahuan projek pembinaan, pelantikan individu kompeten seperti SHO, SSS dan OSH-C, pematuhan Permit to Work (PTW), penyediaan HIRARC, serta kepentingan dokumentasi keselamatan dan komunikasi berkesan antara pihak berkepentingan. Peserta juga didedahkan kepada penggunaan AI sebagai alat sokongan dalam penyediaan dokumen KKP seperti HIRARC, SWP, SOP dan laporan keselamatan.

Kursus ini telah dihadiri oleh tujuh (7) peserta daripada syarikat ARS Telus Engineering, Kelisa Mekar Enterprise, FEB Enterprise, Semangat Ship Service Sdn. Bhd., Focus Sdn. Bhd., Perniagaan Mercu Emas dan S & A Bintang Sdn. Bhd.

Di akhir sesi, peserta telah menjalani penilaian secara dalam talian berkaitan Akta 514 dan Peraturan CDM 2024. Sijil penyertaan kemudiannya disampaikan oleh Pengarah OSHE UTHM, Pn. Hazifa binti Ramli, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen peserta dalam memahami dan melaksanakan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pejabat OSHE UTHM merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan syarikat kontraktor yang hadir. Kerjasama berterusan semua pihak amat penting bagi memastikan kerja pembinaan di UTHM dilaksanakan secara terancang, selamat dan mematuhi kehendak perundangan.

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "



๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—ž: ๐—ช๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”PARIT RAJA, 29 Julai 2026 ...
29/07/2026

๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—ž: ๐—ช๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

PARIT RAJA, 29 Julai 2026 โ€“ Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Awam (MKKPUA), dengan kerjasama Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah menganjurkan Siri Safety Talk: Webinar Kepentingan Program Pengawasan Perubatan dan Memperkasa Kesihatan Pekerja sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai kepentingan pengawasan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Webinar ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Dinie Suhaili binti Damarji, Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) dari KPJ Batu Pahat Specialist Hospital, yang berkongsi pengetahuan dan pandangan berkaitan kepentingan Program Pengawasan Perubatan (Medical Surveillance Programme) dalam memantau dan mengenal pasti kesan pendedahan terhadap hazard pekerjaan kepada kesihatan pekerja.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi, institusi serta warga UTHM.

Semoga perkongsian ilmu dan kesedaran yang diperoleh melalui program ini dapat memperkukuh komitmen semua pihak dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa diberi keutamaan, seterusnya menyumbang kepada pembentukan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.

Info rakaman boleh dicapai dipautan berikut
https://youtu.be/leG0hYF4WKU

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "





๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ (๐—ž๐—ฉ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—šPARIT RAJA, 27 Julai 2026 - Pejabat OSHE telah...
27/07/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ (๐—ž๐—ฉ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š

PARIT RAJA, 27 Julai 2026 - Pejabat OSHE telah menerima kunjungan delegasi dari Kolej Vokasional Kluang seramai 9 orang yang diketuai oleh Ts. Mohd Isma bin Nor selaku Ketua Jaminan Kualiti pada Isnin, 27 Julai 2026. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memperoleh pendedahan serta berkongsi amalan terbaik berkaitan pengurusan KKP.

Lawatan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Kesidang, Aras 3, Pejabat Pendaftar. Perbincangan dimulakan dengan aluan Pengarah Pejabat OSHE, pengenalan kepada UTHM dan seterusnya perkongsian maklumat berkaitan KKP di UTHM.

Setelah itu, lawatan diteruskan dengan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar. Pengarah Pejabat OSHE merakamkan rasa berbesar hati dan terima kasih kepada pihak KV Kluang kerana sudi memilih Pejabat OSHE UTHM sebagai rakan strategik untuk sesi perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam hal ehwal keselamatan & kesihatan pekerjaan.

Pejabat OSHE berharap hubungan yang telah terjalin ini dapat dikekalkan dan diperkukuhkan dengan lebih perkongsian ilmu di masa hadapan.

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, ๐—๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ช๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ž๐—ฃ: ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ...
22/07/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

๐—๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ช๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ž๐—ฃ: ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Awam (MKKPUA) dengan kerjasama Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pejabat OSHE, UTHM), akan menganjurkan Siri Webinar KKP tersebut secara atas talian seperti perincian berikut:-

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚)

๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ

๐—ฃ๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป: ๐’‰๐’•๐’•๐’‘๐’”://๐’Ž๐’†๐’†๐’•.๐’ˆ๐’๐’๐’ˆ๐’๐’†.๐’„๐’๐’Ž/๐’•๐’—๐’ƒ-๐’ƒ๐’Š๐’…๐’”-๐’‡๐’Š๐’’

3. Sehubungan itu, sukacita tuan/puan dijemput untuk menghadiri sesi webinar tersebut. Penyertaan adalah percuma.

Sekian, terima kasih.

โ€œ ๐™Ž๐™–๐™›๐™š๐™ฉ๐™ฎ ๐™ž๐™จ ๐™€๐™ซ๐™š๐™ง๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™š'๐™จ ๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™—๐™ž๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ฎ "




Address

Occupational Safety, Health And Environment Office, Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6074537732

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat OSHE UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat OSHE UTHM:

Shortcuts

Share