Pusat Islam UTHM

Pusat Islam UTHM Pusat Islam UTHM bertanggungjawab di dalam menguruskan hal ehwal agama Islam di UTHM

Pusat Islam UTHM merupakan satu Pusat yang bertanggungjawab di dalam menguruskan hal ehwal agama Islam. Berdiri selaras dengan konsep misi universiti iaitu "Bertunjangkan konsep tauhid". Pusat Islam UTHM membantu pihak pengurusan universiti di dalam melahirkan teknokrat yang mempunyai asas dan pegangan agama yang kukuh.

17 Ogos 2026 I Pusat Islam UTHM menerima kunjungan 19 pelajar Yamawagi Gakuen High SchoolSeramai 19 pelajar Yamawaki Gak...
17/08/2026

17 Ogos 2026 I Pusat Islam UTHM menerima kunjungan 19 pelajar Yamawagi Gakuen High School

Seramai 19 pelajar Yamawaki Gakuen High School mengunjungi Pusat Islam dan Masjid Sultan Ibrahim UTHM dalam satu program Internasional Summer School Programme (ISSP) 2026 anjuran Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) UTHM. Pelajar disambut oleh Ustazah Zurina binti Shamsuddin@Muhamad wakil Pengarah Pusat Islam beserta staf Pusat Islam UTHM.

Pelajar Yamawaki telah diberikan taklimat mengenai sejarah dan rekabentuk Masjid Sultan Ibrahim UTHM. Mereka juga telah diberikan sepersalinan mengikut kaedah pemakaian menutup aurat melayu Islam dan dibawa melawat persekitaran masjid. Adalah menjadi harapan program seumpama ini dapat menanam minat dalam mempelajari kesyumulan Islam dan keunikan budaya melayu dalam mengamalkan ajaran Islam.

15/08/2026
ZIARAH SEKITAR MASJID NABAWI โ€“ MADINAH AL-MUNAWWARAH  | UMRAH HIKMAH UTHMAlhamdulillah, Jemaah Umrah Hikmah UTHM berkese...
15/08/2026

ZIARAH SEKITAR MASJID NABAWI โ€“ MADINAH AL-MUNAWWARAH | UMRAH HIKMAH UTHM

Alhamdulillah, Jemaah Umrah Hikmah UTHM berkesempatan menziarahi kawasan sekitar Masjid Nabawi di bumi Madinah Al-Munawwarah yang penuh keberkatan.

Ziarah ini bukan sekadar mengunjungi tempat bersejarah, tetapi menjadi ruang untuk jemaah menghayati sirah perjuangan Rasulullah SAW, menambah ilmu serta menyemai rasa cinta yang lebih mendalam terhadap agama.

Antara lokasi yang diziarahi ialah Masjid Nabawi dan Masjid Ghamamah, yang menyimpan pelbagai kisah dan sejarah yang penuh dengan ibrah buat umat Islam.

Buat yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci, semoga Allah SWT menjemput kembali sebagai tetamu-Nya.

Buat yang masih belum berkesempatan, semoga Allah SWT melapangkan rezeki dan memberikan peluang untuk menunaikan Umrah serta merasai sendiri kemanisan beribadah di Tanah Suci.

Allahumma Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin.

Makan Tengah Hari Sebelum Meneruskan Perjalanan ke Madinah ๐Ÿฝ๏ธ๐Ÿ•ŒJemaah Umrah Hikmah UTHM telah menikmati makan tengah hari...
15/08/2026

Makan Tengah Hari Sebelum Meneruskan Perjalanan ke Madinah ๐Ÿฝ๏ธ๐Ÿ•Œ

Jemaah Umrah Hikmah UTHM telah menikmati makan tengah hari di Hisnul Qaryah, Taif, sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Madinah Al-Munawwarah.

Perjalanan diteruskan dengan menaiki Haramain High Speed Railway menuju ke Kota Nabi ๏ทบ.

Alhamdulillah jemaah telah pun selamat tiba di Madinah Al-Munawwarah. โค๏ธ

15/08/2026

Rezeki yang dikongsi, insya-Allah jadi bekalan akhirat.

Alhamdulillah, jemaah Umrah Hikmah UTHM berkesempatan melaksanakan Infaq Sabil di bumi Makkah.
Walaupun mungkin kecil pada pandangan kita, semoga setiap pemberian menjadi amal yang besar nilainya di sisi Allah SWT. ๐Ÿค
Semoga Allah menerima setiap infaq, melipatgandakan ganjarannya dan menjadikan ia asbab keberkatan buat semua yang terlibat.
Di bumi yang mulia, kita belajar bahawa rezeki bukan hanya untuk dinikmati โ€” tetapi juga untuk dikongsi.

๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐–๐š๐ก๐ฒ๐ฎ ๐๐ข ๐Œ๐ฎ๐ณ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐–๐š๐ก๐ฒ๐ฎ, ๐Œ๐š๐ค๐ค๐š๐ก | ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐‡๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ก ๐”๐“๐‡๐Œ (๐Ÿ”-๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)Alhamdulillah, jemaah Umrah Hikmah ...
15/08/2026

๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐–๐š๐ก๐ฒ๐ฎ ๐๐ข ๐Œ๐ฎ๐ณ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐–๐š๐ก๐ฒ๐ฎ, ๐Œ๐š๐ค๐ค๐š๐ก | ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐‡๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ก ๐”๐“๐‡๐Œ (๐Ÿ”-๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)

Alhamdulillah, jemaah Umrah Hikmah UTHM berkesempatan menziarahi Muzium Wahyu di Makkah.

Satu pengalaman yang cukup bermakna apabila jemaah dapat mengenali dengan lebih dekat sejarah wahyu, perjalanan dakwah Rasulullah ๏ทบ serta kisah-kisah yang mengingatkan kita tentang besarnya perjuangan Islam.

Semoga setiap langkah perjalanan ini dipenuhi ilmu, hikmah dan keberkatan.

15/08/2026

Ziarah Wadi D Fajr bersama Umrah Hikmah UTHM (Ogos 2026)

Address

Masjid UTHM
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074533351

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Islam UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share