Puteri UMNO Bahagian Sri Gading

Puteri UMNO Bahagian Sri Gading Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sri Gading

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kemenangan Barisan Nasional di kedua-dua DUN Parit Raja dan DUN Parit Yaa...
13/07/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kemenangan Barisan Nasional di kedua-dua DUN Parit Raja dan DUN Parit Yaani.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera. Terutamanya Pegawai, Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian Sri Gading, Ketua Puteri Cawangan Cawangan serta jentera IT yang telah bertungkus-lumus, siang dan malam, menyumbang tenaga, masa serta kepakaran sepanjang gerak kerja pilihan raya. Segala usaha, komitmen dan pengorbanan anda amat bermakna dalam memastikan setiap maklumat disampaikan dengan pantas dan tepat.

Kemenangan ini adalah hasil usaha bersama seluruh pasukan. Semoga semangat kebersamaan ini terus dikekalkan demi berkhidmat kepada rakyat dan membawa yang terbaik untuk Parit Raja serta Parit Yaani.

Saya mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah dan silap selama kita bekerjasama.

Sekali lagi, Tahniah dan syabas kepada semua. Perjuangan ini kita teruskan untuk memenangkan kerusi P149 SRI GADING pada PRU 16 akan datang! 💙

Salam Perjuangan
Haryani Sukarman

05/07/2026

💙 PROGRAM JR DIGITAL 💙

Alhamdulillah, Program JR Digital telah berlangsung dengan jayanya pagi ini di Dewan Kampung Seri Dalam.

Terima kasih kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang telah hadir serta memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan kemahiran digital serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin kepada generasi muda yang lebih celik digital, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Terima kasih atas sokongan semua. 💙

01/07/2026

Jangan lupa undi Barisan Nasional. Calon No.1 Najib Samuri untuk N21 Parit Yaani



Tahniah kepada calon-calon Barisan Nasional Sri Gading! 💙N21 Parit Yaani | N22 Parit Raja✅ Kami tengok rekod.✅ Kami teng...
25/06/2026

Tahniah kepada calon-calon Barisan Nasional Sri Gading! 💙

N21 Parit Yaani | N22 Parit Raja

✅ Kami tengok rekod.
✅ Kami tengok kerja.
✅ Kami tengok hasil.

Maju Johor. Kestabilan Dikekalkan. Kemajuan Diteruskan.
Najib Samuri Rashidah Ramli



PUTERI SRI GADING GESA SIASAT DATO' PUAD ZAKARSHIPuteri UMNO Bahagian Sri Gading hari ini telah membuat satu laporan pol...
25/06/2026

PUTERI SRI GADING GESA SIASAT DATO' PUAD ZAKARSHI

Puteri UMNO Bahagian Sri Gading hari ini telah membuat satu laporan polis bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap kenyataan Dato' Puad Zakarshi yang didakwa mengandungi unsur fitnah serta boleh mengelirukan masyarakat.

Dakwaan bahawa UMNO Johor dikawal oleh Institusi Diraja adalah satu tuduhan yang serius. Hakikatnya, pembubaran Dewan Negeri Johor telah dilaksanakan mengikut proses yang diperuntukkan di bawah Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, termasuk mendapat titah perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri Johor.

Institusi Diraja hendaklah dihormati dan tidak wajar dijadikan bahan polemik atau dikaitkan dengan agenda politik yang boleh mengelirukan rakyat.

Kami menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan secara adil, telus dan mengikut lunas undang-undang.

Daulat Tuanku. Hormati Perlembagaan. Pertahankan Kedaulatan Institusi Diraja.


Setinggi-tinggi Tahniah kepada Datuk Ketua UMNO Bahagian Sri Gading Encik Lassim Burhan diatas Anugerah Pingat Sultan Ib...
21/06/2026

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Datuk Ketua UMNO Bahagian Sri Gading Encik Lassim Burhan diatas Anugerah Pingat Sultan Ibrahim Darjah ke-2 daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Semoga terus berjaya!

Ikhlas dari
Seluruh kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Sri Gading
Haryani Sukarman

16/06/2026

JOM AI-CHA DI TONGKANG PECHAH!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati 1,000 ais krim PERCUMA dan 1,000 cawan lemon PERCUMA daripada Ai-CHA Ice Cream & Tea!

📅 Tarikh : 17 Jun 2026
🕚 Masa : Bermula jam 11.00 pagi

Datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan. Siapa cepat, dia dapat!

————————————

来东甲北(Tongkang Pechah)一起喝 Ai-CHA 吧!

千万别错过这次机会,享受 Ai-CHA Ice Cream & Tea 送出的 1,000份免费冰淇淋 和 1,000杯免费柠檬饮料!

📅 日期: 2026年6月17日
🕚 时间: 上午11时开始

欢迎携同家人和朋友一起来参与!先到先得,送完为止!

INSPIRASI KITA


Terima Kasih Datuk Encik Lassim Burhan dan Datuk Najib Samuri sudi hadir ke Taklimat IT kami 🫶🏼
14/06/2026

Terima Kasih Datuk Encik Lassim Burhan dan Datuk Najib Samuri sudi hadir ke Taklimat IT kami 🫶🏼

06/06/2026

Address

Parit Raja

Telephone

+6074542678

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri UMNO Bahagian Sri Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share