Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Sulong

Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Sulong Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Sulong, Johor.

Judi ; salah satu perbuatan yang undang banyak kerosakan. Bermula dengan sedikit, lama-lama jadi ketagihan.
15/08/2026

Judi ; salah satu perbuatan yang undang banyak kerosakan. Bermula dengan sedikit, lama-lama jadi ketagihan.

SOKONG USAHA MENGEKANG PERJUDIAN DEMI MELINDUNGI MASYARAKAT DAN INSTITUSI KELUARGA

Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian dan kesungguhan mengambil langkah melalui saluran perundangan dalam usaha mengekang kegiatan perjudian.

Walaupun keputusan Mahkamah tidak memihak kepada Kerajaan Negeri, Dewan Muslimat PAS Malaysia berpandangan bahawa usaha membendung kemudaratan akibat perjudian tidak seharusnya terhenti di sini. Sebaliknya, segala ruang dan pendekatan yang sah di sisi undang-undang perlu terus diterokai bagi memastikan dasar dan polisi yang dilaksanakan sentiasa mengambil kira prinsip patuh syariah serta kemaslahatan masyarakat.

Perjudian bukan sekadar isu hiburan atau pilihan individu. Kesan buruknya boleh merebak kepada institusi keluarga dan masyarakat. Ketagihan perjudian berpotensi membawa kepada masalah kewangan, keretakan rumah tangga, pengabaian tanggungjawab serta pelbagai masalah sosial yang akhirnya memberi kesan kepada generasi akan datang.

Dewan Muslimat PAS Malaysia menegaskan bahawa usaha melindungi institusi keluarga daripada ancaman perjudian merupakan tanggungjawab bersama. Kerajaan, masyarakat sivil, institusi agama, pertubuhan masyarakat dan seluruh rakyat perlu menggembeleng tenaga bagi membina persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk keluarga serta generasi muda.

Dalam hal ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru agar semua pihak memberikan sokongan terhadap segala usaha yang munasabah, berperlembagaan dan berlandaskan undang-undang untuk mengekang perjudian serta mengurangkan kemudaratannya kepada masyarakat.

Kita mungkin berbeza pandangan dalam banyak perkara, namun dalam usaha mempertahankan institusi keluarga dan melindungi masyarakat daripada kemudaratan perjudian, marilah kita bersatu hati dan berganding bahu.

Dewan Muslimat PAS Malaysia akan terus menyokong usaha yang membawa kepada pengukuhan institusi keluarga, pemeliharaan akhlak masyarakat dan pembentukan generasi yang lebih sejahtera.

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
13 Ogos 2026 bersamaan 29 Safar 1448-H

โ€œMisi hari ni: ziarah Isaac have done! ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป๐Ÿ’™"Kononnya nak datang tengok babyโ€ฆ sekali yang terlebih excited, orang dewasa p...
08/08/2026

โ€œMisi hari ni: ziarah Isaac have done! ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป๐Ÿ’™"
Kononnya nak datang tengok babyโ€ฆ sekali yang terlebih excited, orang dewasa p**a ๐Ÿ˜‚

Amboiii Isaac.. seronok tidur.. kami berborak bersembang bagai riuh sekampung pun tak sedar ya.. Kata ibu,Isaac penat berjaga shift malam.. hihi... tapi xpe, tidur2 pun, yang penting Isaac tetap jadi superstar hari ni! ๐Ÿฅฐโœจ

Kecil-kecil lagi dah ramai yang sayang. Semoga Isaac membesar sihat, jadi anak yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’™

Welcome to the world, Isaac! ๐Ÿผโœจ
Nanti dah besar, semoga Jadi insan yang sentiasa bermanfaat kepada Ummah ya..

Yang penting, terima kasih sebab hidangkan kami kuih yang sedap.. susah2 je.. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜˜๐Ÿ’•


LIQA' HARAKI PAS PUSATHari ini AJK Dewan Muslimat PAS Pusat seperti biasa menghadiri program wajib PAS pusat. Pembentang...
08/08/2026

LIQA' HARAKI PAS PUSAT

Hari ini AJK Dewan Muslimat PAS Pusat seperti biasa menghadiri program wajib PAS pusat. Pembentangan kertas kerja pertama hari ini oleh YB Datuk Ustaz Idris Haji Ahmad, Naib Presiden PAS. dan pembentangan kertas kerja kedua p**a oleh YB Tan Seri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Banyak intipati dan input yang berkait rapat dengan keadaan dunia kini. Semoga segala input dapat dibawa p**ang dan membantu masyarakat.



Tahniah YB
08/08/2026

Tahniah YB

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Ustaz Mohd Fairuz bin Haji Mohd Isa atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (EXCO).

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta mempermudahkan segala urusan beliau dalam menggalas tanggungjawab demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

Kami mendoakan agar YB Ustaz Mohd Fairuz terus istiqamah berkhidmat, diberi keberkatan dalam setiap usaha serta dipimpin dengan taufik dan hidayah Allah SWT.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah. Aamiin.

03/08/2026

Pelancaran Muslimat Riders Club ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ’š

Muktamar Muslimat PAS Negeri Johor Kali Ke-38 menyaksikan muslimat tampil bermotosikal dengan penuh semangat dan keberanian!

Bukan sekadar konvoi, tetapi wadah silaturahim, dakwah dan perjuangan.

Semoga Muslimat Riders Club terus berkembang menjadi medan penyatuan dan kekuatan muslimat seluruh Malaysia. ๐Ÿ’š


"Memperkukuh Saf, Menjulang Syiar Islam"Pagi tadi, hampir 250 Muslimat dari seluruh Johor berhimpun di Kompleks PAS Batu...
03/08/2026

"Memperkukuh Saf, Menjulang Syiar Islam"

Pagi tadi, hampir 250 Muslimat dari seluruh Johor berhimpun di Kompleks PAS Batu Pahat, Sungai Tongkang, Rengit bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor Kali Ke-38.

Mesyuarat kali ini hadir dengan makna yang cukup mendalam. Ia menjadi ruang untuk kita bermuhasabah terhadap gerak kerja sepanjang setahun yang lalu, termasuk pengorbanan besar seluruh jentera Muslimat dalam Pilihan Raya Negeri Johor. Walaupun keputusan belum memihak kepada kita, perjuangan ini tidak pernah terhenti pada satu keputusan. Setiap langkah yang diambil dengan penuh keikhlasan adalah sebahagian daripada ibadah dan amanah.

Perkembangan dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan yang berakhir semalam turut menjadi suntikan semangat bahawa setiap usaha mempunyai hikmah dan waktunya. Yang penting, kita terus memperkukuhkan saf, memperbaiki gerak kerja dan melangkah dengan lebih yakin.

Dalam ucapan perasmian, Yang Berbahagia Datuk Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Tuan Guru Datuk Dr. Haji Mahfodz bin Mohamed mengingatkan bahawa kekuatan jemaah terletak pada keikhlasan, kesatuan hati dan istiqamah dalam memikul amanah.

Semoga Mesyuarat Agung kali ini menjadi titik tolak untuk kita terus melangkah dengan tekad yang lebih utuh, ukhuwah yang lebih erat dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur.



01/08/2026

MasyaAllah, demi alif, ba' dan ta' ๐Ÿ‘

ุง - agama
ุจ - bangsa
ุช - tanah air

14/07/2026

Mano poie deh org Pilah? Kona tak Ummi nia? Timo kasih la pinjam an Ummi ko Paghit Sulong kojap aghitu..Sey dongan kengkawan ghaso kagum dongan kuek eh somangat Ummi ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Bukan acik biasa ya, Ummi dalam usia 72 tahun masih gigih drive dari nismilan ke Parit Sulong utk bantu gerak kerja jemaah di sini. Moga sihat selalu Ummi!
***
Apa agaknya yg Ummi share tu? Nak tahu tips kesihatan yg Ummi share, komen SAMBUNG PART 2 ๐Ÿคญ

04/07/2026

Rupa-rupanya, lebih 15,000 pengundi Sri Medan terdiri daripada golongan berusia 18 hingga 40 tahun!

Generasi muda bukan lagi sekadar pelapis, tetapi antara kelompok terbesar yang membentuk masa depan Sri Medan hari ini.

Sebagai calon yang ingin membawa suara rakyat, saya ingin mendengar sendiri pandangan anda. Apakah isu yang paling dekat dengan golongan muda di Sri Medan?

---

N18 Sri Medan, undilah calon nombor 1, Ustaz Rosdi

"Jom Jaga Sri Medan"
"Jom Jaga Johor"




Address

Parit Sulong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Sulong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share