19/07/2026
JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT KELUARGA HAJI ABU HANIPAH & HAJAH HAMSIAH MAT JIDIN
18 Julai 2026 | Masjid As-Salam, Kampung Bukit Chupak
Parit, 18 Julai 2026 – Ketua Polis Balai Parit, SM Noreffendy bin Mohd Noor bersama anggota Balai Polis Parit telah menghadiri Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat Keluarga Haji Abu Hanipah & Hajah Hamsiah Mat Jidin yang berlangsung di Masjid As-Salam, Kampung Bukit Chupak.
Majlis turut dihadiri oleh YB Khairudin bin Haji Abu Hanipah (AMP, PPT), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Supt Hafezul Helmi bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, DSP Aizuddin bin Jamaludin, Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, YBhg. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria, Ketua Bahagian UMNO Parit, ASP Ahmad Nasrul bin Abd Rashid, KCKD IPD Perak Tengah, ketua-ketua kampung sekitar Parit serta para jemputan.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yaasin dan doa selamat, seterusnya solat Isyak berjemaah sebelum diteruskan dengan jamuan makan.
Kehadiran warga Balai Polis Parit dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam mengeratkan hubungan silaturahim bersama pemimpin dan masyarakat setempat di samping menyokong program-program kemasyarakatan yang membawa manfaat kepada komuniti.
Program telah berlangsung dengan lancar, teratur dan selesai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.