10/08/2026
Setinggi-Tinggi Penghargaan dan Terima Kasih Diucapkan Kepada
JBPM Pasir Gudang
Pasukan PPDA Johor
ASP Mat Nawi serta seluruh Anggota Balai Scientex & IPD Seri Alam
Pejabat Parlimen Pasir Gudang
Pasukan Bomba Sukarela Austin
Ketua-ketua masyarakat Taman Scientex
Terima kasih kerana bersama menggalas amanah yang berat ini. Ada yang menyelusuri air dalam keheningan malam, ada yang mengawal keadaan di tengah lautan manusia, ada yang berdiri tanpa jemu demi memudahkan tugas mereka yang bertungkus-lumus mencari dan menyelamat.
Malam itu mengajar kita bahawa sebuah masyarakat tidak diukur pada ramainya manusia, tetapi pada eratnya hati yang saling memegang ketika musibah datang menyapa.
Semoga setiap langkah yang diambil, setiap titis peluh yang gugur, setiap doa yang dibisikkan, dicatat sebagai amal yang tidak pernah hilang di sisi Allah.
Buat keluarga Allahyarham Adik Adam dan Adik Haikal, semoga Allah mengurniakan kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang. Sesungguhnya mereka tidak pergi sendirian mereka pergi diiringi air mata, doa, dan kasih seluruh masyarakat yang turut berduka.
Al-Fatihah buat dua permata kecil syurga.
10 Ogos 2026
巴西古当消防与拯救局(JBPM Pasir Gudang)
柔佛州水上搜救潜水队(PPDA Johor)
ASP Mat Nawi 以及 Scientex 警局与 Seri Alam 警区总部全体警员
巴西古当国会议员服务中心
Austin 义务消防队
Scientex 花园各社区领袖
衷心感谢大家 起扛起这份沉重的责任。有人在寂静的夜里涉水搜寻,有人在茫茫人海中维持秩序,也有人不知疲倦地守在现场,只为了让奋力展开搜救的人能够更顺利完成任务。
那. 夜让我们明白,个社区的价值,不在于人数有多少,而在于灾难来临时,彼此紧握的那份心。
愿每 步付出、每 滴汗水、每 句轻声的祈祷,都被真主记录为永不失落的善行。
致已故 Adam 弟弟与 Haikal 弟弟的家属,愿真主赐予你们力量,陪伴你们走过接下来的日子。他们并不是孤单离开,而是在泪水、祈祷,以及整个社区共同的关爱与哀思中离去。
愿两位天堂的小天使安息。