PAS Cwg Scientex Pelanduk

PAS Cwg Scientex Pelanduk Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Cwg Scientex Pelanduk, Political organisation, Jalan Kedidi 28, Pasir Gudang.

Laman Info Rasmi PAS Cawangan Taman Scientex [N43 Permas & P159 Pasir Gudang]

Memaparkan apa-apa program/perkembangan/isu semasa berkaitan Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Malaysia

KENAPA SAYA BIDA TONGKAT AYAH CHIK, TAN SRI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG?(Yang Penting saya tak bida Teddy Bear Terec...
24/08/2026

KENAPA SAYA BIDA TONGKAT AYAH CHIK, TAN SRI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG?
(Yang Penting saya tak bida Teddy Bear Tereca PoKoK sampai 10k) huhu
Bukan kerana nilai sebuah tongkat, dan bukan kerana taksub kepada manusia.
Tetapi kerana ia akan menjadi kenangan dan peringatan sepanjang hidup saya.
Malam tadi menjadi antara momen terindah buat saya, dapat berada dekat dengan seorang murabbi, serta dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada perjuangan PAS Melaka dan PAS Malaysia.
Namun yang paling penting, tongkat ini menjadi INGATAN KERAS kepada diri saya sendiri:
Hari ini kita masih kuat, masih mampu berjalan, mampu mendaki puncak tertinggi, mampu berlari 50KM, mampu berkayuh keliling dunia, bekerja dan berjuang.
Tetapi kekuatan itu tidak akan kekal selamanya. Jika Allah panjangkan usia, suatu hari nanti saya juga akan tua dan mungkin akan bertongkat.
Allah SWT berfirman:
وَمَن نُّعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِى ٱلْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ
“Dan barang siapa Kami panjangkan umurnya, nescaya Kami kembalikan dia kepada keadaan lemah.”
— Surah Yasin, 36:68
Justeru, selagi Allah beri usia dan kudrat, berjuanglah walau di mana kita berada. Jangan tunggu sehingga kita sudah tidak mampu.
Tiada perasaan taksub kepada makhluk Allah. Penghormatan tertinggi kita kepada manusia hanyalah kepada junjungan besar Baginda Rasulullah ﷺ.
Dan ada satu makna peribadi yang saya jadikan ingatan daripada nilai RM16,500:
1 — Ihsan
6 — Iman
5 — Islam
00 — akhirnya dunia kita tinggalkan tanpa membawa apa-apa.
Bukan tafsiran agama terhadap angka, sekadar simbol untuk mengingatkan diri agar menjaga Islam, Iman dan Ihsan hingga akhir hayat.
Kerana akhirnya…
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍۢ
“Segala yang ada di bumi itu akan binasa.”
— Surah Ar-Rahman, 55:26
Alhamdulillah. Terima kasih semua.
Sebuah tongkat, sebuah kenangan, tetapi membawa peringatan untuk sepanjang kehidupan.
Insya-Allah kita jumpa di Muktamar PAS 2026 di Kelantan. Selagi ada usia, selagi ada kudrat, teruskan berjuang.
Allahu Akbar!
Tuk Qobin

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Kedah untuk membatalkan lesen judi.Kerajaan Kedah telah berusaha memart...
13/08/2026

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Kedah untuk membatalkan lesen judi.

Kerajaan Kedah telah berusaha memartabatkan Syariat agama. Tanggungjawab kita ? Tepuk dada tanya Iman.

Tahniah kepada YB Ustaz Fairuz Isa, ADUN Serting,  Pesuruhjaya PAS, juga AJK Dewan Ulamak PAS Pusat serta YB Datuk Razal...
07/08/2026

Tahniah kepada YB Ustaz Fairuz Isa, ADUN Serting, Pesuruhjaya PAS, juga AJK Dewan Ulamak PAS Pusat serta YB Datuk Razali Abu Samah, ADUN Sikamat, atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan mewakili Perikatan Nasional (PN).
Semoga Allah SWT mengurniakan taufiq dan kebijaksaan dalam melaksanakan tanggungjawab, serta menjadikan amanah ini sebagai medan untuk memperkukuh kebajikan rakyat, menegakkan keadilan dan mensejahterakan negeri
سِيْرُوا عَلَى بَرَكَةِ اللَّهِ

MENILAI PAS DENGAN ADILSaya membaca satu tulisan yang menyatakan pendirian kenapa beliau menolak PAS. Saya tidak mahu ny...
05/08/2026

MENILAI PAS DENGAN ADIL

Saya membaca satu tulisan yang menyatakan pendirian kenapa beliau menolak PAS. Saya tidak mahu nyatakan siapa penulisnya, atau melampirkan tulisannya di sini kerana saya masih menjaga ukhuwwah.
Namun tulisan itu akan saya jawab, dan jawapannya diharapkan bermanfaat untuk semua.
Sejujurnya, saya menghormati hak setiap orang untuk berijtihad dalam membuat pilihan politik.
PAS sendiri tidak pernah mengajar bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS pasti berdosa atau terkeluar daripada Islam.
Tetapi saya ingin mengulas beberapa perkara.

1️⃣ PERTAMA,
Penulis membina satu premis yang sebenarnya tidak pernah menjadi pegangan rasmi PAS, iaitu kononnya menyokong PAS sama seperti menyokong Islam, dan menolak PAS sama seperti menolak Islam.
Hakikatnya, PAS hanyalah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.
PAS bukan agama. PAS bukan wahyu. PAS juga bukan maksum. Ahli dan pemimpinnya boleh betul dan boleh tersilap. Perkara ini telah disebut berkali-kali oleh pimpinan PAS sendiri.

2️⃣ KEDUA,
Penulis menyebut seolah-olah fatwa berubah mengikut kepentingan politik.
Kalau benar ada individu yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat, kritiklah individu tersebut dengan fakta. Tetapi jangan menghukum keseluruhan sebuah jemaah yang berusia lebih 70 tahun hanya kerana beberapa petikan yang dipetik di luar konteks atau berdasarkan persepsi.
Dalam fiqh siyasah, perubahan ijtihad mengikut perubahan fakta, keadaan dan maslahah bukanlah sesuatu yang asing.
Para sahabat sendiri berbeza pandangan dalam banyak isu politik dan pentadbiran tanpa menuduh antara satu sama lain memperdagangkan agama.

3️⃣ KETIGA,
Penulis mendakwa agama diperalatkan untuk politik.
Persoalannya, adakah memperjuangkan pengharaman judi, mengehadkan penjualan arak, memperkasakan Mahkamah Syariah, mempertahankan institusi keluarga, menolak normalisasi LGBT, memperjuangkan pendidikan Islam, mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan menentang rasuah itu menggunakan agama untuk politik, atau membawa nilai agama ke dalam politik?
Bukankah politik sememangnya perlu dipandu oleh agama dan akhlak?
Kalau agama tidak boleh memandu politik, apakah yang akan memandu politik? Nafsu? Pop**ariti? Undi?

4️⃣ KEEMPAT,
Penulis membangkitkan soal taksub kepada ulama.
Saya bersetuju.
Taksub kepada sesiapa pun adalah salah.
Tetapi jangan p**a kerana menolak ketaksuban, kita akhirnya menolak peranan ulama dalam memandu masyarakat. Islam sentiasa meletakkan ulama sebagai pewaris para nabi, bukan untuk ditaati secara membuta tuli, tetapi dihormati kerana ilmu mereka.
PAS tidak pernah mengajar bahawa pandangan Presiden atau Majlis Syura adalah wahyu.
Keputusan mereka adalah ijtihad yang boleh dipersetujui atau dibahaskan melalui adab dan disiplin ilmu.

5️⃣ KELIMA,
Penulis banyak menilai PAS melalui kelemahan sebahagian penyokong.
Kalau itu kaedahnya, semua parti politik akan gagal.
Dalam setiap parti ada penyokong yang emosional, kasar dan melampau. Itu bukan ukuran terhadap dasar parti.
Kita menilai parti berdasarkan dasar, rekod perjuangan, polisi dan tindakan rasminya, bukan semata-mata perangai sebahagian pengikut di media sosial.

Akhir sekali.
Saya juga tidak meminta sesiapa masuk PAS kerana takut kepada manusia.
Saya juga tidak meminta sesiapa mengundi PAS kerana ingin dilihat lebih Islam.
Tetapi saya mengajak masyarakat menilai PAS secara adil.
Lihat dasar perjuangannya.
Lihat konsistensinya mempertahankan Islam dan Melayu sejak 1951.
Lihat pengorbanan ribuan ahlinya yang dipenjara, dibuang kerja, ditahan ISA dan difitnah demi mempertahankan prinsip yang mereka yakini.
Kalau akhirnya seseorang memilih parti lain setelah menilai dengan jujur, itu haknya.
Tetapi janganlah membina keputusan atas gambaran bahawa PAS menjadikan dirinya agama atau mengajar ketaatan membuta tuli kepada manusia.

Islam lebih besar daripada PAS.
Benar.
Tetapi itu tidak bermaksud PAS tidak boleh menjadi salah satu wasilah untuk memperjuangkan Islam dalam ruang demokrasi.

Semoga Allah membimbing kita semua kepada kebenaran, mengurniakan keikhlasan dalam berijtihad, dan menjauhkan kita daripada menghukum dengan persepsi yang tidak adil.

Dan akhir sekali, Tan Sri Tuan Guru Presiden telah menerbitkan Tafsir At-Tibyan (satu tafsir lengkap, yang akan menjadi antara legasi ulung ulama’ Tanah Melayu).
Saya cadangkan belilah tafsir tersebut, dan kajilah. Kalau ada, tunjukkanlah tafsiran Tuan Guru di dalamnya bertentangan dengan Islam.
Kalau tiada, berhentilah menyatakan bahawa PAS mentafsir Islam mengikut hawa nafsu.

Credit : DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

YB Tuan Guru Presiden PAS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan khusus berkait PRN Melaka setakat ini. Sebaran di bawah ...
04/08/2026

YB Tuan Guru Presiden PAS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan khusus berkait PRN Melaka setakat ini.
Sebaran di bawah hanyalah akan membawa salah faham terhadap ucapan beliau di malam pengumuman keputusan PRN N9 empat hari lepas.
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Pautan https://www.facebook.com/share/p/1DW76WhDJw/?mibextid=wwXIfr
credit : Fadhli Shaari

Ya Allah semoga bumi Melaka terus menghijau dengan subur😭.. Amin 🤲🏻

Berkaca air mata saat ini, Terima Kasih Murabbi . Insan ni banyak diperlekeh dihina , namun Allah tetap menjaganya.Sekal...
02/08/2026

Berkaca air mata saat ini, Terima Kasih Murabbi . Insan ni banyak diperlekeh dihina , namun Allah tetap menjaganya.

Sekali strateginya masuk PRN membawa gelombang Amat luar biasa di N9. Terima Kasih Murabbi.

Alhamdulillah...Semoga kepimpinan baharu N.9 dipandu Allah dalam ketaqwaan membawa Amanah Agama, Rakyat dan Ummah dengan...
01/08/2026

Alhamdulillah...
Semoga kepimpinan baharu N.9 dipandu Allah dalam ketaqwaan membawa Amanah Agama, Rakyat dan Ummah dengan kebaikan, keadilan, kejujuran.
Sentiasalah memohon pertunjukNya dan taatlah padaNya.

Empat Pemimpin Yang Mesti Dijauhi=====Berdasarkan hadis Rasulullah, terdapat sekurang-kurangnya empat pemimpin yang mest...
01/08/2026

Empat Pemimpin Yang Mesti Dijauhi
=====
Berdasarkan hadis Rasulullah, terdapat sekurang-kurangnya empat pemimpin yang mesti dijauhi iaitu:

1. Pemimpin yang s**a berbohong dan gemar menaburkan janji-janji palsu mestilah dijauhi. Dalam hadis Rasulullah mengecam pemimpin yang menipu rakyatnya. Sabda Rasulullah:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

“Tidak ada seorang hamba yang diberikan tanggungjawab untuk memelihara rakyat sedangkan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan baginya syurga.” (HR al-Bukhari)

2. Pemimpin yang makan rasuah mesti ditolak. Rasulullah melaknat pemimpin yang memakan rasuah. Dosa mengambil rasuah dikategorikan sebagai dosa besar lalu bagaimana boleh kita memilih pemimpin yang jelas melakukan dosa besar. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

“Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah” (HR Abu Daud)

3. Pemimpin yang berfikiran liberal yang mempertikaikan syariat Islam mestilah ditolak. Dalam hadis, Rasulullah membayangkan mengenai kemunculan kepimpinan yang menolak sunnah Rasulullah. Sabda Rasulullah:

وَمَا إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ؟، قَالَ: "أُمَرَاءُ يَكُونُونَ بَعْدِي، لَا يَقْتَدُونَ بِهَدْيِي، وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي

“(Ka’b bertanya): Wahai Rasulullah, apakah itu kepemimpinan orang yang bodoh? Rasulullah menjelaskan: (iaitu) Para pemimpin yang muncul selepas dariku, tetapi mereka tidak menggunakan petunjukku, dan mereka tidak mengamalkan sunnahku.” (HR Ahmad)

4. Pemimpin yang menyusahkan urusan rakyat mestilah dijauhi. Rasulullah pernah mendoakan ancaman buat pemimpin yang menyusahkan rakyat. Sabda Rasulullah:

اللهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ، فَاشْقُقْ عَلَيْهِ

Wahai Tuhanku, barangsiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku ini lalu dia menyusahkan urusan umatku, maka susahkanlah (urusan) mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Dengan nama Allah. Menegakkan kebenaran terhadap kaki fitnah dan punca sifat rasis telah bermula.
28/07/2026

Dengan nama Allah.

Menegakkan kebenaran terhadap kaki fitnah dan punca sifat rasis telah bermula.

Address

Jalan Kedidi 28
Pasir Gudang
81700

Telephone

0139862009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cwg Scientex Pelanduk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share