PDRM PASIR MAS

PDRM PASIR MAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PDRM PASIR MAS, Law enforcement agency, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Pasir Mas.
(5)

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
Media rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas
Menyalurkan informasi terkini berkaitan aktiviti, isu semasa dan berita mengenai PDRM.

15/08/2026

🔵 SEKALUNG TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT.

Seluruh warga kerja IPD Pasir Mas merakamkan ucapan tahniah kepada YDH DSP Mohd Zailal bin Wasubri, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) atas kenaikan pangkat ke SUPERINTENDANT OF POLICE (Supt.) sekaligus menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas.

Semoga YDH Tuan meneruskan legasi kecemerlangan sekaligus memacu hala tuju PDRM Pasir Mas kearah yang lebih cemerlang.

15/08/2026

⚠️ 3 WARGA ROHINGYA DITAHAN DALAM OP MABUK BSPTD MALAM TADI.

14 Ogos 2026 (Jumaat) - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) telah melaksanakan Op Mabuk di jalan Pasir Mas - Tanah Merah malam tadi bagi mengesan pengguna jalanraya yang memandu dibawah pengaruh alkhohol (arak) dan penyalahgunaan dadah.

Dalam operasi yang dilaksanakan, sebanyak 24 saman diisu atas pelbagai pelanggaran peraturan jalanraya serta tangkapan keatas 3 warga Rohingya yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan bas ekspress setelah pemeriksaan mendapati ketiga-tiga suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Tangkapan kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

13/08/2026

🔵 13 OGOS 2026 (KHAMIS) - SOROTAN VIDEO MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA POLIS BALAI, BALAI POLIS BUNUT SUSU YANG BERLANGSUNG PAGI TADI.

🔵 KUNJUNG HORMAT DELEGASI PENUGASAN "OP MERPATI" DARIPADA BATALION 21 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (21 RAMD) KEPADA KETUA...
13/08/2026

🔵 KUNJUNG HORMAT DELEGASI PENUGASAN "OP MERPATI" DARIPADA BATALION 21 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (21 RAMD) KEPADA KETUA POLIS DAERAH PASIR MAS.

13 Ogos 2026 (Khamis) - Pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas telah berlangsung satu kunjung hormat oleh Delegasi penugasan "Op Merpati" daripada Batalion 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) kepada Ketua Polis Daerah Pasir Mas, YDH ACP Mazlan bin Hassan. Delegasi kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Leftenan Kolonel Adi Mustapha bin Arifin , Pegawai Memerintah Markas Tektikal Batalion 21 RAMD, Ayer Lanas bersama 2 Pegawai dan anggota dari 21 RAMD.

Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan sempadan. Pertemuan tersebut turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan kerjasama dan koordinasi antara PDRM dan ATM khususnya dalam aspek perkongsian maklumat, pemantauan kawasan sempadan serta tindakan bersama dalam menangani sebarang ancaman keselamatan melibatkan kawasan Operasi Merpati dibawah tanggungjawab ATM.

Kerjasama erat antara kedua-dua agensi amat penting bagi memastikan keselamatan kawasan sempadan sentiasa terpelihara demi kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara.

🔵 KETUA POLIS DAERAH SAKSI SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA POLIS BALAI, BALAI POLIS BUNUT SUSU.13 Ogos 2026 (Khamis) - ...
13/08/2026

🔵 KETUA POLIS DAERAH SAKSI SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA POLIS BALAI, BALAI POLIS BUNUT SUSU.

13 Ogos 2026 (Khamis) - Pagi ini bertempat di Dewan Ketua Polis Negara, IPD Pasir Mas telah berlangsungnya majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Ketua Polis Balai, Balai Polis Bunut Susu. DSP Iskandar bin Mohamed, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas telah mengiringi YDH ACP Mazlan Bin Hassan, Ketua Polis Daerah Pasir Mas dalam tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas telah menjadi saksi dalam Majlis Serah Terima Tugas diantara penyandang tugas sekarang iaitu SM Sahrizam bin Ismail dan SM Aizirul bin Azhari (Penerima). Turut hadir sama menyaksikan majlis ini adalah seramai 105 orang terdiri daripada barisan Ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Polis.

Kepada SM Sahrizam bin Ismail, adalah diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan dan selamat maju jaya di tempat baru, dan kepada SM Aizirul bin Azhari, selamat datang ke keluarga IPD Pasir Mas dan selamat menggalas amanah dengan penuh komitmen demi kecemerlangan pasukan PDRM daripada kami seluruh warga kerja IPD Pasir Mas.

⚠️ JIHAD DADAH : 6 LELAKI TEMPATAN DITAHAN DALAM OP TETWOD DAERAH PASIR MAS SEMALAM.13 Ogos 2026 (Khamis) - Bahagian Sia...
13/08/2026

⚠️ JIHAD DADAH : 6 LELAKI TEMPATAN DITAHAN DALAM OP TETWOD DAERAH PASIR MAS SEMALAM.

13 Ogos 2026 (Khamis) - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dengan kerjasama balai-balai terus melaksanakan operasi dibawah Op TETWOD semalam dan hasilnya 6 lelaki warga tempatan berjaya ditahan kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Sebanyak 8 kertas siasatan dibuka bagi tujuan siasatan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 melibatkan rampasan dadah jenis pil Yaba, pil Epam @ Psikotropik dan ketum.

Salurkan maklumat aktiviti dadah dikawasan anda. Bersihkan komuniti anda dari NAJIS DADAH.

13/08/2026

🔴 LIVE : PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM PDRM KE-18 BERSAMA YDH TAN SRI KETUA POLIS NEGARA.

12/08/2026

⚠️ JIHAD DADAH : LELAKI TEMPATAN BERJAYA DITAHAN SELEPAS USAHA MELOLOSKAN DIRI GAGAL.

12 Ogos 2026 (Rabu) - Usaha seorang lelaki tempatan berumur 47 tahun meloloskan diri dari ditahan oleh petugas Balai Polis Pasir Mas tengah hari tadi di Kampung Kubang Bunut gagal dan hasil pemeriksaan lanjut pada suspek telah menjumpai 60 biji pil dipercayai dadah jenis NITRAZIPAM dan 15 biji Pil Yaba.

Kes disiasat dibawah Sek. 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek. 30(3) Akta Racun 1952. Suspek juga ditahan dibawah Sek. 31A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana enggan menjalani saringan air kencing.

Salurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di kawasan anda untuk tindakan lanjut. Bersama kita JIHAD DADAH!

12/08/2026

✅️ ELAK DARI MENJADI MANGSA PENIPUAN.
Jom kita dengar tips dari Puan Fathiah dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD).

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang
Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDRM PASIR MAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share